Thursday, May 30, 2013

Nyawa Nyawa... Ramai Sungguh Yang Menagih Nyawa!

As Salam

Mami dah lama terjebak
Cuma main secara berhemah hahahaha
#candy crush ni telah merasuk ramai orang
Kebanyakan yang dirasuk adalah ibu muda macam kami (^__^)

Tapi for the record
Orang yang berada di level 26 tu paling banyak menagih nyawa
Tak patut tak patut
Wawa, maafkanlah mama kamu tu ye
Kalau kamu terabai cepat cepat bagi tau mami
Nanti mami piat telinga mama muda kamu tu!

Dari Padang Ke Dewan Perdana Felda

As Salam

Semalam sekolah mami - LKW ada buat perlawanan persahabatan dengan team PKNS
Sebagai seorang pekerja yang baik dan cikgu yang penyayang mami dan kawan kawan pun turun padang bagi moral support
Yeayyyyy kami memang 2 - 0
Maklumlah semuanya pemain international (hahahaha kan semua students kami international!)
Good Job Coach!

Kami yang jelitawan ini bukan buat perhimpunan Blek Out 505 ye walaupun kebetulan kami ada kat stadium MMU semalam, dan kami memang WAJIB memakai baju hitam setiap hari (^__^) - Tiada kena mengena dengan mana mana parti

Tak sempat tunggu match habis 
Mami dan big boss mami pun bergegas balik
Nak kena attend majlis ikatan kasih makan malam bersama Puspanita
Bayangkanlah sungguh tak glamer pergi dinner
Dengan tak mandi nya - berpeluh masam nya
Terus fresh dari padang ke Dewan Perdana Felda
Lupakanlah baju ala ala datin
Lupakanlah tudung berelip relap cam retis
Mami pergi seadanya saja
Dengan baju hitam + tudung pink (nak jugak kena dengan warna tema - pink)

Saya anak felda, bangga jugak attend event felda ni...
Mami tiada peranan dalam majlis semalam
Hanya memenuhkan tempat duduk dan makan
Makanan boleh lah tahan 
Tapi sentap betul sebab adik waiters dan waitresses  asyik tak menyabar nak kutip pinggan
Mami tengah mengunyah lagi dik nantilah dulu
Tahu kamu semua dah penat tapi ai nak makan lagi hahahaha nyam nyam nyam
Psttttt  tak perlulah nak uplot gambar food sebab hanya ada - nasi goreng, sate, udang sambal dan black pepper beef + air laici (heeeee tak pernah mami pergi dinner makan nasik goreng tau!)

Walaupun food dan acara agak so so aje
Tapi yang paling best masa Dato' Hattan buat performance
Lagu semua zaman mami membesar
Heheheh kenangan zaman sekolah mengusik jiwa auwwwww

Baiklah
Untuk mengubati rindu korang pada mami
Tataplah muka mami yang sebelah tu
Kalau letak full karang angau pulak uols

Tak sanggup nak tangkap gambar muka sendiri... huduh tanpa mekap bagai...(heheh macam lah dengan mekap boleh lawa cam retis kan??)

Wednesday, May 29, 2013

Copy Paste Sangat Babah Dia!

As Salam

Bapak borek anak rintik - sesuwei sangat dengan Akeem dan Babah
Walaupun mami tak berapa nak paham maksud peribahasa tu
Tapi mami rasa memang sesuwei untuk Akeem dan Babah
Hahahaha tah apa apa!

Kenapa mami berkata begitu???

Sebab Akeem ni kan hobi dia kan sama je ngan babah dia
Babah suka pacing pacing
Dia pun suka pacing pacing


Memancing di tepian pantai

Babah pernah suatu ketika dahulu berminat dengan aktiviti menangkap gambar
Dia pun minat jugak

Kesiannnnnnn denagn benda alah tu pun jadik... (ala benda yg selalu orang beli bila balik dari mekah atau umrah tu yg adad slide gambar kat dalam tu)

Konon konon photographer professional lah tu... sedang menangkap gambar arnab di Bukit Tinggi

Sekarang babah tengah kemaruk dengan basikal lipat
Dia pun sebuk kan diri naik basikal
Siap ajak babah lumba lagi tu
Padahal kayuh pun tak "fasih" lagik

Aksi kayuhan pertama Akeem... tapi sedikit culas nak prektis asyik suruh mami tolakkkkkk je
Aktiviti setiap petang (kalau berkesempatan) membonceng babah keliling taman
Betulkan?
Copy paste sangat babah dia
Huh mami jeles hokey!
**tapi feel oh sungguh like mami! (nak jugak...)

Tuesday, May 28, 2013

Little Rock Star

As Salam

Ehemmm
Anak bujang mami dah besar
Walaupun tetap jauh di sudut hati mami berdoa supaya biarlah Akeem jadi baby selamanya
Nanti mesti rindu nak gomol gomol dan buli dia!

Tengoklah tu aksi anak bujang mami.. bergaya ala ala rock star sebelum pergi sekolah
Walaupun dah lambat semalam - maklumlah pukul 8.35am masih hegeh nak pakai baju ye
Tapi kalau dia nak macam macam terpaksa ikutkan jugak
Kalau tak layan boleh sentap dan meraung tak nak pergi sekolah
Untuk tahun ni mami dan babah layan kan je lah
Tahun depan koserrr mami nak layan lebih lebih tau!

Gitar tu beli kat Ayer Itam je pun
12 hengget je
Mami ni jenis tak belikan Akeem menan yang mahal mahal
Bukan kedekut tapi rasa tak berapa berbaloi nak beli yang mahal
Akeem bukan main lama sangat pun
Kejap je dah boring

Sekarang ni dia tengah kusyuk layan Bola Kampung
Semua nak tema bola
Baju bola
Main bola
Main gitar pun nyanyi lagu Bola Kampung!

 





Monday, May 27, 2013

Hikayat Sukun Menjadi Tukun

As Salam

Kecewa sungguh
Mami baru berniat nak riak dan menunjuk nunjuk dengan hasil gorengan sukun
Tetapi hampa kerna sukun telah bertukar menjadi tukun!
Sadar lah mami riak itu di murkai Allah!

Kisahnya begini

Pernah tengok buah sukun? Inilah dia... thanks Kak Faiz... nantikan sukun goreng dari ku... petikan dari IG ms_onie
Tapi mami ragu ragu nak goreng sendiri
Maka berniat nak bawa balik kampung
Jadi boleh mkn sama sama -- dan juga nak berbangga kununnya mami yg goreng
HAHAHA sekali niat serong itu tidak tertunai
Lupa la pulak nak bawa balik kampung
Makanya bertukarlah sukun menjadi tukun!
Kecewa T__T

Lihatlah sukun itu telah bertukar menjadi TUKUN!!!!!!!!! Mami kecewa huhuhuhuhu...
 p/s: Kak Faiz maaflah ye.. tak dapat nak riak dengan sukun goreng (^__^)



Thursday, May 23, 2013

KAGUM Kerna Tetiba Menjadi Rajin

As Salam

Mood adalah sangat baik
Cerialah kan sebab esok CUTI
Yeayyyyyy

Tetiba mami macam dirasuk satu semangat
Terus buat spring cleaning yang maha hebat
Sebenarnya banyak lagi nak buat clearance tu
Tapi takpe tunggu lagi 2 minggu
Tunggu semester berakhir!

Lemas tengok meja bersepah sepah
Semester ni mood memang ke laut sungguh
Buat kerja pun rasa macam tak ikhlas je
Melampau sungguh
Gaji nak belas belas ribu
Tapi kerja macam hampeh!

Hadoi boleh tahan jugak penatnya
Ini baru spring cleaning kat meja
Terbayang bertapa hazabnyalah nanti bila nak buat spring cleaning kat rumah
Rumah mami tu memang dah meraung raung ajak tuan dia buat spring cleaning

Inilah tangan yang tetiba rajin mengemas meja hahaha... nampak habis comot comot sebab punyalah berhabuk tempat tempat tersembunyik tu rupanya!
Hah sudah clear semuanya kalau tidak menimbun dengan kertas, files dan issues yg segala bagai - habis mami humban dalam recycle box! Wahahahahaha

Bila meja dah lapang baru ada mood nak kerja - so kita mulakan dengan update blog dulu (^__^)
Ohkeh kepada yang balik kampung, bercuti dan apa sahaja sepanjang cuti ni
Take care
Drive safely
Enjoy this not-so-long weekend
*sangat jeles kepada cikgu cikgu sebab diorang boleh cuti 2 minggu!

Wednesday, May 22, 2013

Sambutan Teacher's Day @ Brainy Bunch Equine

As Salam

Laaa tak habis lagi citer pasal hari guru
Ohkeh mami janji ni adalah last
Lepas ni no more citer hari guru
Maklumlah first time Akeem sambut hari guru
Mami dia yang terlebih seronok - mami kan guru jugak!

Ok pagi tu ceria je dia nak ke sekolah
Mami patut masak utk potluck tapi tak sempat pulak
Jadinya mami beli je lah moist choc cake
Parents di jemput sama untuk memeriahkan sambutan Teacher's Day kali ni

Pagi tu ceria je nak pergi sekolah.. suka sangat mami kalau tengok dia happy
Mami tak sempat nak apply half day leave
Jadi terlambat sikit sampai untuk majlis tu
Sesampai je mami bukan main suka dia
Sedih pulak mami dengar bila ada satu daddy tu cakap Akeem nangis
Maklumlah mesti dia sedih tengok semua kawan kawan dia ada mak or babah
Dia takde..
Sesampai je mami terusssss berkepit tak nak berenggang!
Tengok lah anak mami yang terus menjadi anak koala!
Memang betul betul tak nak berenggang
Main pun tak nak
Suruh join kawan kawan dia pun tak nak
Sayang sungguh Akeem kat mami dia nih (^__^)

Banyak nya makanan yang mami suka tapi mami puasa so tak dapat lah jamah RV tu... slurpppp
Selain dari acara makan makan ada juga game untuk anak anak... mana Akeem??? Maaflah Akeem tak berminat nak main. Akeem lebih berminat nak menepek ngan mami dia... haish anak!
Mami paksa jugak dia join kawan kawan, tapi end up dia berdiri terpacak cam tu je tak nak cooperate...
Dekat akhir akhir baru nak join kawan kawan dia untuk bacaan doa - tapi mesti nak duduk dekat dekat ngan aunty jugakkkk - berkepit je anak mami nih!
Tak sempat abis baca doa dia dah buat style macam macam... orang baca doa dia tertonggeng sana tertonggeng sini... nampak tu siap duduk out of circle

Pukul 11.30 event berakhir
Ramai juga parents yang balik bawa anak masing masing
Akeem dah start rekues "Akeem nak balik rumah je ye"
Mami cakap "mami work, so Akeem stays"
Dah sudahhhh dia mula mencebik - start nangis
Halamakkkkkk bertabahlah mami bertabahlah!

Mami pujuk dia
Tapi tetap nak ikut mami jugak
Tabahlah mami tabahlah!
Huhuhuhuhu ikutkan hati nak saja mami EL then balik rumah (^__^)
Tapi pengalaman telah mematangkan mami
Mami berusaha menjadi mami yang ber hati kering

Kiss peluk salam
Kiss peluk salam
Kiss peluk salam (huh perasaan memang haru biru - rasa tak nak lepaskan Akeem)

Lepas tu mami cekalkan hati
Walaupun Akeem menangis bersungguh sungguh
Mami kiss then terus tinggalkan dia!
Phewwwww sebak mami...

Akeem yang sedang bersedih sebab mami tak bawa dia balik "Sorry sayang, mami have to work!"

Monday, May 20, 2013

Aktiviti WAJIB Bila Berpuasa

As Salam

Sekejap je dah Rejab kan
Tak lama lagi Ramadhan akan menyusul
Semoga kita semua di panjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini
Huhuhuhuhu tapi mami tak habis ganti puasa lagi
Makanya sekarang tengah pulun mengganti puasa
Kamon mami... tinggal lagi 4 hari nak ganti
You can do it!!!

Apa korang suka buat waktu berpuasa?
Masa suka buat ni --> browse gambar gambar makanan
Gulpppppp... slurrppppp hehehe (^__^)

Sedapnya sirap bandung soda... intai beberapa blog tadi nak cari resepi sirap bandung soda nih.... harus cuba nih!

Tak lengkap rasanya puasa kalau tak de si percik percik.. dari last week lagi nak makan ayam percik tapi masih tak tertunai... slurpppp mana nak cari ayam percik mcm PaRam (pasar ramadhan) ek??
 
Nak ikan bakar nih jugakkk.... huhuhu nafsu melampau hari ni macam macam nak... huhuhu

Terbayang keenakkan bubur cha cha ni... kalaulah duduk ngan mak mesti tak menghampakan cakap je nak makan apa mesti tup tup terhidang depan mata... oh ibu.... rindunya nak makan kuih, bubur yg mak selalu buatkan untuk kitorang masa kecik kecik dulu... ***bila nak balik pahang ek Babah?

OK baiiiiiii...
**nak sambung intai blog masakan lagi...


Sunday, May 19, 2013

Sahabat Setia Yang Di Lupakan

As Salam

Alhamdulillah Akeem dah sihat
Tak muntah muntah lagi
Cuma kekadang ada sikit moody je
Ok lah tu yang penting dia dah sihat ♥

Tapi sejak dah baik muntah muntah ni
Dia dah mula berenggang dengan sahabat setia dia
Kalau dulu kemana saja mesti bawa sama
Tapi heran sungguh hari ni tido siang tak nak pun peluk sahabat setia dia tu
Sejak malam tadi dia mengamuk
Marah sebab dia rasa 'lain' dengan sahabat setia dia tu

Dalam hal ni mami terpaksa salahkan babah
Sebab semalam babah terlebih sembur febreeze kat sahabat setia dia
Jadinya sahabat setia dia tu dah hilang bau busuk masam masin yang menjadi penenang Akeem
Sampaikan Akeem dah tak nak lagi kawan dengan sahabat setia dia

Hahahaha
Owh anak dua tiga hari nanti sahabat setia tu pasti kembali kepada asal
Berbau busuk masam masin!
Tungguuuuu....

Saturday, May 18, 2013

Cepat Baik ye Nanti Mami Risau

As Salam

Alahaiiiiiii baru je ceria semula pergi sekolah
Semalam masa babah amik Akeem cikgu dia tengah mandikan sebab abis muntah kena kat baju

Mami cek perut dia - tong tong tong hmmm ada kembung sikit
Dah memang lumrah Akeem sejak dia sekolah ni
Perut dia sangat sensitif
Salah makan mesti masuk angin
Dah masuk angin mesti muntah muntah
Bila dah muntah muntah
Alahaiiiiiii kesiannya mami tengok
Mesti dia melepekkkk je
Lemah sangat

Ni dari pagi sampai sekarang asyik terbaring je
Kalaulah dia sihat jangan haraplah dia nak duduk diam
Habis semua aksi otomen keluar
Habis satu rumah riuh ngan pot pet pot pet dia + jeritan halilintar dari mami

Ni sejak semalam sunyi sepi je rumah
Cepat sembuh ye sayang
Jangan sakit lama lama
Babah dah rindu nak main otomen ngan Akeem tu T__T

My chenta hati get well soon! ♥
Betullah orang kata
Kesihatan adalah kekayaan!

Thursday, May 16, 2013

Ikhlas Dari Hati

Thank you aunty sebab menjaga dan mengajar Akeem dengan sabar
Cantik tak aunty Akeem buat dengan mami ni tau... tahun ni Akeem tak bagi hadiah kat aunty tapi kad ni adalah ikhlas dari hati!
Thank You all Aunties at Brainy Bunch Cyberjaya... terima kasih kerana sudi menjaga dan mendidik anak comel mami ni!
 

Happy Teacher's Day

As Salam

Ucapan ikhlas dari hati mami
Kepada semua guru guru di luar sana
Happy Teacher's Day!
Tanpa kalian siapalah kami
Tanpa kalian tidak kami kenal A, B, C itu
Tanpa kalian tidak mampu kami ke puncak jaya
Terima kasih cikgu atas semua jasa kalian mendidik kami tanpa jemu!

Ucapan ikhlas dari hati Akeem
Dear aunties at Brainy Bunch Equine
Thank you soo much
Akeem loves all aunties
Because of you aunties
Akeem now can recite few doa's
Akeem now can perform wudhu' and solat
Akeem now able to recognize A to Z
Akeem can sing many songs
Akeem can draw card for you!
Thanks aunties ♥

Wednesday, May 15, 2013

Tetiba Beremosi tsk tsk tsk

As Salam

Kadang kadang apa yang berlaku dalam hidup adalah dugaan
Dugaan menjadikan kita matang kan?
Walau apa pun dugaan yang datang
Kita semua harus hadapi dengan sewajarnya ohkeh..



Tuesday, May 14, 2013

Sampai Bila? Dan Kenapa?

As Salam

Kadang mami rasa kecewa dan hilang harapan
Mami tak tahu mana salah mami
Mungkin terlampau manjakan dia - anak bertuah itu!

Tahun ni tahun pertama Akeem bersekolah
Ikut actual age dia baru 3 tahun 6 bulan
Tapi kalau ikut tahun dia dah 4 tahun
Sebab dia lahir tahun 2009, November!
Itulah masalahnya kalau lahir hujung tahun...
Lambat matang kot

Masa mula mula masuk sekolah dulu memang macam macam
Tapi masuk bulan March dia dah OK
Nak tunggu March baru tak nangis rupanya
Tapi ingatkan panas sampai ke petang
Rupanya hujan di tengah hari T__T
Bulan April dan May start berdrama semula
Aduhaiiii anak!

Mami memang jarang hantar Akeem pergi sekolah
Selalu babah yang hantar
Maybe dengan babah dia kurang sikit drama nya
Tapi bila time mami hantar drama nya terlebih pulak
Aduh kalau tak kuat semangat memang boleh luruh jiwa raga!

Pagi tadi yang paling sadis
Dia tahu babah tak pergi kerja - babah demam (Get Well Soon Babah)
Jadi dia mula buat perangai
Siap merayu
"Babah boleh tak Akeem nak duduk rumah dengan babah?"
"Mami, boleh tak Akeem nak duduk rumah je harini?"
"Mami, boleh tak Akeem tak nak pergi school harini?"
Oh anak sayunya sedihnya mami dengar
Apakan daya memang mami tak mampu nak tunaikan permintaan Akeem kali ni

Pandai pulak bagi alasan
"Akeem sakit tekak ni (sambil buat batuk) nak jumpa oter je"
Alahaiiiiiiii pandainya kamu berkata kata
Petah macam mami - ehhhhh

Nak kata dia tak happy kat sekolah tak juga
Bila time mami amik petang petang tu riang je nampaknya
Tapi pagi pagi memang akan menangis dan merayu tak nak pergi sekolah
Kenapakah?????
Dan tolonglah sampai bila mami dan babah harus hadapi situasi ini?
Mami dan babah akan terus bertabah!

Anak manja mami yang selalu berdrama tak nak pergi sekolah... siap protes tak nak pakai baju school, nak baju crocrodile je!

Get Well Soon Babah!

As Salam,

Sejambak bunga dari Mami dan Akeem untuk Babah... tenaga Babah sangat kami perlukan, Get Well Soon Babah!

Harini babah demam
Kesian babah mami tak dapat jaga babah
Mami kena kerja
Get well soon babah

Kenapa tiba tiba babah demam?
Dan baru mami teringat
Semalam suhu mencecah 33 darjah celcius
Ya Tuhan panasnya (insaf, ni baru panas dunia kan?)
Dalam keadaan yang panas semalam babah tetap bersemangat nak try seat basikal baru Akeem
Sempat lah jugak 2, 3 round pusing taman

Mungkin sebab itulah babah demam
Heat stroke kot
Panas sangat semalam pastu masih gagah mengayuh basikal pusing taman
Hehehehe

Apa apa pun
Get well soon babah
We love you!

Kawan kawan semua
Sekarang cuaca teramat panas
So jaga kesihatan
Minum air banyak banyak
Elakkan terdedah pada cuaca yang amat panas ni secara berterusan


Monday, May 13, 2013

Nyaman di Awana Genting

As salam

Balik dari Raub lepas perjumpaan alumni SESMESTA Raub
Kami singgah genting 
Saja suka suka
Nak relaks dan lepak lepak 
Berhujung minggu sambil menikmati suasana nyaman dan dingin di Genting 
Kami duduk Awana Genting
Mujur dapat jugak book online
Almost fullhouse
Ramai sungguh orang berhujung minggu di Genting
Nasib jugak dapat book online 
Kalau walk in rate terpaksa bayar RM500++ double dari harga online!

Takde agenda istimewa pun
Ingat nak singgah kat strawberry park kat Gohtong tu
Tak dapat pergi cameron makan strawberry kat Genting pun jadiklah
Tapi impian tak kesampaian sebab hari Ahad on the way turun 
Akeem dah tido
Hmmmm nampak gayanya cuti sekolah ni 
Terpaksalah ke cameron Highland untuk makan strawberry
OK tak babah?

Akeem ada misi khas
Memang dia aim nak pergi mandi kolam
Best sangat dia berendam sebab air suam suam kuku

Hai semua... Akeem nak berenang ni
Aksi terapung bersama babah... mami hanya dapat masuk hujung jari kaki je sebab takde swimming suit tak boleh masuk huhuhuhu
Petang lepas mandi manda
Ingat nak naik Awana Skyway - ada free shuttle dari Awana ke Awana Skyway
Tapi potong sungguh sebab Awana Skypark beroperasi dari pukul 12 am to 7.30am
Tak mampu mami nak menunggu dengan Akeem semata nak naik cable car midnight
Orang orang bujang boleh lah kan??

Ehsan dari Mr Google
Babah ajak naik Genting Skyway
Baru mami tahu rupanya ada banyak jenis cable car kat genting ni
Awana Skyway - besar sikit boleh muat lebih kurang 12 orang (or lebih ikut saiz lah kan)
Genting Skyway - kecik je boleh muat 4 orang dewasa (juga mengikut saiz dan berat badan)
Tiket Genting Skyway RM6 kanak kanak bawah 90cm adalah FREE
Siapa yang gayat atau takut pada ketinggian di galakkan naik skyway 9cable car) tu waktu malam
Sebab gelap gelita tak nampak apa
Jadi kuranglah sikit takut tu
Cuak weiii memang cuak
Sayupppppp je nampak pokok pokok kat bawah tu
Mujurlah kami naik cable car hari dah agak gelap
Walaupun gelap tapi berdebar jugaklah jantung!

Cuak giler muka Akeem - dia takut gelap sebenarnya hehe
Heheh... lega berjaya juga sampai ke puncak Genting!!
Jalan jalan sekejap kat atas tu tanpa tujuan pastu turun balik 
Saja suka suka nak rasa naik cable car
Serius SERAM!
Perjalanan nak mendaki tu punyalah lambat rasanya
Terkeluar peluh jantan!
Phewwwwww

Hari kedua kami naik kereta pulak menunju puncak Genting
Bestnya 
Nyaman je berjalan diliputi awan
Tapi sungguh tak kool sebab Abang Akeem tak nak jalan sendiri
Terpaksa lah babah dokong dia ke serata tempat
Tak patut tak patut

Budak yang suka berdokong (babah maafkan mami sebab dulu mami berdokong ngan mak mami sampai umur 5 tahun, setahun lagi ye babah!)
Sanggup main dua game je - mami tak sanggup nak menunggu!

Kenapa mami tak sanggup menunggu? Sebab budak ni lah. Akeem dah mula nak mengamuk cos tunggu dah lama tapi masih tak dapat naik lagi... setiap kali train tu jalan dan penuh tiap kali tu lah di mengamuk... haish!
Mood dah ceria sebab akhir dapat jugak naik...
 
Dah nak balik baru nak OK sikit mood dia... tapi dokong tetap dokong!
Petang tu kami pulang ke rumah
Owhhhhh panasnya petang semalam
Terasa ingin pulang semula ke Genting menikmati suasana nyaman di sana (^_^)
 

Ibu Kau Ratu Hatiku

As Salam

from IG TQ @mrkudink... budak kecik tu beria-ria nyanyi "happy birthday to you" asal ada lilin besday lah kan??? #love

Mak
Jasamu tak terbalas!
Bila dah jadi ibu baru ku tahu bagaimana kasihnya seorang ibu terhadap anaknya
Kasih ibu tiada sempadan
Kasih ibu kekal ke syurga!
 
IBU KAU RATU HATI KU

Saturday, May 11, 2013

Alumni SEMESTA Raub

As Salam

Weekend ni ke Raub pulak
Memang payah betul nak ada kat rumah time weekend
Ini kali kami ke Raub ada misi khas
Misinya adalah menubuhkan Koperasi Alumni SEMESTA batch 96

SEMESTA tu adalah Sek Men Sains Tengku Abdullah kat Raub
Jadi nama koperasi yg ditubuhkan adalah KOMESTA 96
Erkkkkk KOMESTA??
Cam tak glamer je *^_^)

Ni sekolah babah
Mami tak pandai - tak masuk pun sekolah sains...
Tapi demi penubuhan koperasi ni spouse pun auto jadi ahli

Apa ke istimewaan koperasi?
Ohkeh nanti mami update dlm next entry
Malas nak type byk2 pakai note 2 nih

Ok baiiii ♥

Friday, May 10, 2013

Oh Kereta Itu

As Salam

Oh kereta itu sudah macam macam
Baru baru ni dia naik tow truck sudah
Dan semalam
Kerna dia lah muka mami yg comel ni jadi tak comel
Wahahaha fengsannn

Hah kan dah tak comey.....
Semalam pukul 6 sharp memecut pulang
Seperti biasa jalan pasti jem
Mami kool je sambil tunggu traffic sambil main candy crush
Tetiba lepas 20 minit baru perasan
Hallamakkkkkk kenapa temperature naik melampau nih
Huhuhu tolong.... mami panik!!!
Jalan masih jem
Temperature makin naik

Kepanasan melebihi tahap biasa..

Matiklah... kalau kereta ter mati ni mesti kena sumpah dgn drivers lain
Pasti mami akan menyebabkan traffic bertambah tenat
So dengan penuh debaran mami matikan enjin dulu
Sementara tunggu traffic bergerak
Off enjin off air cond
Bayangkanlah
Dengan suhu 32°C tersekat dalam jem tanpa aircond
Tak suka tak suka

Wahai kereta
Sabar mami ada hadnya
Kenapalah dikau berperangai begitu
Buat lagi sekali
Tahu lah nasibmu...

Wahai kereta
Mujurlah tuan mu ini tak kaya
Kalau tak dah lama tuanmu ini berkereta MINI
Wahahahahaha

Berangan lah mami selagi terdaya!

Mengintai mu hanya dari tirai kamar...