Showing posts with label Babah. Show all posts
Showing posts with label Babah. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Dua Ekor Ikan Berharga RM200

As Salam

Lokasi: Bagan Tengkorak, Tanjung Karang Selangor
Misi: Mencari Ikan Merah, Jenahak *mata ke atas*
Ahli: Geng2 Pemancing Amatur *sangat*
Tarikh: 19 Oktober 2013 - 20 Oktober 2013
Kos: 1800 sewa bot (RM200++ sorang)
Hasil Tangkapan: Babah bawa pulang 2 EKOR IKAN GERUT GERUT

Muka ada pucat sikit (baru muntah ke) hehehehe... beraksi dengan ikan merah
Nampak tak bertapa mahalnya harga ikan tu
2 ekor pun tetap kena bayar RM200++
Kalau mami beli kat pasar borong RM200++ dah boleh beli 2 tong besar ikan

Kalau dah minat kan
Semua pun OK
Tidur di lambung ombak - bereh, takde hal
Makan malam hanyalah roti semata - bereh, takde hal
Muntah hijau sebab mabuk - bereh, takde hal
Tak dapat ikan - bereh, takde hal

Bot yang sang pemancing idamkan babah kata next trip nak naik bot ni pulak (RM2000 per night)
Ini bot yang dinaiki sang pemancing... not bad tapi nampak macam agak uzur jugak bot ni boleh muat 8-10 orang ikut saiz badan sang pemancing lah
Ruang berehat, memasak dan bekerja
Apalah yang tengah diperbincangkan? Nak share share hasil tangkapan kot

Ada katil double decker... disebabkan cuaca tak berapa elok (laut sangat bergelora disebabkan hujan lebat dan ribut) kul 9 babah dah tido... syok kot tido dibuai ombak?
Si baju oren tu dulu dikenali sebagai Lomu tapi sejak dah bersara ni tukar hobi ke laut pulak..

Mami tak menghalang
Menggalakkan pun tidak
Kalau itu sudah minatnya
Mami biarkan saja
Cuma kala dia berkepergian
Hati tetap berasa risau dan galau jua
Doa mami panjatkan
Agar dia pulang seperti sediakala

Cuma
No more fishing trip till next year ye
Cuaca tak menentu sekarang
Harap tunda lah segala perancangan
Sayam babah ketat ketat!


Friday, September 27, 2013

TGIF | Nafkah

As Salam

Dah hujung hujung bulan ni biasalah
Mesti kering sikit
Hari ni Jumaat
Dan selalunya ada jualan kat StreetMall kat Cyberjaya ni
Nak pergi cuci mata je

Pagi pagi tadi sebelum pergi kerja mintak  nafkah dari babah
Hehehe.. terussss je dia letak RM50 kat depan mami
Terima kasih babah.... ^_^

Tuesday, July 16, 2013

Khas Untuk Babah!

As Salam,

Awak...awak tahu tak arini ari apa...
Selasa..ye..ari selasa...
Itu maknanya dah 7 hari kita berpuasa...


Awak, saya janji
Tengok tapak tangan saya ni (sambil angkat ikrar)
Saya janji..
Saya janji akan masak yang sedap sedap untuk awak
Saya janji akan sentiasa kejut awak bangun sahur tanpa jemu
Saya janji akan cuba kurangkan PARAM tahun ni
Saya janji akan jadikan Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya

Awak, saya janji tau!

PANGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!

Tak payah bajet comel sangatlah
Janji, janji, janji
Janji kena tepati ohkeh
Bukan janji di capati 
Macam babah selalu tak tepati janji.... buwekkkkkkk :p

SAYA JANJI TAU AWAK..... (HAHAHAHA tapak tangan lebih besar dari muka!)


 

Tuesday, July 2, 2013

Melepaskan Gian di Kemaman

As Salam,

Babah pergi Kemaman untuk melepaskan gian memancing dia
Kerna trip memancing babah tu kami balik berdua saja ke Pahang
Nak kata mami suka babah pergi mancing tu takde lah suka sangat
Tapi kalau dah hobi dia nak halang lebih lebih pun takde maknanya
Pergilah babah tapi please berhati hatilah ohkeh
Lepas ni jom kita ke Tasik Kenyir pulak naik house boat baru best
Boleh beronok ronok dengan family sambil memancing, berkelah, dan relaks relaks

Babah pergi dengan kawan kawan dia
9 orang semua termasuk pakcik tekong bot
Hari Jumaat malam diorang bertolak dari KL ke Kemaman
Sampai Kemaman kul 3 pagi
Esoknya dalam kul 12 naik bot siap sedia memancing

Rumah penginapan mereka masa kat Kemaman tu... bestnya luasnya lamannnn
Malam sebelum bertolak tu salah sorang geng mancing babah demam kura kura
Hehehehe gigil gigil sejuk
Tapi semangat nak mancing tu lebih kuat - demam pun demam lah
Maklumlah sejak bulan Januari lagi plan nak mancing
Sekali demam pulak daaaa ^_^
Sebelum naik bot babah bawak kawan dia tu merangkap kekasih gelap dia pergi jumpa doktor
Check suhu 39.8 - confirm demam panas

Jie: Doc kasi inject Doc cepat sikit baik, saya nak pergi mamcing ni
Doc: Eh kalau nak pergi mancing saya tak boleh inject, sebab lepas injection awak kena rehat
** Doctor hanya membekalkan En Jie (nama sebenar dirahsiakan) dengan sepapan Uphamol 650

Respek sungguh walaupun demam tetap turun ke laut berbekalkan sepapan Uphamol ^_^

Tapi kalau dah hobi tu apa saja diorang sanggup kan?
Walaupun masih demam tetap ke laut
Semangat nelayan sungguh!

Masing masing bergambar dengan ikan pancingan (jangan terpedaya ikan tu hanya seekor sahaja) masing masing nak tumpang glamer pose dgn ikan hasil tangkapan orang lain ^_^
HAHAHAHAHA
Gambar kat atas tu macam kelakar plak
Background adalah sama cuma tukar orang yang pegang ikan je
Cessssss!

Keadaan bot mereka.. best jugaklah makan sotong goreng tepung super fresh kat atas bot

Hasil tangkapan mereka - sotong hampir 70kg
Potong sungguh leatak sotong di tepian longkang
Tapi longkong tu bersih yang nampak hitam dan berlumut tu disebabkan dakwat sotong tu
Jadi jangan fikir yang bukan bukan ye mami masa nak makan tu (sekor sotong telah selamat berada dalam perut ku sudah)

Apa apa pun ni adalah trip ke dua pancingan ke laut
Rasanya sudah cukup sudah pergi jadi nelayan laut dalam
Boleh kan babah?
**Sila take this message seriously ^_^





Tuesday, June 4, 2013

Mari Hijaukan Bumi Kita

As Salam

Cuaca terlampau panas sekarang ni kan?
Tak tahu lah mami sama ada kat rumah mami je ke yang panas terlampau atau kat tempat korang pun panas terlampau jugak
Jadi demi untuk mengurangkan sedikit kepanasan ni babah pun bersemangat untuk menghijaukan bumi

Balik dari kerja terus memulakan projek bumi hijau
Nama je gempak projek bumi hijau tapi pokok adalah bersaiz super mini dan beberapa batang je
OK lah janji ada jugak menyumbang kepada kempen menghijaukan bumi kita
Mesti korang kesian kat Akeem kan
Rumah kami ni takde laman yang besar macam rumah uols
Kami hanya ada taman / laman seluas sekangkang kera
Maybe kalau kera gemuk yang kangkang lebih besar dari saiz taman / laman rumah kami
Tapi hanya itu yang kami mampu - kami redha dan bersyukur!

Nikmati aksi aksi Akeem berkebun dengan babah dia
Peace... bagus anak mami ni balik dari sekolah terus je berkebun (masih sangat terang walaupun masa ni dah kul 7.15pm)       


Apalah Akeem ni mula mula ragu ragu jugak nak pegang tanah - geli kot tu yang termenung memikirkan acane lah nak tanam pokok nih..

Baru bersemangat lepas babah tunjukkan cara macam mana nak tanam pokok


Bila dah comfy gitu lah Akeem... bukan takat tanam pokok siap bersila terus atas tanah sambil main batu...

Huhuhuhu terpaksa tanam di luar kawasan rumah
Kan tadi mami dah cakap laman yang ada hanyalah sekangkang kera!






Wednesday, May 29, 2013

Copy Paste Sangat Babah Dia!

As Salam

Bapak borek anak rintik - sesuwei sangat dengan Akeem dan Babah
Walaupun mami tak berapa nak paham maksud peribahasa tu
Tapi mami rasa memang sesuwei untuk Akeem dan Babah
Hahahaha tah apa apa!

Kenapa mami berkata begitu???

Sebab Akeem ni kan hobi dia kan sama je ngan babah dia
Babah suka pacing pacing
Dia pun suka pacing pacing


Memancing di tepian pantai

Babah pernah suatu ketika dahulu berminat dengan aktiviti menangkap gambar
Dia pun minat jugak

Kesiannnnnnn denagn benda alah tu pun jadik... (ala benda yg selalu orang beli bila balik dari mekah atau umrah tu yg adad slide gambar kat dalam tu)

Konon konon photographer professional lah tu... sedang menangkap gambar arnab di Bukit Tinggi

Sekarang babah tengah kemaruk dengan basikal lipat
Dia pun sebuk kan diri naik basikal
Siap ajak babah lumba lagi tu
Padahal kayuh pun tak "fasih" lagik

Aksi kayuhan pertama Akeem... tapi sedikit culas nak prektis asyik suruh mami tolakkkkkk je
Aktiviti setiap petang (kalau berkesempatan) membonceng babah keliling taman
Betulkan?
Copy paste sangat babah dia
Huh mami jeles hokey!
**tapi feel oh sungguh like mami! (nak jugak...)

Tuesday, May 14, 2013

Get Well Soon Babah!

As Salam,

Sejambak bunga dari Mami dan Akeem untuk Babah... tenaga Babah sangat kami perlukan, Get Well Soon Babah!

Harini babah demam
Kesian babah mami tak dapat jaga babah
Mami kena kerja
Get well soon babah

Kenapa tiba tiba babah demam?
Dan baru mami teringat
Semalam suhu mencecah 33 darjah celcius
Ya Tuhan panasnya (insaf, ni baru panas dunia kan?)
Dalam keadaan yang panas semalam babah tetap bersemangat nak try seat basikal baru Akeem
Sempat lah jugak 2, 3 round pusing taman

Mungkin sebab itulah babah demam
Heat stroke kot
Panas sangat semalam pastu masih gagah mengayuh basikal pusing taman
Hehehehe

Apa apa pun
Get well soon babah
We love you!

Kawan kawan semua
Sekarang cuaca teramat panas
So jaga kesihatan
Minum air banyak banyak
Elakkan terdedah pada cuaca yang amat panas ni secara berterusan


Saturday, May 11, 2013

Alumni SEMESTA Raub

As Salam

Weekend ni ke Raub pulak
Memang payah betul nak ada kat rumah time weekend
Ini kali kami ke Raub ada misi khas
Misinya adalah menubuhkan Koperasi Alumni SEMESTA batch 96

SEMESTA tu adalah Sek Men Sains Tengku Abdullah kat Raub
Jadi nama koperasi yg ditubuhkan adalah KOMESTA 96
Erkkkkk KOMESTA??
Cam tak glamer je *^_^)

Ni sekolah babah
Mami tak pandai - tak masuk pun sekolah sains...
Tapi demi penubuhan koperasi ni spouse pun auto jadi ahli

Apa ke istimewaan koperasi?
Ohkeh nanti mami update dlm next entry
Malas nak type byk2 pakai note 2 nih

Ok baiiii ♥

Tuesday, April 16, 2013

Perbualan Lanjutan Angkara Pacing Pacing

As Salam

HAHAHAHA
Pasai apa gelak?
Angkara entry pacing pacing itu
Ada orang tak puas hati
Tak puas hati bila mami kata diorang dapat ikan kecik (^_^)
Makanya diorg pakat pakat nak pergi memancing ke laut lebih dalam
Khabarnya June ni nak ke Kemaman
Hoh kan main!!
Dia dah tahu mesti berlaku lagi amukan pocong 2
So demi nak mengelakkan amukan pocong 2
Babah umpan mami nak belanja henbeg
Kamon....
Ingat mami ni lembut hati sangat ke???
Mudah termakan janji manismu ke??
Korang silap!
Memang silap besar!
Sebab....

Pacing Pacing

As Salam

Apa kebendalah pacing pacing tu kan?
Hmmm pacing pacing itu adalah pancing pancing versi Akeem
Sabtu baru baru ni
Babah ke laut lagi
"Hohohoiiii ke laut weiiii"
Tapi ni versi Selangor bukan versi Ganu
Pacing pacing kat area Bagan Lalang
Kali ni edisi laut dalam
Memancing atas bot - mami dah pesan makan ubat muntah siap2
Bukan apa mami takut memancing tak ke mana
Muntah yang lebih HAHAHAHA
Tapi babah kata dia kool
Iyolah tu...

Pacing pacing punya hal
Seawal kul 5 pagi dah bergerak ke destinasi
Pacing pacing kali ni tak lama
Tak bermalam pun
Katanya tak nak mami sentap
Kalau dah namanya perempuan
Sentap tetap sentap ohkeh!
Ini kali kedua aktiviti pacing pacing
Dan tetap tidak berapa mendapat restu dari mami
Sebelum bertolak tetap menerima amukan pocong hewhewhew (^_^)
Owh susahnya nak membenarkan dengan ikhlas!

Walaupun mereka mereka adalah budak budak baru belajar
Tapi dapatlah juga sekor dua hasil tangkapan - ikan tamban yg lebih kecik dari ibu jari kaki mami!
Sungguh tidak berbaloi...
Tapi dah hobi nak buat acane
Relakan je larrrr
Babah kata kalau nak ikan besar kena pergi trip laut dalam dan bermalam semalam dua
BOLEHHHHH sila lah sila..!!

Inilah gaya seorang pemancing yang kool

Friday, March 29, 2013

Spesel Project: hancus!

As Salam,

Apalah suratan nasib ku ini
Bukan main beriya apply cuti arini
Bercuti semata mata nak laksanakan spesel project
Tapi
HANCUSSSS

Malaslah nak cerita panjang
PENAT
Huhuhu abis minyak kete tawaf Puchong - Equine Park

Ceritanya begini
Babah ada book groupon voucher package spa untuk mami
Package tu sempena anniversary kami December lepas - dah nak expired baru hegeh nak redeem!
Spa tu kat Emperor Spa & Beauty - nama so called emporer tapi HAPRAK
Puas pusing cari 15 min hegeh sini sana akhirnya jumpa jugak
Erkkkkk located kat tingkat 3 kat atas kedai mamak!
So tak menaruh harapan tinggi
Menapak la mami naik tangga - lif rusak uols - mengah!
Sampai2 spa
Tak bawa pulak print out voucher groupon tu
Selalunya even stay kat hotel pun mami x pernah bawa print out
Dah bagi code voucher number dan segala required detail masa booking
Tapi spa vongoks tu tak bagi jugak redeem atau guna perkhidmatan dia
Tapi mami ada la tunjuk print screen voucher tu
Tetap tak mau jugak!
Hoiiiii mami dah hangin!

Let me speak to your manager
Manager takde
Tapi mami suruh call
Then bercakaplah mami dengan manager dia
Puas
Padan muka kena maki
Well I tak hegeh sangat la kat spa buruk ko tu. Bye

So dengan perasaan amarah
Mami meninggalkan lah spa tu tanpa mendapatkan perkhimatan yg dah diidamkan sekian lama
Tak rasa ralat sangat cos dapat rasa mesti x professional mana
Bayangkanlah receptionist yang jawap phone call pun macam orang mabuk je gaya cakapnya
Blah la ko
Buwekkkk - geram!
Cuma geram sebab babah dah book untuk mami
Geram sebab tak dapat nak accomplish kan spesel project
Geram sebab ini adalah hadiah anniversary babh untuk mami...
Huhuhuhu

Tapi
Nasib babah janji nak bawa pergi spa kat Bali
Yeayyyyy!
Janji ditepati tau
Bukan janji dicapati ye, babah ♥

Untuk mengubati hati yang lara dan luka
Mami pun pergi la jusko
Beli la 4 pasang baju tido akeem
4 helai baju mami
Dan sayur mayur supplies weekend ni
Hajat nak masak
Tapi......

Wednesday, March 27, 2013

Komando 96

As Salam,

Komando 96 - SEMESTA



Kui kui kui
Komando 96 ini adalah tiada kaitan dengan mana mana unit Komando di Malaysia
Kalau korang terror
Cuba cari mana babah Akeem?

Owh
Patutlah anak ku itu ganas semacam
Menurun semangat juang babahnya kot
Kalau main bukan main lah ganas nya
Nasib baik Akeem sasarkan babah je - mami berkecuali buat masa ni (^_^)
Nasib lah babah ye...

Bila tenung balik gambar tu
Nak tergelak pun ada
Nak termuntah pun ada
Sungguh kudus muka mu babah
Keh keh keh..... buwekkkkkkkkkkkk (maaf termuntah juga akhirnya!) 


Thursday, February 28, 2013

Perbualan Suami Isteri, babah dan impian ;-)

Babah cakap nak beli motor kapcai tu... iyelah kat area rumah kami ni jem tak hengat... letih asyik stuck dlm jem... so bila ada moto senang sikit nak merempit...
Tapi mami kurang percaya
Betul ke babah nak pakai motor kapcai tu
Bukan apa
Kesian kat motor kapcai tu nanti nak menampung berat berlebihan kihkihkih..

   
Tetiba.... kunun tak nak beli motor besar cos nanti nak kena join ride ngan geng geng opis... alasan yang mcm tak berapa sesuweiiii kan???

Tapi bila mami bagi GREEN LIGHT boleh ride dengan geng geng opis hah terus survey moto beso ngko!!! Cesss dasar!!


Tapi bagus
Inilah yang kita cari
Suami mithali
Sayang jugak kat bini dia yang hitam dan makin tembam ni
Bila bini dia bagi green light
Terus excited survey motor versys dia
Terus bersemangat nak menabung
Impian dia nak beli motor versys tu cash... (AMIN)
Moga impian mu tercapai ye babah... kihkihkih....

Mami ni tak kesah pun
Babah nak beli motor besar ke
Nak beli kapcai ke
Kalau itu dah hobi dan minat babah
Tunaikanlah impianmu
Life is short
So enjoy it to the fullest, dear!


Monday, February 18, 2013

Bapak Borek Anak Rintik

As Salam,

Kalau tak pergi mana mana
Inilah Aktiviti mereka (termasuk mami juga)
Sungguh tak productive dan passive!
Sebab tu jarang sangat wiken duduk rumah
Baik pergi jalan jalan ngeee....

Lihatlah rumah ku syurga ku... tilam spare dalam store tu pun Akeem tak bagi simpan semula dalam store... rumah bersepah tahap melampau... hehe tapi hero berdua ni kool je melayan gadget masing masing -- terbaek!

Tuesday, January 29, 2013

Adegan SG di Waktu Malam..

As Salam,

Lama tak menulis
Bercuti di kampung sebab ada kenduri kawen
Anak kepada sepupu yang kawen
Tapi rumah mak pun turut 'berkenduri' dengan anak anak dan cucu cucu
Jadi mami bizi tak sempat nak update blog..
Talipon pun manjangggg missed calls -- rumah mak dari dapur nak ke depan je dah boleh buat main bola sepak !!

Nak cerita sikit tentang adegan SG di waktu malam ni
Mami balik rumah mak tengah ari Khamis
Malam tu tido la berimpit impit tiga beranak kat atas katil queen -- biasanya kat rumah katil king + babycot Akeem so puas tido!
Tengah tengah tido Akeem kejut mami...
"Mami tengok babah ni.."
"Nape?"
"Dia dengkur"... HAHAHAHAHA
Itulah adegan SG itu -- adegan SUNGGUH GERAM!
Mami dah agak imune dengan adegan itu
Tapi ada masa cam nak buat amukan jugak

Kadang kadang bila dah tak dapat sangat nak tido di sebabkan adegan SG itu
Mami akan membuat SERANGAN GANAS di waktu malam
Ada orang bagi tips supaya tendang kaki orang yang berdengkur
Jadi tips itulah yang mami amalkan..
Selama hampir 7 tahun kawen ni rasanya dah beratus kali mami buat SERANGAN GANAS itu...
HAHAHAHA ~ maaflah ye babah!

"Menyintai seseorang bukan hanya mencintai kelebihan dia
Tapi kita perlu menrimanya seaadanya -- kelebihan dan kekurangan dia" ~ mami

Bagi mami dengkuran itu adalah kelebihan dia
Iyee la kan bukan semua orang boleh buat dengkuran hebat cam tu
So itu adalah kelebihan cos bukan semua orang boleh buat.. hikhihik...

ihsan from google

Thursday, December 22, 2011

Happy Birthday Babah!

Happy Birthday Dear Babah. Mami, Akeem LOVE babah forever!!

Friday, July 29, 2011

Aummmmmm Harimau Kecik!

Mengaum satu rumah malam tadi. Akeem ngan babah layan bola. Mami terpaksa mengalah x dapat tengok cerita Korea. Huhuhu x pe lah demi orang2 tersayang..

Akeem comel sangat - dia bukan tengok game tu tapi dia betul2 tengok "bola"... bola ke kanan dia pandang kanan - bola ke kiri dia pandang kiri.. siap touch touch lagi screen tibi tu tenyeh bola. Tu bukan touch screen ye nak!

Akeem mcm nak masuk dlm tv nak tolong Apek.. (gambar adalah blurrr x sempat nak pakai dslr)

Ha baru ohkeh sikit gambar tapi babah lak 'potong' posing cam tu ngan suar pendek...


Babah pun "comel" gak siap on ekon sebab panassssss! Hahaha panas ati tengok fake players real actors from SingaPURA-pura!!!!

Apa2 pun mami lap u Akeem, babah anddd Apek!

Monday, February 14, 2011

Berita Gembira Itu..

Malam semalam rasa nak berguling, melompat, tertonggeng kegembiraan... cuba korang guess apa yg menyebabkan mami gembira sakan tu???

Hahahahaha...... kegembiraan ini langsung takde kena mengena dengan wang mahupun sebarang bentuk kebendaan...
Ini bukan mami, lupa nak tangkap gambar scale tu semalam... (bila nak kurus camni semula ek..)


Ceritanya begini, semalam, malam semalam Akeem tetiba gatal tangan tarik scale dari bawah rak tv tu... ah mami pantang tengok scale ni dah lama tak timbang berat - dah tak diet sah lah x turun berat tu cik kak oiii.... tapi semalam ntah hapa angin mami cepat2 naik scale then ahhh terkejutnyer... MAMI DAH KURUS KE? Belek sana, belek sini tak nampak lak kurus tang mana tapi scale tu menunjukkan angka 5 puluh plus plus... hehehe... ringan la bagi mami ni yg berat asal sejak ngandung dan bersalinkan Akeem tak pernah turun dr 6 puluh plus...

Tak percaya! Maybe penimbang tu rosak, mami suruh babah naik then timbang berat dia.... kah kah kah... pueh ati den... terbukti penimbang tu x rosak cos berat babah BERTAMBAH! Ha babah silalah control makan ye...
Ini bukan babah, hanyalah gambaran "future babah" (hahahaha)
Walaupun terniat (hanya berniat tak pernah laksanakan) nak diet dan masih lagi dlm proses kuatkan minda untuk diet tapi mami dah dapat turunkan berat badan tanpa sengaja.. SUKENYEEE.... hope teruslah turun ye... maybe berkat tak lena tidur malam dan asyik terjerit sana, terjerit sini marahkan si Akeem membuatkan mami kurus sikit... oh bestnya bestnya..!!

Hope sebelum April ni dapatlah kurus sikit... why APRIL? Ada apa ngan April? Biarlah Rahsia...

Friday, January 14, 2011

Share ke tak?

Share ke tak?? Mesti ada yg tertanya - tanya, apa yg share ke tak tu?... Topik ni sesuwaiiii sangat untuk mereka -mereka yg dah kawin..

Aha, share apa ek?? Ehem.. jgn pikir macam - macam apa yg mami nak tanya ialah kerja rumah share tak buat ngan hubby.. yg ada bibik lain lah ye... yang tinggal ngan mak laaagilah mesti goyang kaki je kan? Betul tak Mek Chu? Heaven kan duk ngan mak?

Bab buat keje rumah memang mami nak bagi 120 credit kat babah. Rasanya dia antara satu dalam 20 juta! Meh mami share sikit apa yg selalu babah tolong mami buat, apa yg babah selalu share keje rumah ngan mami...

  1. Mop lantai - babah expert dr mami dia yg selalu amik tender (terpaksa)
  2. Vacuum umah - seminggu sekali babah buat
  3. Sidai baju - memang tugas wajib lepas mami (atau dia sendiri yg basuh) babah akan sidai baju
  4. Siram pokok - tiap2 hari dia buat (siram pokok mesti kena siram sambil dokong Akeem cos si kecik tu suka main air)
  5. Kemas ruang tamu - malam si Akeem akan sepahkan mainan dia, mami tidokan Akeem so babah kemas mainan)
  6. Basuh botol susu Akeem - selalu gak babah buat, gilir2 ngan mami.
  7. Buat susu Akeem (ni keje umah ke?) - selalu gilir2 ngan mami. Tapi memalam selalu fail nak bangun. So malam mami amik shift jaga Akeem.
  8. Basuh pinggan - babah akan tolong sama, cos katanya .."mami dh msk, so babah basuh pinggan"..
  9. Cuci toilet - most of the time babah buat
  10. Buang sampah - hehe most of the time babah buang
  11. Bagi Didi (kucing kami anak mama putih) makan - take turn lah
  12. Buang poo poo Didi - sejak mengandungkan Akeem sampai sekarang babah yg terpaksa buat..
Apa lagi ek keje umah..? Ha kemas katil mami buat, lipat baju mami buat tapi babah susunkan dlm lemari (mami malaslah nak susun...), masak mami buat...

~...Oooo~Oooo~Oooo~O...~ macam banyak babah yg buat kerja rumah dari mami kan? Percaya tak bila tadi mami kata "dia satu antara 20 juta?"... oh terasa mami sangat bertuah...mami lap u babah!

so korang lak camne? Ada hubby tolong sama buat keje rumah..? Patutnye diorang menyumbang la sikit tenaga utk tolong kitakan?

Pssstt... nanti mami upload gambar utk buktikan babah memang rajin tolong mami.. (sekarang ni x jumpa gmbr2 tu haish mana lak ek?)

"Sharing is Caring"