Wednesday, January 26, 2011

Cerita Hal Si Akeem


Anak bujang mami sorang ni, anak kesayangan ni dah 1 tahun 2 bulan, tapi masih tak mahu nak try jalan lagi. Memanjat kan main hebat! Anak korang start jalan umur berapa ek?

Tapi mami x kesah... dia lambat jalan ke, dia lambat cakap ke, asal dia sihat walafiat dah cukup buat mami SANGAT gembira! Lately nampak macam dia dah boleh digest apa yg kami cakap.
      
Contoh 1
Akeem tengah ketuk TV ngan remote, so mami cakap.. "Akeem NO don't do that"... dia ngan selamba ketuk lagi kuat sambil sengih2 mcm syok sangat.

Pemahaman mami
Jika dia buat yg bertentangan maknanya dia paham lah tu... (betulkan?)

Real case scenario
Di larang buang sampah di sini tapi kita pasti akan nampak menimbun sampah kat situ. So, ini buktinya bila kita paham kita akan buat something bertentangan. Sama macam Akeem.

Contoh 2
Masa jalan2 kat luar umah mami tanya Akeem.."show mami where is the bird..?" dia akan tunjuk ke arah langit..

Pemahaman mami
Oh pandainya dia tahu bird kat atas..

Contoh 3
..."Akeem finish your milk.." mami cakap dengan penuh lemah lembut (suara pujukan seorang ibu) but.. dia selamba je tolak (tepis sebenarnya) botol susu then cakap.. "Nanak"... hmmm taknaklah tu...

Pemahaman mami
OOOoooo paham rupanya mami suruh abiskan susu..

Conclusion
Akeem dah boleh paham simple instructions, dia pun dah pandai buat few gestures contohnya bila sesuatu dah habis dia cakap .."nisss" (finishlah kot) sambil goyang2kan tangan dia..

Oh bahagianya ada anak secomel (biarlah orang nak kata apa mami tetap rasa Akeem yg PALING comel) sebijak dan secute dia. Permata hati mami selamanya!

3 comments:

  1. najmi pun start jalan lambat.. setahun 2 bulan rasanya.. time tu dah risau & mula compare ngan anak org lain.. jgn jadi cam aku yg cepat stress... setiap anak tu lain perkembangan dia... janji akeem menten ensem..

    ReplyDelete
  2. darin pun lambat jugak.. dalam 1 thn, 1 bulan 2 minggu baru dia start nak berjalan.. tapi bercakap seawal 10 bulan.. ikut sapa tak tau..ha..ha..

    ReplyDelete
  3. Tu lah ramai yg asyik tanya, asyik asyik tanya "dah jalan ke belum?"... rimaslah..

    ReplyDelete