Monday, February 29, 2016

Sessi Persekolahan Bermula #SKCJ

As Salam

Patut up cerita ni bulan lepas
Tapi maklumlah
Ibumuda beranak dua ni mudah lupa
Mudah pulak diserang penyakit M
Hmmmmm

Sessi persekolahan anak bujang mami bermula 4 Januari 2016
Mami dan babah cuti seminggu - hover nau!!
Maklumlah anak pertama
Debaran tu lebih sikit
Risau sebab 3 tahun dia selesa di Brainy Bunch
Dimanjakan oleh aunties sekelian
Naik tocang toncet anak mami tu!

Akeem sekolah sessi petang
Tahun 2016 tahun pertama darjah satu sessi petang
Sebelum ni sessi pagi
Mami suka sebenarnya sessi petang
Bukan apa lega sikit sebab takdelah berjerih sangat mami nak kejut dia pagi pagi
Mami pun bukannya ibu mithali sangat
Tak rajin nak bangun pepagi buta
Dahlah subuh gajah manjangggg! Hehehe

Plan asal nak hantar Akeem transit kat Little Munchkin, Cyberjaya
The transit is very good - menepati ciri ciri yang mami nak for a good transit
Owner nya peramah, bersih, facilities tip top cuma sikit minus point - tinggi sangat - budak budak transit duk tingkat paling atas
Tingkat tiga
Mengah makcik!

Asalnya planned pagi duk situ
Then siap siap kat situ, makan, naik van terus ke sekolah
Tak hantar dia sekolah agama - kununnya takut dia penat
Tapi last minute plan tukar plak

Bayangkan first day sessi persekolahan bermula baru hegeh pulak nak carik tempat baru
Terfikir ruginya tak hantar dia sekolah agama
Why have to refrain him from trying
We didn't know his capability terus cakap dia tak mampu buat *bad parenting!
We didn't know how deep is the river until the river is tested *takde peribahasa tu mami belasah je*

Hari pertama tu juga lepas hantar Akeem perhimpunan (sedikit drama berlaku)
Kami berdua terus ke area Atmosphere - area depan Giant
Survey sekolah agama
Kat situ ada dua sekolah -- Bahrul Ulum dan Sek Ren KAFA Al-Firdaus
Kami berminat dan enrolled Akeem kat Al-Firdaus
Semoga Syurga Firdaus buat anak mami ni
Amin.

P/S: Doakan mami rajin update plak cerita minggu pertama persekolahan ye (mohon la rajin menulis lagi)

Muka abang selesai hari pertama - sukses!

Tuesday, February 23, 2016

2 Januari Yang Manis *_^

As Salam

2 Januari 1979
Birthday mami
So congak congak congak
Mami dah 27 tahun this year **betul kan 27? Mami ni lemah sikit matematik
Bagilah peluang fefeling muda

*******************
Pagi 2 Januari 2016
Seawal jam 9 pagi dah pergi sekolah Akeem
Amik buku teks kat Sekolah Kebangsaan Cyberjaya
Tulis tulis kira kira apa yang patut
Setel
Adik Haris tak bawa
Sebab lepas ni terus nak rushing pergi tempat lain

Dua orang kesayangan tengah tekun check buku

Mami dan kesayangan berposing lepas amik buku - nak jugak!

Petang 2 Januari 2016
Setel urusan amik buku teks Akeem
Rush pergi Kelana Jaya
Amik kereta baru
Punya semangat nak hantar anak pergi sekolah
Tukar kereta kecik
Senang nak parking kat sekolah
Demimu anak

Amik plate no. sempena besday mami - 7901.. alhamdulilah takde kereta mewah cam orang lain tapi kami bahagia dengan cara kami sendiri #syukurselalu




Friday, February 19, 2016

Sekolah Kebangsaan Cyberjaya: Ujian Kelayakan dan Orientasi Akeem

As Salam

Tahun 2016 ni Akeem dah darjah satu
Mula mula ibumuda emosi jugak
Terasa cepatnya masa berlalu
Yang paling terharu bila tengok dia pandai bawa diri
Dah besar rupanya baby mami ni

Sebelum masuk sekolah ada sesi ujian kelayakan
30 May 2015 Akeem menduduki ujian kelayakan
Mami taklah berdebar sangat TAPI risau jugak sebab Akeem tak lancar lagi membaca
Pejabat sekolah pun bagitau very short notice
Sempatlah 3 hari sebelum ujian kelayakan buat latihan tergempar untuk Akeem

Yang mami risaukan bukanlah samada Akeem boleh jawap ke tak
Risau.... nak ke dia masuk hall
Monyok je muka masa berkumpul
Adoi itu betul betul menimbulkan kerisauan
Buat nya dia taknak masuk
HARUUUUU

Hensem betul anak bujang mami (pengsan).. mood 50-50... mami berdoa dia nak masuk hall

Dua jam ya ujian tu
Basic Bahasa Melayu, Matematik dan English yang di tanya
Tapi sapa yang bakal menduduki test ni nanti jangan risau
Anak anak kita hebat
In shaa allah mereka boleh buat

Dengan penuh debaran menunggu
Bulan 9, 2015 dapat keputusan
YEAY AKEEM DITERIMA MASUK SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA!
ALHAMDULILLAH!

21 November
Akeem pergi orientasi sekolah
Mula mula eksaited
Tapi bila kena gather mula monyok semula
Masalah dia ni tak suka orang ramai ramai
Adoi anakkkkkk

Untuk pengetahuan sekelian
Sejak bulan 6 lagi mami dah tanamkan semangat
Supaya dia eksaited nak pergi sekolah baru
Explain kat dia
This is his last year with Brainy Bunch
Bagi dia ready mentally
Phewwwww berbulan train kata hengko!
Inilah hasilnya
Ok lah walaupun ada masam ada manis
Sampai waktu kejadian dia boleh sinyum
Lega hati mami nak!

Selesai sessi orientasi
Pergi kantin - makan
Ada cikgu tegur.. eh dia la tadi nangis dalam kelas
Huwaaaaaaa
Mami tanya kenapa nangis
Rupanya semut gigi
heheheheheh
Bertabahlah mami
Bertabahlah Akeem

Mami doakan yang terbaik untuk anak hensem mami ni
Amin.
Muka ada sinyum