Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

Minyak Naik Lagi, Perlukah Kita Kereta Hybrid?

As Salam

Bila minyak naik otomatik semua barang naik
Tak perlu mami nak komen apa apa pasal kenaikan harga ni
Mami bukan orang yang arif pasal minyak, ekonomi mau pun pasaran global
Tidak sama sekali!

Cuma kesian kat mami yang bergaji sederhana ni
Minyak naik bukan persoalan kat sini
Cuma heran sungguh bila minyak naik semua benda nak naik harga
Sabtu lepas mami hantar dobi *setimbun dobi
WAHHHHH harga dobi pun dah naik 20 sen sekilo pfttt!
Dulu kedai dobi faveret mami ni caj RM1.80 sekilo
Sekarang dah jadi RM2.00 sekilo

Betul
Baju basuhlah sendiri
Tak yah hantar dobi
Mami bukan malas
Cuma cuaca tak mengizinkan asyik hujan je petang petang
Mami kerja so sapa nak selamtakan baju mami kalau hujan petang?

Ah nampak
Sekarang mami menyalahkan cuaca pulak!

OK terfikir jugak
Perlu tak tukar Gen2 mami yang dah semakin kuat makan minyak ni
Maklumlah dah semakin tua
Bila dah tua ni kuat pulak dia meragam

Abang ipar mami won a challenge from Honda
Berjaya bawa pulang Honda Hybrid selama 3 hari 2 malam
Tetiba dia offer
"Nak test drive tak Honda Hybrid ni?"


Mak suke mak suke
Terus excited nak test drive

Bestnya kalau Honda bagi FREE terus....

Maafkan kesalahan etika pemakaian mami tu.. warna lanhsung tak kena dan sebagainya... mami sebenarnya tengah comot comot baru siap masak mee rebus *phewwww

Smooth je ride kereta ni... test pusing pusing taman je... *owh hidung!!! Mencik pfttt
Babah pun excited nak try gak *jugak berpakaian menyalahi etika berpakaian..(maafkanlah kami)

Eh kerreta ni kecik ke mami yaang teramat besar?? Mencik lagi
Walau apa pun memang best test drive keta ni
Kalau bagi FREE laaaagi best!
Rasa macam sesuaiiiiiiii je mami bawa Honda Hybrid ni warna putih cermin tinted gelap giler *ehhh
#tidakbermaksudapaapa ^_^

Monday, June 17, 2013

Kereta Korang Tak Sehebat Kereta Mami

As Salam

Tajuk entry adalah berbaur riak
Eh mestilah nak tunjuk kehebatan kereta mami tu
Kereta korang boleh bawak kuda tak?
Tak boleh? ??
 
Kan mami dah kata kereta korang tak sehebat kereta mami
Apa yang hebat kereta mami tu?
 
Kereta mami ni dah boleh kalahkan kontena tau
Boleh bawa kuda
Boleh bawa senapang
Boleh bawa segala peralatan mainan akeem
Kadang2 akeem nak jadi askar - senapang tersedia
Kadang2 akeem nak jadi supa strikas atau Iwan hero bola kampung - bola dah stenby
Kadang2 akeem nak jadi cowboy - kuda sedia ditunggang
Kadang2 akeem nak jadi pirate - teropong sentiasa ada
HEBAT kan kereta mami
 
Cowboy in the car
Boleh masak masak dalam kereta
Potong! Nak jugak bola gambar ikan... haish...

Library di dalam kereta
Tahu kah apa tu uols??? Itulah teropong Akeem... kalau hilang boleh berlaku amukan pocong tau... tahu tak uols mana datangnya teropong itu? Ha cer teka cer teka..
Macam macam ada
Dah macam stor bergerak!
Phewwwww tak glamor lah kereta mami yang ayu ni... ^_^

Yang paling hebat dia suka sangat jadi over heated
Bukan sekali ye
Berkali kali 
Hebat tak??
Kereta ku yang selalu over heated - terlebih hotttt...
DAN BOLEH JUGAK MENJADI KATIL UNTUK AKEEM...

Friday, May 10, 2013

Oh Kereta Itu

As Salam

Oh kereta itu sudah macam macam
Baru baru ni dia naik tow truck sudah
Dan semalam
Kerna dia lah muka mami yg comel ni jadi tak comel
Wahahaha fengsannn

Hah kan dah tak comey.....
Semalam pukul 6 sharp memecut pulang
Seperti biasa jalan pasti jem
Mami kool je sambil tunggu traffic sambil main candy crush
Tetiba lepas 20 minit baru perasan
Hallamakkkkkk kenapa temperature naik melampau nih
Huhuhu tolong.... mami panik!!!
Jalan masih jem
Temperature makin naik

Kepanasan melebihi tahap biasa..

Matiklah... kalau kereta ter mati ni mesti kena sumpah dgn drivers lain
Pasti mami akan menyebabkan traffic bertambah tenat
So dengan penuh debaran mami matikan enjin dulu
Sementara tunggu traffic bergerak
Off enjin off air cond
Bayangkanlah
Dengan suhu 32°C tersekat dalam jem tanpa aircond
Tak suka tak suka

Wahai kereta
Sabar mami ada hadnya
Kenapalah dikau berperangai begitu
Buat lagi sekali
Tahu lah nasibmu...

Wahai kereta
Mujurlah tuan mu ini tak kaya
Kalau tak dah lama tuanmu ini berkereta MINI
Wahahahahaha

Berangan lah mami selagi terdaya!

Mengintai mu hanya dari tirai kamar...

Sunday, April 28, 2013

Naik Tow Truck

As salam
Sepatutnya semalam
Selepas Maghrib enak enak sedang mengunyah kambing BBQ
Tapi
Tak sangka sungguh
Betullah kata orang malang tak berbau

Begini ceritanya
Semalam adik ipar mami ya g duduk kat Semenyih buat makan makan
Bakar bakar ayam kampung, kambing, rusa ahhhh
Macam macam lagilah
Pendek kata rugi lah kalau tak datang
Lepas Maghrib baru kitorang gerak Babah ada keje sikit
Potong time ni lah pulak kena on call
Kami lalu SILK >>> LEKAS
Nak lekas lekas sampai makan BBQ
Ngam ngam depan simpang nak exit ke LEKAS highway ke Semenyih
Kereta tetiba mati
Mujur tak banyak kereta so cepat cepat pull ke tepi
First time rasa pengalaman macam ni
Malam pulak tu
Tempat agak sunyi
Macam macam mami pikir
Maklumlah keadaan sekarang ni macam macam
Buat buat kool tapi dalam hati tak putus doa
Ya Allah selamatkan lah kami dari anasir anasir yang tak baik
Sekarang ni hantu orang dah tak takut 
Orang lebih takutkan manusia daripada hantu sekarang ni
Sebab manusia lebih hantu daripada hantu sekarang! - maksud mami peel manusia lah (^_^)

Mami call kawan mami yang duk kat Kajang
Tanyakan dia ada tak nombor tow truck
Asben dia kata baik call insuran punya tow truck selalunya diorang ada service towing dah cover cost charge below RM300
Oh ye lah
Thanks Lina Arde!
Babah pun call tow truck insuran Gen2
Dekat kul 10 lebih jugaklah baru sampai
Takpelah janji semua setel

Terima kasih Abg Iswandi dan Jusman (biras mami)
Sudi jugak amik kitorg kat tempat kete tersangkut tu
Dapat jugak kami makan semua hasil BBQ itu
Cuma yg terlepas adalah kemeriahan bakar membakar lah
Takpe raya nanti kita repeat
Babah ikut tow truck
Pastu balik rumah amik SiPutih dan muncul kat tempat BBQ demi kambing tepat pukul 12 malam!

Akhir hari ini dalam sejarah Gen2 naik tow truck. Sudah sudah lah merajuk ye lepas ni sayang.. nanti...

Sunday, February 17, 2013

Gen2 Merajuk Lagi

As Salam

Kesian Gen2
Makin lama makin sensitip
Maklumlah usia pun dah nak masuk 8 tahun
Silap sikit je merajuk silap sikit je merajuk
Lebih kerap rajukan dia bila babah pakai kereta putih tu

Semalam babah bawak dia pergi mandi
Dah beberapa bulan tak mandi
Elok je lepas siap mandi wangi wangi
Dia meragam
Tak boleh nak start
Tak nak hidup
Nasib baik kedai basuh kereta tu dekat je sebelah workshop je
Macha (or bangla) tu tengok sana tengok sini
Godek sana godek sini
Akhirnya hidup semula
Fuse ke starter ke kunci je longgar (entah mami tak berapa pasti sangat -- tak berapa ingat apa yg babah cakap semalam)

Yg rambut cam megi tu bukan babah (dan pastinya bukan mami) tapi itu adalah macha yang telah menyelamatkan Gen2 (^_^)

Wednesday, May 4, 2011

Kesian Kereta Babah

Sejak bertiga ni Gen 2 babah tu rasa kecik lak. Mana taknye bila berjalan macam2 benda nak bawak. Paling kritikal time balik kampung tak kiralah sama ada balik Pahang or balik Johor - penuh sesak! terus rasa nak beli MPV... hmmmm....

Pakai Gen 2 tu dah 6 tahun kot tapi kesian sangat keadaan Gen 2 tu macam - banyak minor injuries... Gambar2 kat bawah adalah antara reason rasa nak tukar kete baru..
Kecederaan pertama: handle driver tercabut


Haha kantoi siap berlipas kete... partly Akeem menyumbang kepada 'pet' babah ni cos Akeem selalu tumpahkan makanan dlm kete babah...

Akeem kalo tido mesti nak baring sakan, so mami yg nak duk mana? Most of the time mami akan duduk siiikiiitttt je... huhu... nampak tak keadaan seat tu yg dah tenat.. haruskah tukar leather?

Stereng yg disayangi... 
Ikutkan perasaan memanglah dah lama tukar kete, tapi bila baca entry mama chu rasa jeles lak dia dah abis bayar si kenari biru tu. Betul gak kan kereta adalah liabiliti tapi mungkin dalam kes mami ni tukar kereta adalah keharusan... hahaha apa komen babah?