Thursday, April 7, 2016
Enggang dan Pipit Masakan Terbang Seiring
Tak mo sedih sedih
Tak mo
Hidup ni singkat je
Buat apalah nak sedih
Tapi manusia
Suka duka amarah terhina terluka
Semua asam garam di dunia
Selama ni sumpah mami sayang semua kawan kawan mami
Tak sangka gurauan senda yang biasa biasa
Yang dah jadi lumrah dan asam garam
Ada yang tetiba jadi terlalu sensitif
Berjauh hati
Merajuk duka
Sampai sanggup buang persahabatan yang terbina
Takpelah
Mami ikhlas berkawan dengan dia
Sayang seikhlasnya
Tapi sekarang saya pipit tiada kuasa
Tinggallah sendirian membawa hiba
Kalau dia membaca
Ketahuilah saya memang berjauh hati dan rasa hiba
Gurauan yang sama dulu ketawa
Gurauan yang sama sekarang berduka
Gurauan yang sama
Ayat yang sama
Tetapi kenapa sekarang tak suka?
Oh sedarlah diri awak pipit
Masakan dapat seiring bergelak dan senda bersama enggang lagi!
Mohon maaf seikhlas hati sekiranya
Gurauan yg semata mata tiada maksud tersembunyi
Di salah tafsir dan erti
Saya tak mampu mencari awak di Padang Mahsyar nanti
Kalau jumpa di Padang Mat Sirat no problemo!
OK IBUMUDA USAHLAH EMO
HIDUP KITA SEKEJAP JE
ENTAH ESOK ENTAH KAN LUSA
KITA PERGI BUAT SELAMANYA.
Wednesday, July 2, 2014
Kita Merancang Dia Tentukan
Allah lama betul mami tak menulis
Bersawang habis blog
Fuhhhhhh tiup sikit sawang sawang
Bukan apa kita kalau boleh nak semua yang terbaik yang tersempurna buat kesayangan kita semua kan?
Kita hanya merancang Dia yang tentukan segalanya
Okeh ni kesayangan mami
![]() |
| Semalam testing nak buat spek untuk dia. No choice. Ini yang terbaik. Semoga Allah permudahkan urusan mu anak! |
Dalam hati "habit kot nanti besar ok la tu"
Dia takde la tunjuk simptom yg dia tak nampak
Just suka tengok dekat dekat especially masa nak focus kat something - baca buku, nak tampal sticker, tgk ipad (eh cubalah ye ibu ibu jangan bagi anak ipad)
Doctor mata tu kata Akeem rabun dengan power 600 lebih
Hmmmmm masih lagi dalam denial state
![]() |
| Masa ni Akeem tak berapa cooperative, so doctor suggest 'tidokan' dia, masukkan ubat mata then teruskan prosedur check mata. Merasa admitted 1/2 hari kat Columbia |
Sebab kalau korang tgk kesayangan mami ni
Langsung takde tanda rabun
Main bola ok - laju je lari
Pakai kasut ok - tak pernah la pulak ter balik
Naik tangga - kat rumah relak je siap boleh lari
Tapi mungkin sebenarnya dia tak berapa nampak sebab tu dia takut nak naik gelongsor... *lap air mata*
Acane la budak umur 2 tahun lebih nak pakai spek
Takpelah tunggu dia besar sikit
Dia pun makin besar
Pergi sekolah
Tengok buku baca buku tulis tukis lukis lukis
Semua dia tetap buat dan tengok dekat dekat
Sedih jugak
Sampai bila kan nak tggu dia elok sendiri
So bawak dia pergi Tun Hussein Onn
Doktor kata dia rabun tinggi sangat
1000 lebih each eye sight!
Tetap dalam hati mengharapkan doktor tu salah
Giler tetap tak boleh terima!
Tak puas hati sebab Tun Hussein Onn tu mcm outdated sikit facilities dia
Result yang sama!
1000 lebih each eye sight!
Maafkan mami
Mami tak mampu buat apa apa utk kesayangan mami
Doktor kata dia mesti pakai spek utk enhance penglihatan
He was born dengan vision impaired
Memang penglihatan dia rosak sejak lahir
Antara implikasi pre mature baby
So matanya tambah tinggi la kan power
Sigh* mami yang jahat!!!
Dia tetap aktif
Berlari tak pernah plak tersandung
Tuhan tu Maha Kaya
Dia tahu apa yg Dia rancang utk kami
Terima kasih kawan kawan atas semua kata kata semangat, nasihat
I am stronger kerna kamu
I am even stronger demi dia!
Saturday, March 1, 2014
Demi VTO
As Salam
Malu nak cerita
Orang lain bertungkus lumus siapkan research paper utk PhD
Mami bersengkang mata dan menahan sakit jiwa
Demi VTO
Kalau ada yang tak tahu *pasti ramai tak tahu
VTO ialah Vocational Training Officer
Mami berlumba lumba nak mendapatkan ceritificate @ sijil
Yang mana mami rasa sangatlah membuang masa!
Bukan makin upgrade skill dan knowledge
Makin down grade ada
Makin down jugak nak buat kerja -- sigh!
Salah mami jugak sebab sendiri tak responsible
Patutnya jangan lagi buat keje last minute
Tapi memang tak terkejar
Tak terlarat nak buat 75 set WIM sensorang
Bila dah siap banyak pulak salah format itu ini
Hoiiiii
Aku buat program structure untuk overseas campus pun tak sesusah nak buat bahan mengajar untuk level sijil ni!!!
Macam macam kerenah
Meluat pulak!
Tapi takpe only loser yang mengalah
Mami bukan loser
Hidup perlu diteruskan
Even memang tak sempat kejar dateline ni
Tapi yang penting mami tetap hantar dan setelkan before presentation day nanti
Bukan nak kerek sangat tapi
Aduyai nak mengajar SKM pun nak kena evaluate teaching skills
Maaf saya dah mengajar since 2002
*kenyataan yg sangat berbaur riak -- saya sangat sakit hati!
Lately saya sangat down.
BE POSITIVE, mami... T_T
Friday, February 28, 2014
Sakit.
As salam
Sakit betul hati ini
Bila kita takde kuasa nak ubah apa apa
Sakit betul hati ini
Bila kita takde suara mengawal situasi
Sakit betul hati ini
Bila kita takde kebebasan memilih
Walhal kita hidup di negara demokrasi
Sakit sangat sakit
Bila kita terpaksa akur walau itu bukan kehendak kita
Sakit sangat sakit
Bila memikirkan hari ini esok lusa akan tetap sama sahaja
Tolonglah
Jika benar saya tiada pilihan
Bagilah sedikit saya bebas dari kesengsaraan
Tolonglah
Jika benar itu tersurat untuk saya
Bagilah saya sedikit ruang bernafas bahagia
Saya tak mampu derita bersama mereka yang katanya pandai
Katanya bijak
Katanya bagus
Tapi semuanya hampas belaka
Tolonglah
At the very least hargailah
Reconize kebaikan kaum sendiri!
Mereka lebih bagus dari mereka mereka yang katanya bijak pandai dan bagus ini!!!
Thursday, January 23, 2014
Kes Budak Darjah 6 Kena Langgar Nak Pergi Sekolah
Emosi sungguh emosi
Tak tahulah macam mana perasaan parent yang anaknya kena langgar tu
Betul itu semua qada' dan qadar
Tapi rasanya kejadian melanggar budak sekolah darjah 6 tu boleh di elakkan
Mami takde di tempat kejadian
Tapi melalui kawan mami ni yang anaknya bersekolah di sekokah yang sama dengan budak darjah 6 tu
Kami dpt tahu serba sikit insiden kejadian
Kejadian kes langgar budak darjah 6 ni SEMALAM
22 Januari 2014
Katanya budak darjah 6 tu dalam perjalanan ke sekolah
Budak darjah 6 tu lelaki
Naik basikal sendirian
Katanya dia dilanggar sebuah myvi putih
Doktor perempuan yang bawak!
Khabarnya menurut saksi dan pengakuan
Doktor perempuan tu tak pandang depan semasa kejadian
DIA SEBUK CARIK TELEFON DALAM HANDBAG!
Dammmm
Terlanggar budak lelaki darjah 6 tu
Kesian
Lepas dia terlanggar (mami guna perkataan 'ter' la sebab tak sengajakan???) *sigh
Dia cuba selamatkan budak tu
Budak tu sedar kejap pastu tak sedarkan diri
Takde kecederaan luaran
Tapi darah keluar dari mulut dia
Maybe internal injuries
Ya Allah
Walaupun budak itu tidak mami kenali
Mami pohon padaMu Ya Allah
Selamatkan lah dia
Jauhkan lah dari sengsara
Sembuhkan lah dia secepat mungkin
Terkini
Budak mangsa langgar seorang doktor perempuan itu
Sekarang dirujuk ke HKL
Moga ibu bapa mangsa tabah dengan ujian dariNya
Rasanya kejadian seumpama ini boleh dielakkan
Kita tak mahu menjadi penyebab orang lain kehilangan orang sayang
Dan
kita tidak mahu kejadian sama terjadi pada anak2 dan orang tersayang kita!
Nauzubillah...
![]() |
| Teruk jugakkan impak kat kereta tu Diceritakan kereta tersebut dipandu laju di kawasan sekolah.. |
Friday, December 6, 2013
Banjir 2013 | #Pray4Kuantan
Allahu Akbar!!!!
Setiap tahun negeri negeri Pantai Timur tak pernah miss kena banjir
Tapi tak pernah lah ada orang yang rapat dan mami kenali terlibat sama
Kali ni sebak dan terharu lain macam
Risau kat adik ipar mami yang terkandas kat Sungai Isap, Kuantan
Bertambah risau bila terkenangkan anak buah yang masih kecik tu
Kesian Icha terpaksa bergelap dan takde air
Diorang tak pindah kat tempat pemindahan mangsa banjir
Kalau pindah lagi sedih tengok keadaan kat tempat pemindahan
Ramai yang update kat facebook kata bekalan makanan tak mencukupi
Ya Allah tabahkanlah mereka mereka yang terlibat dalam banjir kali ni
![]() |
| Kami risaukan budak kecik yang comel ni... rasanya Tok Kinah tah berapa kali menangis sudah (kerisauan) |
Hujan mula turun pada 2 Disember
Adik ipar kat Sungai Isap update situasi mereka melalui wassap
Air mula naik tapi still OK lagi
![]() |
Mereka bersiap sedia kemas barang barang penting naik tingkat atas
Dalam pukul 10 lebih gitu air dah mula masuk dalam ruang tamu
![]() |
| Sumber dari: facebook (tak ingat siapa) |
![]() |
| Ni pun amik dari facebook page Kuantan... sedihnya tengok kereta kerata yang hanya tinggal bumbung kat Terminal Sentral, Kuantan. |
So bila hujan mula turun hari Jumaat tanpa henti
Diorang dah kalut nak balik Chini
Tapi apakan daya jalan menghubungkan Kuantan - Segamat terputus sebab jambatan runtuh
Tak dapat lah mak dan abah balik rumah
Mesti diorang tak senang duduk tu
![]() |
| Berkeras jugak abah ajak anak buah pergi tinjau kawasan runtuhan... jambatan in the process nak buat |
![]() |
| Abah mami (atok) sedang menemuramah mangsa yang terkandas juga... tak sabar sungguh nak balik rumah dia! |
![]() |
| Inilah mangsa yang diajak meninjau kawasan kejadian heheh ^_^ |
Ni gambar jalan bypass Kuantan
TokAki (ayah adik ipar) dah hantar kereta diorang kat sini
Hope segalanya baik seperti sediakala
Ni kawasan belakang rumah adik ipar mami
Kawasan ni agak rendah dan berhampiran paya
Sayu hati tengok rumah nampak bumbung je
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
Bersabarlah kawan kawan semua
![]() |
| Sumber daripada facebook: ni katanya area Sungai Isap |
Bertambah risau sebab tak dapat hubungi diorang
Ramai yang sudah kehabisan bateri telefon tak boleh nak caj takde letrik
Kami berserah segalanya padaMu Ya Allah!
#Pray4Kuantan
Lega sangat bila malam tadi dapat update diorang dah pindah ke Bukit Istana
Fuhhhhhhhhhh lega sangat bila diorang dah ada letrik
Alhamdulillah sikecik Icha ni dapat tidur lena dalam ekon
Ni update terkini as for today, 6 Dec
Alhamdulillah semalam mentari sudah bersinar di Kuantan
Air dikebanyakan kawasan dan surut sikit
![]() |
![]() |
![]() |
Friday, November 22, 2013
Apa Salah Ku?
Ini cerita sentap malam tadi
Mami tengah busy nak update data alumni anak anak mami
Nak tahu working status mereka
Alhamdulillah ramai yang berkerjaya
Cuma kadang kadang bila tengah gundah cepat melatah
Semalam, dah malam ada 3 missed calls dari satu nombor ni
Biasalah bila dah kat rumah ni banyak sangat kerja nak buat
Lepas masak mami lepak2 main dan tengok TV
Tak perasan ada call masuk
Lepas tu mami sms la nombor tak dikenali tu
*mami agak mesti ex anak anak mami nak update working status
Hasil perbualan (sms) mami dan dia
Buat mami sedikit sentap
Menitik setitik dua air mata
Terasa --- hmmmm takde secebis pun ruang untuk dihargai
Anak anak International sekian perangai
Anak anak melayu kita pun sekian perangai
Sedihnya
Rasa macam -- apakah aku tiada nilai di mata mereka?
Ahhh lupa kan lah
Lumrah pendidik kan?
Menjadi lilin membakar diri supaya dapat menerangi yang lain
Tak mengapa
Betul Tun M kata
Melayu mudah lupa
Lupa asal usul dan lupa nak berbudi bahasa
Sudahlah mami
Usah sedih
Jika tiada bahu untuk bersandar
Mami masih ada dahi untuk bersujud!
Friday, November 15, 2013
Sentuhan | Kecil tapi Bermakna #4
Hati sedikit rawan
Mudah sangat melenting
Mudah pula terasa
Akeem pulak macam macam
Suruh buat itu ini dibuat ini yang dibuatnya
Bila kita berlembut
Satu pun pun dia tak endah
Bila kita berkeras
Tetap juga dia tak endah
Saya akur dia masih terlalu kecil untuk mendengar kata
Tapi saya juga kadang terlupa dia insan kecil yang masih tak tahu apa
Benar sukarnya mahu jadi ibu bapa cemerlang
Kadangkala rasa tak mampu menggalas tanggungjawab menjadi yang terbaik
Desakan mahu jadi yang terbaik membuatkan ada masa saya kalah jua
Tak tahu mana silap
Tetap rasa diri tak mampu menjadi yang terbaik
Mohon pada Mu Ya Allah
Bagi ku kekuatan untuk menjaga amanahMu yang satu ini
Babah
Kala mami resah dan gundah
Sudilah kiranya menjadi telinga untuk mendengar
Menjadi bahu untuk bersandar
Kala mami rasa diri tidak mampu
Bantulah mami harunginya dengan belaian
Sentuhlah tanganku
Kerna lembut sentuhan itu
Adalah semangat kental buatku!
Sesungguhnya SENTUHAN itu walaupun kecil tapi bermakna!
Thursday, October 31, 2013
Kerjayaku Bukan Saintis Tapi Aku Tetap Hampir Gila Jua
Jarang jarang mami nak highlight pasal kerjaya *kerjayalah sangat!*
Semester ini
Kali ni
Tika ini
Mami sangat GERAM dengan 'anak anak angkat' mami ni
Mungkin ada yang kata "jadi lecturer apalah yang stress sangat.."
Mungkin ada juga yang mencemuh "eleh baru jadi lecturer pun nak serabut kepala ke, bukan jadi menteri.."
Mungkin ada juga yang senyum senyum kambing "ohhhh ingat kerja aku je yang stress ada jugak orang lain yang stress sama macam aku"
Apa lah yang stress sangat kan kerja mami ni
Meh mami cerita
Situasinya begini
Sekarang kami dah masuk minggu ke 11
Dalam satu semester usually ada 13 - 15 weeks mengajar
Tapi this semester special sebab sem ni pendek (yahoooooo)
So minggu 12 dah abis, minggu 13 dah start final exam
Most assignment's submission adalah dalam minggu ni
TAPIIIIIIIIII heeeeeee mengundang kemarahan betul
Sekor datang kata unaware nak kena submit this week -- padahal 800 kali dah remind
Sekor datang kata tak sempat siap sebab ada itu lah ini lah
Sekor datang cakap tak boleh submit sebab nak kena pergi embassy lah, immegresen lah
Sekor datang kata tak boleh submit sebab soalan assignment diorang takde -- habis yang aku uploaded dalam portal tu hapa????!!!
Sekor datang heeeeeeeeee dengan seribu macam alasan!
Hempuk kepala sekor sekor karang baru tahu!!!
Yang paling tak boleh nak terima asyiklah tak nak terima kesalahan sendiri
Asyik kitaaaaaa je lah yang dipersalahkan
Lepas tu cuba korang bayangkan
Students mami ni bermacam warna bermacam ragam
Pitam!
Warna lain lain takpe sebab tu make us different
Tapi kalau IQ dan tahap kecerdasan below parrrrrrrrr adoi pitam 800 kali!
Berkali kali explain macam mana nak buat assignment
Tetapppppppp kena reject
Heeeeee bersabar sajalah
Tuhan beri ku kekuatan
Kalau nak cerita tentang 'anak anak angkat' mami ni
Sampai tahun 2014 pun tak tentu habis
Cuma harapnya mami bertahan dengan apa yang mendatang
Banyak bersabar, mami!
![]() |
| Walaupun kadang kadang rasa nak gila tapi best jugak sebab ada boss yang gojes (^_^) |
Monday, October 7, 2013
Mood Sangat Tak OK!
Tolong berikan daku kekuatan
Tolong berikan daku kesabaran
Tolong.... tolong.... tolong!
Mood tak pulih pulih sejak Sabtu hari tu
Kenapalah cepat sangat naik darah ni?
Tolong bagi petua supaya tak mudah naik darah
OK
Kenapa mami marah?
Entahlah makin lama makin tak terbendung perasaan menyampah ni
Tak suka sila berambus betul tak?
Tapi mami masih belum ada kekuatan untuk berambus lagi
Tunggulah
Satu hari pasti tercapai juga cita cita itu
Wahai dugaan
Tolong lah be nice to mami ohkeh
Ahhhhh takde pape sebenarnya
Cuma bila mood sedikit terganggu
Perkara kecil pun sangat mengganggu
Sebenanrnya punca hangin mami adalah kerna seorang budak dari Timur Tengah yang dopod
Tak paham paham bahasa
Tak reti nak paham apa orang cakap
Diaaaaaa je yang betul
Kamu berada di negara ku
So please behave dan sadar diri
Ini tidak!
Berlagak macam kita kena ikut cakap dia
Dah lah bengap tahap gaban
Tak nak dengar cakap orang
Heeeeeeee ikutkan hati mau ku hempuk saja itu budak grrrrrrrrrrrrrrrr
Takpe lah
Abaikan
Life goes on
**Owh indahnya jika dapat tengok cerita Korea sekarang
*** Psttttt bos saya mau pulang, boleh?
Wednesday, September 11, 2013
Berat
Berat mata memandang
Berat lagi bahu yang memikul
Mungkin tak semua mengalami masalah yang sama
Tapi percayalah
Mesti ramai di luar sana yang mempunyai masalah berat
Ada yang makan banyak tapi berat tak naik naik *syukurlah, untunglahhh
Ada yang tak makan banyak tapi berat naik mencanak canak *oh mami pasrah
Lepas raya badan rasa makin berat
DENGGGGG
Walaupun mami kadang tak makan nasik pun
Tapi berat naik jugak (kot)
Hari ni kecewa sebab badan rasa makin berat
Sejak semalam sarungkan Corset PB semula
Mulai hari ni nak jadi vege je
Makan nasik hanya dengan sayur pftttt!
Macam takde makna je
Sebab mami ni sweet tooth
Suka sangat makan benda manis (patutlah mami manis)
Wiken baru baru ni mami ada buat tiramisu
Ohhhh sejak pandai buat tiramisu asyiklah buat dan hadap tiramisu ni
Tiap tiap petang belasah tiramisu
Adakah ini punca berat mami meningkat?
Eh tak mungkinlah
Sebab mami tak buat manis manis pun
Just tambah cream cheese banyak banyak
Salah ke?
![]() |
| Taken from gugel |
Tapi malas nak snap picture
Tapi memang puas hati lah buat sendiri
Letak cream cheese banyak banyak
Letak choc powder banyak banyak
Yummehhh!!
Hmmmm lepas tu menangis menyesal badan makin "gebu"
Monday, August 19, 2013
Back To Work!
Betul betul bercuti raya mami kali ni
Dua minggu cuti
Dua minggu langsung tak menulis
Hari ni hari pertama kembali bekerja setelah sakan berpoya poya
Walaupun hanya melepak lepak kat rumah dan kawasan sekitar
Tapi syok jugak eh tak kerja
Semalam sangat excited nak pergi kerja
Al maklumlah agak lemau lama lama jadi suri rumah ni
Tapi bila dah masuk kerja ni lain pulak jadinya
Rasa macam serba tak kena
Rasa macam tersisih pulak (*eh hentah hapa hapa plak perasaan ni)
Malas lah nak layan perasaan yang bukan bukan
Orang tak suka sudahhhhh
Baik kita buat hal kita je..
Jom keluar jumpa babah
Tenangkan hati
![]() |
| cantik tak kak ton *jangan rebah pingsan ye uols.... (pakai tudung yg tak payah nak iron bagai adalah paling selamat terutamanya pada hari Isnin setelah 2 minggu tak kerja!) |
Friday, August 2, 2013
Ketika Isteri Menangis
Tetiba terbaca petikan ni kat blog ni >> Lembaran Hidup
Rasa ada betulnya juga kan?
Copy paste je ni dari blog Lembaran Hidup
Takde mood nak menulis
Mood raya sudah mari
Maklumlah harini last day kerja sebelum cuti!
****************************************************************************************
Jika seorang istri menangis dihadapanmu,
Itu berarti dia tak dapat menahannya lagi.
“Hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya
Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.
Lelaki, jika seorang istri pernah menangis karena mu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki, jika seorang istri menangis karenamu.
Tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin karena keputusanmu, kau merusak kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, Saat dia menangis karenamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Pikirkan….
Istri mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepanmu dan karenamu……
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan karena dia menginginkan simpati atau rasa kasihan
Dia menangis,
Karena menangis dengan diam-diam
tidaklah memungkinkan lagi.
Lelaki
Pikirkanlah tentang hal itu
Jika seorang istri menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya karena dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya,
Hanya kau yang tahu jawabannya….
Tapi dia sering dilupakan oleh suami karena satu hal…
Bahawa “Betapa berharganya dia”…
Pertimbangkanlah
Karena suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk bilang ‘MAAF’!!
Wednesday, June 26, 2013
Takde Mood. PUSHSTOP.
Alaaaa tak suka lah perasaan ni
TAKDE MOOD
Semua buat tak kena
Nak ajak babah lunch sama
Dia dah pergi makan dengan opismate dia
Main gula pun tak menjadi
Asyik matiiiiiii je nyawa pun dah habis
Nak pergi shopping pun tak bersemangat
Makan pun tade mood
Owh bila makan pun takde mood ni dah kira kronik ni
Tapi mengapakah?????
PMSing? Tidak mungkin sebab baru je kawan datang melawat
Apa terapi paling baik untuk orang takde mood ek?
Sila bagi link untuk mami window shopping online
Maybe ini boleh mengembalikan pak mahmood yang hilang!
Bila dah takde mood ni semua malas nak buat
Padahal paper exam yang berlambak tu pun tak tanda lagi
Assignments students pun tak sentuh lagi
Board of Exam report pun baru jeling jeling je
Homework untuk training esok pun tak siap siap lagi!!!
Huhuhuhuhuhu
Hai pak mahmood ke mana engkau pergi?
Mami banyak kerja ni tapi takde mood nak buat
Psstttt dah lah takde mood bertambah takde mood bila wassap kita ada orang tu tak perasan. SENTAP!
Nak layan gambar kami yang lama lama
Kot kot jap lagi mood datang kembali (mami takde mood nak upload gambar sempat upload yang sekeping ni je)
Sungguh parah kes takde mood hari ni
![]() |
| Geram kat muncung tu nak picit picit je rasanya! Hehehe |
Walaupun takde mood tapi tanggungjawab kena kita laksanakan
(Apalah yang mami merepek ni takde mood punya pasal jadi ntah hapa hapa ntah)
Huwaaaaaaaaaaaa
Okeh takde mood. PUSHSTOP!
Wednesday, May 22, 2013
Sambutan Teacher's Day @ Brainy Bunch Equine
Ohkeh mami janji ni adalah last
Lepas ni no more citer hari guru
Maklumlah first time Akeem sambut hari guru
Mami dia yang terlebih seronok - mami kan guru jugak!
Ok pagi tu ceria je dia nak ke sekolah
Mami patut masak utk potluck tapi tak sempat pulak
Jadinya mami beli je lah moist choc cake
Parents di jemput sama untuk memeriahkan sambutan Teacher's Day kali ni
![]() |
| Pagi tu ceria je nak pergi sekolah.. suka sangat mami kalau tengok dia happy |
Jadi terlambat sikit sampai untuk majlis tu
Sesampai je mami bukan main suka dia
Sedih pulak mami dengar bila ada satu daddy tu cakap Akeem nangis
Maklumlah mesti dia sedih tengok semua kawan kawan dia ada mak or babah
Dia takde..
Sesampai je mami terusssss berkepit tak nak berenggang!
![]() |
| Tengok lah anak mami yang terus menjadi anak koala! |
Main pun tak nak
Suruh join kawan kawan dia pun tak nak
Sayang sungguh Akeem kat mami dia nih (^__^)
![]() |
| Banyak nya makanan yang mami suka tapi mami puasa so tak dapat lah jamah RV tu... slurpppp |
![]() |
| Selain dari acara makan makan ada juga game untuk anak anak... mana Akeem??? Maaflah Akeem tak berminat nak main. Akeem lebih berminat nak menepek ngan mami dia... haish anak! |
![]() | |||||
| Mami paksa jugak dia join kawan kawan, tapi end up dia berdiri terpacak cam tu je tak nak cooperate... |
![]() |
| Dekat akhir akhir baru nak join kawan kawan dia untuk bacaan doa - tapi mesti nak duduk dekat dekat ngan aunty jugakkkk - berkepit je anak mami nih! |
![]() |
| Tak sempat abis baca doa dia dah buat style macam macam... orang baca doa dia tertonggeng sana tertonggeng sini... nampak tu siap duduk out of circle |
Pukul 11.30 event berakhir
Ramai juga parents yang balik bawa anak masing masing
Akeem dah start rekues "Akeem nak balik rumah je ye"
Mami cakap "mami work, so Akeem stays"
Dah sudahhhh dia mula mencebik - start nangis
Halamakkkkkk bertabahlah mami bertabahlah!
Mami pujuk dia
Tapi tetap nak ikut mami jugak
Tabahlah mami tabahlah!
Huhuhuhuhu ikutkan hati nak saja mami EL then balik rumah (^__^)
Tapi pengalaman telah mematangkan mami
Mami berusaha menjadi mami yang ber hati kering
Kiss peluk salam
Kiss peluk salam
Kiss peluk salam (huh perasaan memang haru biru - rasa tak nak lepaskan Akeem)
Lepas tu mami cekalkan hati
Walaupun Akeem menangis bersungguh sungguh
Mami kiss then terus tinggalkan dia!
Phewwwww sebak mami...
![]() |
| Akeem yang sedang bersedih sebab mami tak bawa dia balik "Sorry sayang, mami have to work!" |
Wednesday, May 15, 2013
Tetiba Beremosi tsk tsk tsk
Tuesday, April 23, 2013
Kita Sudah Tiada Masa
Berdebar pulak nak tunggu 5 Mei 2013 ni
Sama sama lah kita renungkan semula
Sama sama lah kita fikirkan semula
Pastikan kita buat keputusan yang tidak merugikan bangsa, agama dan negara!
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Kita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang
Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

Monday, April 22, 2013
Amukan Pocong Di Pagi Hari
Humang aiiiiiii
Pagi pagi berpeluh ketiak mami
Maklumlah dah seminggu tak pergi sekolah
Ahad, 14 April >> Sukan
Isnin, 15 April >> sekolah tutup - cuti peristiwa
Kebetulan nenek dan atuk ada kat rumah
Jadi amik kesempatan jalan jalan
Selasa DEMAM
Rabu DEMAM
Khamis separa DEMAM - kejap demam kejap baik
Jumaat dah tak demam tapi sebab nenek ada so tak nak pergi sekolah
Makanya hari Isnin nan indah ini telah menyebabkan
Amukan pocong di pagi hari
Nangis teruk tak nak pergi sekolah
Haishhhhhh
Tak patut tak patut
Tapi mami dah belajar dari pengalaman
Mami tabahkan hati
Tinggalkan jugak dia kat sekolah
Friday, April 19, 2013
Hati Tengah Sedih Tetiba Boleh Jadi Girang
Phewwwwww
Punyalah tak bersemangat nak habiskan minggu ni
Rasa nak je cepatkan masa
Biarlah cepat sikit weekend
Nak lari
Lari jauh jauh
Lari kemana sahaja
Asalkan mampu buat mami lupakan kejap
Kekecewaan hati ini
Dah lama menanggung beban perasaan
Kali ini mami betul betul kecewa
Mungkin
Ini kalilah
Mami betul betul mengundur diri!
Tengah melayan perasaan syahdu
Tetiba
Ternampak tawaran menariks
Ada Blogger Cun Offer Sogo Voucher >> klik sini
Terus ceria
Terus terjah blog dia
Terus cuba sedaya upaya menjadi pengomen pertama dan kedua
Nak rebut RM100 sorang sorang - boleh ke Mekchu?
Puh kiri puh kanan
Harap mami langkah kanan
So boleh pergi Sogo minggu depan
Belikan Akeem menan
Hohohoihoiiiiiiiii
Hati tengah sedih tetiba boleh jadi girang!
![]() |
| Terus berangan menang RM100.. apa nak beli apa nak beli... oh hoi sukanya hati!! |
Monday, April 8, 2013
Bila Dah Kehilangan Baru Terasa Sayang! tsk tsk tsk
Perasaan adalah sedikit bercampur baur
Penat
Letih
Murung (tatau kenapa)
Rasa sangat perlukan rehat
Lately felt like very tired
Seriously need a break
A very long break
Dear bosses
Please allow me 'rest' for a while!
Hahaha purposely tulis bahasa omputih supaya my bosses paham!
Sejak mami buat entry 'I think I am ready' tu
Mami sentiasa monitor 'aktiviti' harian mami
Especially jadual lawatan kawan mami yang satu tu
Then mami notice
Dah 6 hari kawan mami tak datang. Apakah??
Masa tu memang ada perasaan lain macam sikit
Perut memang agak lebih membuncit dari biasa
Tekak senantiasa terasa loya setiap pagi
Kuih pau memang sangat sakit huhuhu
Dalam hati berkata
"Alamak takkan dah preggy kot?" huhuhuhu tak sempat nak pergi honeymoon kat tempat best best lagi
Dengan semua tanda tanda tu
Mami agak 'percaya' yang mami adalah preggy
Tapi bila buat test negative pulak
Bukan sekali tapi 4 kali test uols
Semuanya adalah negative
Buat mami jadi confuse
Cuma perasaan adalah berbelah bagi
Sebahagian of me harap I am pregnant
Lagi sebahagian of me cakap janganlah pregnant lagi - Akeem masih kecil and mami tak ready lagi (mentally not ready)
![]() |
| 17 hari kawan mami lambat datang melawat |
![]() |
| then pada 1 April 2013... kawan yang satu tu pun datang melawat... tsk tsk tsk |
Setiap hari monitor kedatangan kawan mami tu
Pada 1 April 2013
Kawan mami tu pun datang melawat - setelah terlambat selama 17 hari!
Then tetiba
Terasa sayangnya
Kalaulah kawan mami terus tak datang melawat
Bakal adik Akeem akan lahir 28 Nov 2013
Same month dengan Akeem!
![]() |
| Kunun tak excited tapi siap install pregnancy apps kuikuikui... |
Betullah orang kata
Kita ni manusia tak pernah nak bersyukur
Bila ada tak hargai
Bila dah kehilangan
Baru terasa sayang tsk tsk tsk............ :-(











































