As Salam
Korang percaya tak Akeem tak pernah jejak kaki ke Cameron lagi?
Kesian anak mami tu
1st week sekolah dia sangat baik
Tak meragam
Takde drama
Senang sikit hati nak hantar dia pergi sekolah
Sebabkan dia behave sangat
So kasik upahlah
Bawak dia jalan jalan makan strawberry
Banyak kali dia rekues nak petik strawberry
|
Nak petik strawberry malas so berlakon jadi strawberry je lah |
Bulan January ni kan banyak cuti
Mami suka betul
Kan malidur rasul jatuh hari Selasa
Apalagi Isnin tu mami apply cuti awal awal la
So dapatlah cuti panjang Sabtu Ahad Isnin Selasa
Ingat nak pergi petang Ahad ke Cameron
Tapi ada pulak orang pergi mancing
Balik pun dah lewat petang Ahad tu
Sentap!
Sudah.
Jangan pergi lagi mana mana trip memancing
|
Ini bukan main main tau |
Fuhhhhh tarik napas dalam dalam
OK emo pulak
Mami nak citer pasal pergi Cameron bukan hal menyampah tu
PUSHSTOP.
So kami pergi cameron kejap je
Hari Isnin pergi Selasa turun
Memang takde agenda tertentu
Saja suka suka
Bertolak dari rumah kakak kat UNISEL dalam pukul 10 lebih kot
Sampai cameron 12 lebih
Ngam ngam mami lapar ^_^
Terus pergi Big Red Strawberry
Makan waffle -- sangat yummy, garing di luar gebu di dalam!
Ingat nak suruh Akeem petik strawberry -- dia tak nak pulak
|
Waffle yang yummy itu |
|
Bersungguh makan strawberry juling juling mata menengok strawberry tuh |
|
Susahnya la haiiii nak bergambar bertiga, Akeem payah nak duduk diam |
|
Beli glove strawberry ni je |
Petang lepas boring lepak kat bilik
Kami pergi Butterfly Farm
OOOOoooooo kena bayar rupanya ingat free
RM5 for adult, children below 3 FOC (tapi mami tak bayar pun untuk Akeem)
Takde apa yang wow sangat pun kat situ
Akeem ni semua takut
Ikan je yang dia tak takut
|
Takut kat iguana |
|
Cuba memberanikan diri |
|
Aiseh nak lari pulakkkkk |
|
Ikan je lah yg Akeem tak takut.... |
Malam pergi makan steamboat kat Rosa Passadena
Recommended RM25 per pax
Minimum kena makan untuk 2 pax
Tapi kalau korang bayar untuk 2 pax tapi hangkut 10 pax pun takde hal!
Portion yg disediakan banyak
|
Service pun sangat bagus -- mesra dan cekap |
|
Bz tolong babah masak |
|
Abang dah besar best bawak dia jalan -- ada masa sanagt behave ada masa yarabbiiiii sabar je lah! |
|
Lantak tudung dah senget benget rupanya... sabar menunggu makanan |
|
Bungkus sambil melayan kartun kat TV -- Little Diva Blanket di hati |
Lepas sarapan sempat jugak main pool
Layan kan je lah...
Halamak bila dah layan sekali tak puas pulak
Puas pujuk ajak naik bilik
|
Muka excited |
Pagi esoknya pergi KEA Farm
Konon nak beli sayur dan strawberry
Settle semua sedar sedar dah tengah hari
Maklumlah suhu 18 Celcius je
Nyaman
Tak sedar rupanya dah tengah hari
|
Sebelum apa2 dah pau menan.. nak jugak pistol pastu nak pulak robot grrrrr..... |
|
Bajet nak rajin masak lepas beli sayur fresh ni |
On the way turun kami singgah jap kat cameron valley
Tak sah lah kalau pergi cameron takde gambar dengan kebun teh kan?
Alahai Akeem tak nak pulak turun bergambar -- potong betui!
|
Takmo turunnnnnn.... marah betul mami ni tau! |
|
Muka takut takut sebab gayat -- Budak ni takut tinggi aiseh sama lak ngan bakal isteri dia pun takut tinggi.. acane ni mekchu? |
OVERALL:
Trip best
Cuaca sejuk
Cuma Akeem termuntah sekali masa naik ikut Simpang Pulai
Masa nak turun ikut Tapah mami pulak rasa nak termunnnnnn *pppffftttt!!!!
Walaupun short trip tapi best
Demi nak repeat semula aduyaiiii penat nak pikir jalan pusing pusing tu!
Naik helikopter boleh?????
Korang perasan tak semua scenes mami pakai tudung yg sama
HAHAHAHAHA pedulik
Mami hanya bawa SATU tudung
Malas nak pikir mecing ke idok