Tuesday, November 19, 2013

Double Celebration | Birthday | Anniversary

As Salam

Mulanya niat malas nak buat bday Akeem tahun ni kat rumah
Cukuplah buat kat school je
Tapi rasa macam ralat pulak
So last minute tetiba nak buat makan makan kecilan kat rumah
Hanya family member berdekatan dan kwn2 rapat je yg datang
Food pun tak semeriah selalu
Simple simple je

Lain macam betul penat kali ni buat makan makan
Maklumlah banyak yang masak sendiri
Oh bagus mami!
Mami masak soto, baked macaroni dan buat rojak buah
Adik beradik yang lain ada bawa pizza, Big Apple, spaghetti
Mak bawak pulut kuning dan rendang
Mami macam biasa kalau buat makan makan mesti tuan rumah tak lalu makan
Rugi betul!

Seronok melayan Akeem yang dah besar
Sebab dia dah pandai rekues nak apa yang dia suka
Tema kat sekolah aritu dia nak BEN10
Kat rumah ni dia nak Jake and the Pirate pulak
Jenuh jugak la nak cari kek Jake -- nan hado
Jadi babah terpaksa buat buat kretip buat kek tema Jake sendiri

Suka betul sekarang ni Akeem tengok Jake and the Pirate...

Gigih menyiapkan deco dinding dia pukul 1am baru tido semua tu DIY -- babah yang cari dan print -- thank you babah












Double celebration | Birthday | Anniversary
4th Birthday celebration untuk Akeem | 13-11-13
40th Anniversary untuk mak dan abah | 15-11-13

Semoga semuanya di limpahi rahmat dan diberkati olehNya sentiasa
Amin






Friday, November 15, 2013

Sentuhan | Kecil tapi Bermakna #4

As Salam


Hati sedikit rawan
Mudah sangat melenting
Mudah pula terasa
Akeem pulak macam macam
Suruh buat itu ini dibuat ini yang dibuatnya
Bila kita berlembut
Satu pun pun dia tak endah
Bila kita berkeras
Tetap juga dia tak endah
Saya akur dia masih terlalu kecil untuk mendengar kata
Tapi saya juga kadang terlupa dia insan kecil yang masih tak tahu apa

Benar sukarnya mahu jadi ibu bapa cemerlang
Kadangkala rasa tak mampu menggalas tanggungjawab menjadi yang terbaik
Desakan mahu jadi yang terbaik membuatkan ada masa saya kalah jua
Tak tahu mana silap
Tetap rasa diri tak mampu menjadi yang terbaik
Mohon pada Mu Ya Allah
Bagi ku kekuatan untuk menjaga amanahMu yang satu ini

Babah
Kala mami resah dan gundah
Sudilah kiranya menjadi telinga untuk mendengar
Menjadi bahu untuk bersandar
Kala mami rasa diri tidak mampu
Bantulah mami harunginya dengan belaian
Sentuhlah tanganku
Kerna lembut sentuhan itu
Adalah semangat kental buatku!

Sesungguhnya SENTUHAN itu walaupun kecil tapi bermakna!


Thursday, November 14, 2013

13.11.13 | Happy 4th Birthday Abang Akeem

As Salam

Tahun ni tahun pertama Akeem bersekolah
Makanya mami dan babah decided nak bagi dia celebrate birthday kat sekolah
Maklumlah setiap tahun celebrate dengan anak kawan kawan mami dia je
So tahun ni bagi peluang dia excited dengan his friends pulak
Memang suka sangat dia!
A happy birthday boy... bukan main gembira nak tiup kek
Sekarang dah makin besar
Dah makin pandai demand nak itu ini
Tahun ni Akeem request nak Ben 10
Jadi macam tahun tahun yang lepas mami akan tempah kek dari Sugarrush
Kek mereka tak pernah mengecewakan!

 
Tak sempat rasa kek ni.. semua dah di makan oleh kawan kawan Akeem.. siap bertambah dua kali ^_^
Tak sabar nak tiup kek

The Ben10 boy
The star of the day
Happy sangat hero mami ni

Sabar menunggu
Harapan mami dan babah semoga Akeem membesar jadi anak yang soleh
Berbakti pada agama, bangsa dan negara
Jadi anak yang berguna, bijak, pandai, berjaya, bahagia dunia akhirat
Bila mami dan babah dah tua nanti
Jangan lupa jaga mami dan babah tau
AMIN


Tuesday, November 12, 2013

Mood baru Nak OK



Cerita Jumaat lepas
Pagi sudah berwajah ceria dan sudi memakai uniform sekolah
Alhamdulillah
Lega dan sejuk hati mami

Petang sekolah called cakap Akeem jatuh longkang
Kesiannnnn anak mami
Mendapatlah benjol kat dahi
Mujur takde yang luka atau terseliuh

 

Macam macam dugaan tentang sekolah
Dah lah lama bercuti sejak atok nenek datang
Mood pun kurang OK nak ke sekolah
Bila mood dah OK sikit
Jatuh longkang pulak!
Potong betul
Terus mood kembali tak OK

Terpaksa gunakan Ipad jugak sebagai umpan untuk masuk kereta!

Maaf.. Mami Takde Bakat Seni, Babah Pun Sama!

As Salam

Sejak Sabtu Akeem kuat beno merajuk nya
Sikit sikit "huh tak nak kawan babah!"
Sikit sikit -- tarik muka masam
Sikit sikit -- merajuk duduk tepi pintu
Hadoi manjanya anak mami nan sorang ni

Sejak hari Sabtu jugak mood Akeem nak belajar menjadi jadi
Tapi bila silap tulis angka 5 terus dibalingnya pensel dan buku tsk tsk tsk
Kalau bab tulis menulis nak perfect
Tak betul sikit je habis buku pnsel melayang
Sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrr je lah mami ngan babah ni ha

Tetiba dia paksa suruh babah lukis shark
Pastu tetiba merajuk sebab babah lukis shark tak cantik
Aduhhh bertabahlah babah

Aksi rajukan Akeem 



 
Ini Akeem yang lukis -- dia tak puas hati
Yang belah kanan tu percubaan pertama Akeem lukis, yang macam jadi sikit tu babah yang lukis
Babah cuba buat shark yang ganas -- huh Akeem tak suka -- MERAJUK!
Mami pulak cuba tapi shark mami semua manja manja -- Akeem tak suka!
Ada sikit sinyum sebab mami boleh laaaa accept shark mami
OK lah kan walaupun ada yang kata itu ikan gelama tsk tsk tsk
Maaf.. Mami Takde Bakat Seni, Babah Pun Sama!

Friday, November 8, 2013

Pemberian | Kecil Tapi Bermakna #3

As Salam

Terima kasih Husna bagi cenderamata dari Bandung
Yang ni lain dari yang lain
Sebab selalunya dapat FM
Kali ni dapat pen siap ada nama tulis sendiri
Mami suka!

From Bandung with love



Thursday, November 7, 2013

Bertabahlah

As Salam

Dua minggu lepas nenek ngan atuk ada kat rumah
Drama sungguh nak ke sekolah

Lepas cuti deepavali dan maal hijrah
Atok dan nenek dah takde -- dah balik kampung
Kembali rutin yang dulu
Bangun pagi -- nangis
Mandi -- nangis
Pakai baju -- nangis
Nak masuk kereta -- nangis
Sampai sekolah -- nangis
Pffftttt!!!

Selasa (cuti maal hijrah) mami ada kat KL
Saja nak bagi Akeem biasa bangun tido pagi pagi tanpa atok dan nenek
Sempena cuti maka kami lepak lepak saja kat rumah
Petang pergi bagi ikan makan kat Putrajaya
Rabu first day nak masuk sekolah semula selepas cuti panjang
Hmmmmm mami dah stanby mentally
Susah jugak nak bangun pagi
Tapi bila mami cakap "OK lepas mandi ni Akeem main Ipad dalam kete ye"
Terusssssssssssss bangun dan mandi
Takpe bertabahlah mami
Buat buat ceria walaupun mami ada "ofis blues" jugak hehehe....... muka pagi pagi memang tak boleh blah -- SEMBAP!
Petang semalam masa balik school katanya best pergi school
ALHAMDULILLAH
Berbaloi kesabaran mami pagi semalam
Babah balik awal sikit semalam
Hari tak hujan so sempatlah main kete control kat taman
Upah sebab Akeem kata esok nak pergi school pakai baju school
Ini kejadian pagi tadi
Menangis jugak bila kejut untuk mandi dan ke sekolah
Pftttttt rupanya semalam hanyalah janji manismu sahaja ye??
Takpe mami yang sekarang bukanlah mami yang dulu
Mami yang dulu sangat mudah lembut hati
Mami yang sekarang sudah berhati kering hewhewhew
Kamu nangis lah macam mana pun sekolah tetap sekolah ye sayang!
Minggu depan genap 4 tahun anak mami ni... jangan nangis lagi tau sekolah dah nak abis dah pun