Saturday, April 23, 2011

Dhaka Part 2

Mami memang tak looking forward sangat nak ke Dhaka aritu. Antara sebabnya;
  1. Bangladesh bukan London, bukan jugak New York (eksyen)
  2. Serba salah nak tinggalkan Akeem (babah juga)
  3. Perg keje bukan melancong...
  4. Ragu2 boleh shopping tak kat sana (nak shopping apa???)
  5. Opismate yg dah pg bagi gambaran buruk, so risau la jugak kan..
Tapi betullah, don't judge book from it cover, then lagi tak baik under estimate negara orang... memang kat sana tak sebest dan sehebat negara kita, diorg jauuuhhhhhh tertinggal kebelakang dari segi pembangunan, but taklah teruk sangat still ada room for improvement.. walaupun country depa x membangun sangat - carca merba sikit (banyak!) but orang2 yg sambut mami tu very generous - very hospitable.

Ni bergambar sesampai kat airport @ Dhaka.. ada sesiapa yg bekenan kat mamat bangla ke belakang mami tu? Hish x senonoh gambar ni cos seluar longgar.. (tanda dah kuruskah?)

Sepohon bunga tanda welcome

Pepagi sebaik masuk ofis di jamu ngan buah dulu...

Tengah start checking datang lagi selori buah ngan dessert yg Ya Rabbi tersangat manis... makanlah jugak sikit karang kata tak appreciate depa lak..

Ini menu lunch pertama - itu adalah saiz dan portion sebenar untuk SATU orang, diulangi SATU orang... mampuih mami nak makan semua tuh.. menu adalah terdiri daripada; LOBSTER sekor, mixed vege, fish curry, beef ala rendang, fried chicken ala bangla + nasi goreng... (cubaan rasuah supaya we all mengantuk dan x dapat nak assess keje depa) dan yg pastinya cubaan mereka gagal...

Ni menu makan malam selepas agak nak pengsan kepenatan (jadual agak packed - keje - makan - keje - makan - shopping - makan lagi...)

Menu makan malam gak... kalaulah mami tak tersadai kekenyangan sangat rasanya mami belasah dua ketul ayam tu, nampak tak best tapi BEST!
Ni gambar tengah bekerja... nampak tak makanan melimpah atas meja? Kena letak gak sekeping  gambar keje karang kata mami tak buat keje lak...

Ni sebelum departure, makan lagi Ya Tuhan memang mami dah pengsan masa ni cos over fed, tak larat dah tengok makanan... ya ampunnnnn tolonglah jgn bagi kami makan bebanyak... but memang budaya depa raikan tetamu ngan food... tambahan mami pegi sana terlalu kejap so diorg gila nak bagi makan bebanyak... walau apa pun thanks so much dengan semua food dan layanan yg super baik!

Ada lagi gambar makanan ni, tapi toksah lah mami tunjuk semua karang apa kata bos mami.. pegi keje ke pegi jalan jalan cari makan... hmmmmmmm...... jangan risau boss kami bekerja dengan sekueknyo...



2 comments:

  1. yg tinggal nak negara dorang tu mesti yg talented.. masalahnya yg datang kat malaysia tu ramai yg bermasalah.. terus ramai yg anggap buruk2 pada warga dan negara dorang.. at least, ko sampai la jugak kat dhaka.. kitowang ado???

    ReplyDelete
  2. Ces usah ko cemburui aku yg ke Dhaka tuh? Yg ekau poie Shenzen tu lagi kellasss...

    ReplyDelete