Wednesday, January 5, 2011

Me 23! Opps 32 lah...

Topic ni dah basi... tapi saja nak share. Bukan selalu celebrate birthday.. setahun sekali je.

Alkisahnya...

2, 3 hari sebelum new year babah (my hubby) tanya..
Babah: mami keje tak weekend ni?
Mami: maybe tak, nape?
Babah: nak pegi jalan2
Mami: nak nak nak (sukeeee)
Babah: ok nanti babah book TBR (Tiara Beach Resort)
Mami: Yey.. boleh bawak Akeem main air..

Then, pada 1.1.11 tu kami pun bertolaklah ke PD.. fuhhh mencabar kalo nak berjalan ngan budak tengah nak lasak ni... kemas barang dalam kete je dh mcm nak berperang - berpeluh! Jangan cerita bab packing barang mahu sampai esok tak abis entry ni.

Geramnye disebabkan kelam kabut kemas barang camera babah tertinggal kat umah, so takde la gambar nak share kat sini. Bak kata mama chu kat FB mami isu ini boleh menimbulkan kemarahan...yg pastinya mami agak terkilan sikit cos gambar julung2 kali celebrate besday xde!

Penginapan ni ditaja sepenuhnya oleh babah. Thanks babah.. babah kata nak belanja mami sempena birthday mami cos dia taktau nak bg hadiah apa...

Sebenarnya tak terasa pun celebrate birthday sendiri cos lebih busy melayan si Akeem main air... best gak water park dia.. berbaloi sangat dtg sini ngan family if semata2 nak main air.

Sempena besday mami yg ke 23 ni (eh 32 ni) mami berdoa agar beroleh kesihatan yg baik agar mami dapat memberi sepenuh perhatian utk jaga Akeem (dan babah juga). Semoga tahun ni mami akan jadi insan yg lebih baik... AMIN..

Hadiah? Babah belum bagi hadiah yg betul2 lagi, katanya tggu CNY cos nak tggu BONUS... suke, suke..... ngeeee.... (**love babah!)


No comments:

Post a Comment