Thursday, March 14, 2013

Kami Ke Melaka Mencari Coconut Shake Ori

As Salam

Sebenarnya pergi ke Melaka ni adalah pada 2 March lalu
Lama dah nak buat entry ni
Tapi asyik tangguh je

Takde tujuan utama untuk ke Melaka ni
Saja jalan jalan
Dan nak mencari Coconut Shake Ori sahaja

Niat asal nak pergi PD
Nak duduk Lexis tu
Bukan apa
Kan Akeem suka ikan
So nak bagi dia nikmati suasana percutian berdekatan dengan ikan
Tapi Lexis PD tu fully booked pulak - takde rezeki
Maka kami menukar plan lepas melawat menantu terus ke Melaka

Kat Melaka kami stay kat tempat biasa biasa je
Kami ni bukan orang ada ada
So, kami stay kat Shah Village Resort-- takdelah resort sangat, macam chalet je pun
Room dia ok ok jelah
Tapi environment nya adalah best
Macam suasana desa gitu
Depan bilik ada ala taman
Budak budak boleh main buai hayun hayun yang macam kat kampung tu
Best jugak berayun ayun ditiup bayu laut -- ecewahhhh!

Kami stay kat Melaka 2 hari 1 malam je
Sampai Melaka pun dah dekat pukul 4 lebih
Lepas check in lepak lepak jap
Pastu terus keluar balik
Niat nak cari coconut shake
Malas nak pergi jauh jauh
Sebab ada nampak coconut dekat area resort or lebih tepat chalet kami tu
Nak try kat sini dulu sebelum pergi ke tujuan utama
Nak cuba try test coconut shake original Klebang

Hmmmm rasa coconut shake adalah sangat menghampakan
Dengan suasana yang panas nak mamp@$
Panas terik membahang
Berliter liter dah peluh Akeem keluar
Servis pun lambat nak mamp@$
Order mee rebus sampai ke sudah tak dapat -- cessss!!!!
PANGKAH
Tak nak datang dah kedai ni!
Dah berkilat kilat berpeluh anak mami sorang ni... servis sangat lambat mujur budak ni dah mula rajin nak melukis so layankan dia lukis shark dulu
Cendul RM5 (tak sedap), coconut shake RM4.50 (juga tak sedap)

Lepas siap makan (tak abis pun - tak sedap!)
Sambung acara lepak lepak tepi pantai pulak
Nak bagi Akeem biasa sikit dengan outdoor activities
Dia ni jenis tak berapa nak suka main kat luar

Mula mula susah jugak nak paksa dia pijak pasir tu
Tapi bila dah syok 
Lepas tu OK je
Teragak agak nak pijak pasir... saja pakaikan seluar panjang karang kalau jatuh takde la calar balar (over plak mami nih)
Dah mula OK sikit, tapi masih ragu ragu

Last last mami suruh dia nyanyi supaya dia lupakan fokus pada pasir tu..

Yeayyyy berjaya Akeem dah tak ingat dah pasir tu... tu tengah nyanyi lagu tiger tiger auummmm aummmmm (entah lagu apalah)
Bersama mami (gambar tidak boleh close up - tangan dah mcm ahli gusti, besarrrrr)

Bersama babah

Sudah puas bermain di tepian pantai
Ketiak pun dah belengit (itu adalah term rahsia mami untuk describe persaan melekit dan hangit)
Masa untuk balik dan luruskan pinggang
Tapi anak bujang mami ni tak nak pulak
So acara di teruskan dengan mandian di kolam renang
Macam macam aksi renang keluar
Mami setakat jadi penonton saja - malewww nak join sekaki!

Excited nak main air

Tadaaa dah mula pandai nak jalan sorang sorang (dulu takut air).. maaflah ye Akeem mami lupa nak bw swimming suit Akeem, next time mami janji itu benda pertama mami pack!

Belajar renang dengan coach babah

Malam tiada acara menarik
Mula mula ada juga terniat nak makan kat Parameswara Ikan Bakar
Tapi rasa malas pulak
So kami pergi makan dekat area food court berdekatan sahaja
Best jugak nikmati makan malam di tiup bayu laut
Lepas makan terus balik bilik - tido.

Lepas sarapan lagi seround Akeem mandi kolam
Kali ni mami join sekaki
TEMPTING! Nak jugak berendam hehe (so takde gambar renang hari kedua)

Selain mencari coconut shake best
Memancing adalah antara tujuan kami ke Melaka
Jadi babah dengan macho nya membantu Akeem dalam usaha memancing ikan
Ada gaya tak seorang pemancing professional

Lepas check out
Misi utama diteruskan -- MENCARI COCONUT SHAKE KLEBANG ORIGINAL
Kat sini memang sangat famous
Kalau datang time peak hour
Confirm kena beratur panjang
Mami nasihatkan datanglah waktu macam we all ni
Seawal kedai di buka kami terus terpacak kat situ - kami memang tak mampu bersabar jika kena menunggu! Tidak sama sekali!

Kat sini air lain takde
Korang duduk je
Kurang dari 5 minit pasti akan ada brader yang datang bawak dulang penuh dengan coconut shake
Cakap je nak berapa
Brader tu akan letak kat meja kita
Kami minum 2 je - memang best!
Tak cukup pulak
Babah tapau lagi satu hehehe
Ramai yang kata nasi lemak dia best
Kami try la satu tapi maybe sebab perut masih lagi kenyang
So tak rasa lah kesedapannya sangat - just OK Ok je kot

Tapi coconut shake dia memang terbaek! BEST!
Recommended
Jelas terasa sedapnya
Lebih lebih lagi cuaca kat Melaka adalah sangat panas!
Over pulak promote macamlah dapat komisyen kan???
Terliur tak? Terliur tak?
Selesai. Tak cukup. Order untuk tapau pulak. But seriously ice cream dia memang sangat sesuai ngan taste coconut tu. Sangat light but yet refreshing!

On the way nak balik singgah kejap kat taman rama rama
Ni kali kedua lawatan kami ke taman rama
Mami suka pergi sini
Sesuai untuk family yang ada anak baya baya Akeem
Persekitaran yang friendly untuk budak budak
Bukan takat ada rama rama je
Monkey ada
Ostrich ada
Crocodile ada
Snake ada
Tortoise ada
Birds ada
Fish ada -- arapaima pun ada!
pendek kata banyak jugaklah haiwan haiwan yang ada
Berbaloi kot bayar RM12 for adult (Akeem masih percuma)
Cuma cuaca adalah agak panas

Kat sana kami
Jalan jalan tengok rama rama

Babah posing ala ala terminator.. hehehe... time ni Akeem masih takut takut lagi kat rama rama tu yang lepak kat kerusi tu dulu, kasik dia panas enjin dulu..

Sampai ke sudah tetap takut kat rama rama, terpaksa babah yang gagah banyak menggunakan kekuatan untuk mendokong Akeem... haipppp tak patut tak patut...

Jalan jalan tengok ikan
Tengah terpegun tengok ikan

Masih lagi terpegun dan kagum

"Tak tahan.. tak boleh jadi ni... rasa nak masuk je tangkap ikan".. kata Akeem. Hahah tipu itu adalah dialog rekaan mami samata!

Tengok itu ini hehe malas nak tulis dah...
Hehehe chumel je berpimpingan tangan dengan babah... ni nak menuju ke area Ostrich

Kat Ostrich... tidur pulak Ostrich nih... Akeem tu takut takut tu. Itu adalah aksi nak melarikan diri

Ada tortoise

Ni tengah tengok birds sebenarnya... Akeem tengah tutup telinga. Dia kata "bisinglah birds ni" huhuhu apakah anak ku ini anti aktiviti luaran?

Secara kesimpulan
Kami sangat happy dan puas hati dengan lawatan kali ni
Akeem siap nangis nangis tak nak balik rumah besar
Dia kata "Akeem nak rumah kecik"...
Anak...
Babah beli rumah kecik tu untuk satu malam je ye..
Nanti kita pergi rumah kecik lagi ohkeh??







Wednesday, March 13, 2013

Melawat Menantu

As Salam

Dua minggu lepas
2 March 2013
Sebelum ke Melaka kami singgah rumah mak BG kat Pilah
Mujurlah dah biasa lalu jalan tu nak balik Pahang
So senang je lah nak cari rumah mak BG tu
Tapi confuse sikit bila nak masuk simpang ke rumah mak BG
BG cakap 'trademark' sonang eh
Cari public phone
Cari punya cari tak jumpa jugak public phone tu
Sekali public phone tu dah tinggal tiang aje derrr

Ini bukan public phone lah BG ini TIANG public phone ohkeh!


Akhir sampai juga kami berpandukan ingatan 'ingat-ingat' lupa Babah
Dia kata dia ingat samar samar je cos pernah pergi sekali tahun 2005 dulu

Tujuan kami pergi rumah mak BG adalah sempena Majlis Aqiqah Wawa
Bersemangat nak pergi jugak
Nak jumpa menantu lah katakan
Sampai pun agak lewat
Plan nak gerak kul 11 tapi dengan adanya Akeem yang macam macam kul 12 lebih baru bergerak pheww
Makanya terlepas lah nak makan kambing guling - huhuhu tak sempat pesan suruh tuan rumah tapaukan!

Sampai ngam ngam time makan
Terus terjah buffet table
Laparrr...
Siap makan baru masuk rumah jengok menantu
Tidur pulak anak jopun nih
Tak sampai hati nak kejutkan -- mesti dia penat
So biarkan lah dulu dia tidur

Alaaa tidur pulak bakal isteri Akeem ni, so dia pun posing kat buai Wawa dulu... ni Akeem sewaktu enjin belum panas (malew malew)
Enjin dah mula panas.. dah mula manghayun buaian
Mami pun nak jugak interprem... eh sesuai tak kalau ada gegurl edition dalam family mami ni??


Akeem kan main excited nak tengok wawa
Tau tau je tu bakal isteri dia hehehe
Siap dia marah Abam Mi lagi
Tak bagi Abam Mi duduk dekat dekat ngan bakul buai wawa tu
Sempat jugak dia membuat aksi ganas kat Abam Mi - sorry ye Abam Mi!

Mami pun cepat cepat tarik Akeem
Risau wooooo tercampak Wawa dari bakul dia tu karang
Pengsan nak menjawap ngan MekchuN, BG, Nenek Labu, Nenek Pilah
Ooooohhhhhh tidak!!

Mula mengayun dengan lajuu... oh tidak! Keadaan bahaya keadaan bahaya!
Hahahaha Abang Akeem merajuk mami marah dan kena babab manja dari mami... tak bolehlah buai laju laju tau Akeem...

Akeem mami rasa harapan Akeem nak jadi menantu pun dah pudar
Ganas sangat hahaha (sempat juga dia mencubit pipi gebu Abam Mi)
Bakal mak mentua pun risau dah nengok Akeem
Mesti hati dia dup dap dup dap
Serammmm... kan MekchuN??
Mesti MekchuN kata menantu hantu nih!





Monday, March 11, 2013

Cerita Weekend Kami (entry terpanjang setakat ini)

As Salam,

Weekend baru baru ni
Kitorang tak pergi mana mana
Lepak kat rumah aje
Siapkan projek bilik mainan Akeem (nanti mami cerita)

Rasanya ini antara weekend yang rare
Kenapa mami kata rare??
Cos selalunya weekend mesti terpenuh dengan aktiviti jalan jalan

Cerita Weekend 1: Pergi Taman Wetland bagi makan ikan
Selalunya keputusan nak bagi makan ikan ni selalunya dibuat sebab dah takde kerja
Bosan duk rumah
Takde pulak agenda nak buat
So kami selalunya pergi sini untuk relak dan lepak lepak
Akeem pun memang suka sangat bagi makan ikan ni
Kami bagi ikan ikan tu makan roti gardenia je
Lahap jugak diorang (ikan ikan) tu makan

Ini bukan acara special sangat
Tapi kalau tak pergi mana mana mesti bagi makan ikan kat Taman Wetland Putrajaya ini.
Kadang kadang dah jadi cam acara rutin pulak
Walaupun acara ni biasa biasa je 
Tapi dapat happy kan orang orang spesel di hati mami
Mami dah rasa cukup gembira
 
Renung apa lah Abang Akeem tu... sedih je nampak hehe..

Cerita Weekend 2: Pergi MINES naik bot dan bagi makan ikan (ikan lagi!)
Ini adalah kali pertama kami naik bot pergi MINES
Parking kereta kat depan komuter serdang
Pastu tunggu bot masuk dalam MINES
Tiket RM2 sahaja setiap sorang (Akeem dikecualikan)
Budak Kecik tu bukan main excited lagi nak naik bot
Berbaloi baloi bayar RM2
Sebab Akeem happy
Suka suka suka
Bergambar sebelum naik bot... pstttt percaya tak korang ada amoi cakap babah tu chinese look? Errrrrrrrr... pehliss!!
Alamak daguuuuuu berlapis... susahnya nak tangkap gambar Akeem sekarang dia kata malu!

Puaskan Akeem dapat bagi makan beribu ribu ekor ikan?? Satu bundle roti yang bersaiz bonanza abis dikerjakan Akeem khas untuk bagi makan ikan ikan itu

Cerita Weekend 3: Pergi Melaka untuk pancing pancing ikan (dan ikan lagi... Abang Akeem memang suka ikan)

Ingatkan nak buat entry khas episod pergi Melaka ni
Jadi ni cerita ringkas je lah
Kami pergi pun satu malam je
Ingat pergi Melaka kali ni nak buat episod jalan jalan cari makan
Tapi cuaca terlampau panas
Apa pun tak boleh!

Aktiviti kami hanyalah main di kolam, pancing pancing, try coconut shake dan pergi taman rama rama
*** gambar taman rama rama akan menyusul dalam enrty khas Melaka (errr bila lah nak buat tu???)

Kesiannnnn mami lupa nak baak baju renang... sib baik Akeem ok je... suka kan main sampaikan tak nak keluar dalam kolam

Ni di pagi hari kedua, selepas second round mandi kolam.... dapat juga dia pacing pacing di tepian pantai...

Orang kata best bangat Coconut Shake kat Klebang... WAJIB try... hmmmm sedap sedap!

Cerita Weekend 4: Pergi "Happy Birthday to You" kat Rumah Nadia
Weekend keempat adalah semalam
Kami tak pergi mana mana
Just pergi rumah Nadia kat Bangi
Sempena besday her daughter
Happy Birthday Hana Umarah (huhuhu tak sempat pulak nak tangkap gambar dengan birthday girl)

Ini sebahagian dari officemate kami
Ramai tak dapat datang atas sebab sebab tertentu

Bertuah punya anak, tak nak juga dia tengok camera!
Jadi
Inilah sebahagian cerita weekend kami
Banyak lagi kalau nak ceritakan
Tapi nanti muntah pulak korang nak baca!
Hehehehehe....

Thursday, March 7, 2013

Lahhhh Itu Pun Nak Nangis Ke?

As Salam,

Sejak Abang Akeem dah OK kat skul sekarang
Mami rasa sangat tenang
Tak kesah lah walau apa yang mendatang
Mami rasa sangat lapang
Wahhhh macam berpantun pulak!! (^_^)

Balik kerja macam biasa
Zassssss
Terus dalam pikiran fokus nak ambil Akeem je

Semalam dengan adanya encik polis bertugas
Maka mami sampai awal sikit
6.50pm dah ada kat rumah
So Akeem ajak pergi main kat taman

Ya Allah semalam panas berdenting
Sangat sangat panas
So dekat nak pukul 7pm pun cerah lagi
Walaupun masih agak cerah tapi mami maaaaalaaaassssss nye nak pergi taman
Nasib baik babah rajin offer diri nak pergi taman
Sekali Abang AKeem paksa juga mami dia pergi daaa... grrrrr
Tak kasik chance langsung mami nak lepak lepak!

Main ball kejap
Main gelongsor kejap
Main jongkang jongket kejap (mami dan babah pun join sekali)
Ohkeh dia dah puas hati
On the way nak balik
We all lalu kat bawah pokok renek renek (yang selalu banyak kat tepi jalan tu)

Tetiba
Abang Akeem cakap "ayamak"
Huwaaaaaaaaa terus dia nangis
Mami kelam kabut tanya "kenapa kenapa?"
Ha kan betul orang tua tua kata jangan main kat luar masa Maghrib
Senja senja ni banyak "benda" lain jugak berkeliaran

Rupa rupanya
Lahhhhhhh kena gigit kerengga derrrr
Cesss saspen je
Itu pun nak nangis ke Abang Akeem??
Tak bomen lah (nama manja untuk ultramen)
Kata bomen sangat
Kuat
Tapi
Kena gigit kerengga pun nangis
HAHAHAHAHA
Manja tau!!

Tengok tu bersungguh sungguh nangis, kena gigit kerengga je pun!! Terus tak boleh jalan... terpaksa lah babah yang gagah dokongkan balik rumah... anak oh anak!


Wednesday, March 6, 2013

Entry SENTAP: Saya Bukan Suka Mencari Kesalahan Orang

As Salam

Tak baik sentap sentap
Nanti mudah pendek umur
Tapi nak buat cam mana
Makin usia meningkat
Makin sensitip pulak

Betul lah orang tua tua kata
"Kerna pulut santan binasa, kerna mulut badan binasa"

Niat nak gurau gurau
Usik usik
Tapi maybe salah tempat dan salah tone
Boleh buat orang sentap kan?

Lepas ni mami akan ambil langkah berdiam diri
Walaupun agak sukar menahan nafsu dari nak bercakap
Tapi biarlah
Tak mahu lagi di tuduh
SUKA MENCARI KESALAHAN ORANG

Saya menjalankan tugas
Tanpa ada niat untuk mencari kesalahan sesiapa
Agak tersinggung juga
Jika itulah tanggapan kawan kawan mami terhadap mami

Jadi
Dengan perasaan yang sangat terluka
Mami menghadapi hari hari mendatang
Dengan diam seribu bahasa!!

Just mind your own business
No talking policy is launched!
Hehehe (harap saya mampu bertahan)

gambar ehsan dari mr gugel


Tuesday, March 5, 2013

Nak Tunggu March Baru Tak Nangis Rupanya

As Salam,


Suke suke suke
Abang Akeem (dia marah panggil dia abang tau!) dah OK sikit pergi skul
Although pagi pagi tetap nangis susah nak bangun pagi dan nak mandi
Tapi at least mami dan babah boleh tersenyum lebar dan bernafas lega
Sebab dia dah mula happy kat skul

Babah pernah tanya mami
"bila lah agaknya nak tengok Akeem boleh jalan sendiri dari kereta ke pagar sekolah, boleh bukak kasut sendiri, tak payah babah dokong dia lagi..?"

Mami kata
"tunggu lah hope by June dia dah OK"
Hahaha mami dah standby mentally sampai June ye kawan kawan...

So, kami tak menaruh harapan tinggi
Tak kesah pun sama ada dia boleh menulis atau tak by end of year
Janji dia happy happy cukup!

AKHIRNYA
Tepat pada 1 March 2013
Abang Akeem dah tak nangis lagi
Dia dah boleh jalan sendiri ke sekolah dan bukak kasut letak kat rak kasut sendiri
Tak perlu lagi babah dokong dia

Yeayyyyyyyy
Alhamdulillah
Pernantian babah selama dah tertunai
Nak tunggu March baru tak nangis rupanya!!

Dan pengalaman melihat Abang Akeem jalan sendiri tanpa nangis
Adalah sangat INDAH
Tak dapat nak ceritakan betapa mami dan babah gembira dan bahagia :)

You have done great dear!!

My Dear Akeem, mami and babah love you soooo much!!! Belajar rajin rajin ye sayang






 

Friday, March 1, 2013

Pengaruh Rakan Sebaya

As Salam,

Ingat kan remaja remaja saja yang mudah terpengaruh
Tapi mami yang dah berada di hujung usia remaja ni pun mudah terpengaruh
Tetiba nak color blocking jugekkkk
Terpengaruh dengan blog mekchulah nih

IYEEE mami sadar diri
Warna kulit yang kelabu asap macam mami ni
Kurang sesuai nak ber color blocking bagai
Tapi ada aku kesah??
Ngeh ngeh ngeh...

Owh tembun nyerrr pipi!!! Mesti sebab salah teknik pakai tudung nih...