Tuesday, April 30, 2013

Hadoi Nasib Tak Lupa

As Salam,

Alamak dah 30 April??
Hoh baru teringat mami tak declare tax lagi
Eh korang dah ke???

Biasa ni last minute baru nak buat
Orang lain dah menikmati hasil pulangan dah kan??
Mami baru hegeh nak declare
Hadoi Nasib tak lupa tahun ni

Takpe biar lambat janji buat! (^_^)

Huhuhuhuhuhuhu sikit je... takpelah dapat jugak kan?

Monday, April 29, 2013

Demam Kali Ni Hover Pulak!

As Salam

Mami demam secara tiba tiba sejak Rabu 24 April
Selalunya mami ni kuat
Demam kejap je
Lepas terus baik

Tapi kali ni kan main payah pulak nak kebah
Rabu >>> lepas makan ubat baik kejap
Khamis >>> demam balik gigil2 sampai cramp muscle - siap ter keluar ayer mata hengko!
Jumaat >>> ingat dah baik....
Rupanya TIDAK
Selepas termuntah secara tiba tiba juga
Mami pun laju laju pegi jumpa doctor kat ofis mami ni
Dia suruh buat blood test
TAKUTNYA.....
Siap tanya doctor tu lagi
"Kalau saya pengsan macam mana?"
Doctor pun buat muka @__@ mata terbuntang!

Huhuhuhu ingat nak kena amik darah macam masa preggy rupanya sikit je... tapi mengucap panjang jugaklah tadi takut tetiba 'padam'
Sedang memasukkan sample darah mami untuke di analisa

Mesin ni tatau apa nama dnya tapi sedang membuat analisa darah utuk check kandungan darah mami - doc nak test nak tau takut takut ada jangkitan denggi etc

 



Apa yang korang nampak kat atas tu Adalah reading dari analisa tadi
Fuhhhh lega
Bukan denggi
Doc cakap cuma haemoglobin rendah
Pastu WBC (white blood count) tinggi sikit sebab ada infection
Sekarang mami kejap demam kejap baik
Siang OK sikit bila malam je mula sakit sakit sendi T__T
Cuma paling tak tahan tekak ni sakit sangat
Banyak ulcer dalam mulut dan tekak
Maybe sebab badan panas sangat aritu
Huhuhuhu dah terpaksa kurang bercakap
Terpaksa kurang makan
Owhhh sungguh laparrrrrr (^_^) 

Doakan mami cepat sembuh ye
Semoga mami boleh makan banyak banyak semula macam selalu
Semoga mami boleh bercakap dan bercakap banyak banyak macam selalu
Sekarang mami dah tak dapat nak memetir kat Akeem macam selalu T__T

Sunday, April 28, 2013

Naik Tow Truck

As salam
Sepatutnya semalam
Selepas Maghrib enak enak sedang mengunyah kambing BBQ
Tapi
Tak sangka sungguh
Betullah kata orang malang tak berbau

Begini ceritanya
Semalam adik ipar mami ya g duduk kat Semenyih buat makan makan
Bakar bakar ayam kampung, kambing, rusa ahhhh
Macam macam lagilah
Pendek kata rugi lah kalau tak datang
Lepas Maghrib baru kitorang gerak Babah ada keje sikit
Potong time ni lah pulak kena on call
Kami lalu SILK >>> LEKAS
Nak lekas lekas sampai makan BBQ
Ngam ngam depan simpang nak exit ke LEKAS highway ke Semenyih
Kereta tetiba mati
Mujur tak banyak kereta so cepat cepat pull ke tepi
First time rasa pengalaman macam ni
Malam pulak tu
Tempat agak sunyi
Macam macam mami pikir
Maklumlah keadaan sekarang ni macam macam
Buat buat kool tapi dalam hati tak putus doa
Ya Allah selamatkan lah kami dari anasir anasir yang tak baik
Sekarang ni hantu orang dah tak takut 
Orang lebih takutkan manusia daripada hantu sekarang ni
Sebab manusia lebih hantu daripada hantu sekarang! - maksud mami peel manusia lah (^_^)

Mami call kawan mami yang duk kat Kajang
Tanyakan dia ada tak nombor tow truck
Asben dia kata baik call insuran punya tow truck selalunya diorang ada service towing dah cover cost charge below RM300
Oh ye lah
Thanks Lina Arde!
Babah pun call tow truck insuran Gen2
Dekat kul 10 lebih jugaklah baru sampai
Takpelah janji semua setel

Terima kasih Abg Iswandi dan Jusman (biras mami)
Sudi jugak amik kitorg kat tempat kete tersangkut tu
Dapat jugak kami makan semua hasil BBQ itu
Cuma yg terlepas adalah kemeriahan bakar membakar lah
Takpe raya nanti kita repeat
Babah ikut tow truck
Pastu balik rumah amik SiPutih dan muncul kat tempat BBQ demi kambing tepat pukul 12 malam!

Akhir hari ini dalam sejarah Gen2 naik tow truck. Sudah sudah lah merajuk ye lepas ni sayang.. nanti...

Friday, April 26, 2013

Heeee Mengada Taik Kuda! Geram Tau...

As Salam

Jangan takut
Mami bukan marahkan sesiapa
Cuma marahkan si Didi ni hah
Dia ni makin lama makin berlemak pulak
Bila marah lebih lebih
Merajuk pulak

Ni kes terbaru dia
Suka sangat bunuh cicak
Pastu biarkan je terkapai kat mana mana yg dia suka
Heeee geram tau
Geli geleman bila tetiba terasa ada menda sejuk.kat bwh tapak kaki
Sekali tengok >>>> eeeeee cicak! !

Cicak eeee cicak
Didi ni byk hobi atau peel yang pelik2 dan buruk2 pun ada

Pertama
Suka sangat ikut mami masuk bilik mandi
Nasib lah ko tu betina
Jadi tak segan lah sangat nak mandi
Kalau idok tersipu sipu ai tauuu (^_^)

Sanggup tidur dalm bilik mandi demi nak teman kakak dia tau...
Kedua
Pantang nampak ada kain berlonggok
Kat situlah nak jadikan pot dia tido
Heee geram tau
Paham paham je lah kakak ko ni kan pemalas
Makanya mesti banyak baju berlonggok
Tolonglah sikit tahan nafsu
Jangan jadikan baju baju tu pot tido kamu ok
Kakak NO CAMERA Please... huhuhu lihatlah itu setimbun kain
Ketiga
Ni yang paling tak tahan
Bab makan paling demand
Takde wetfood feveret dia
Dia akan buat amukan
Tapi style yang paling x senonoh
Kalau dia marah atau merajuk
Mesti dia akan kencingkan alas kaki kat depan sink dapur tu
Grrrrrr marah tau tak????

Keempat
Ni bukan kira hobi lah
Tapi peel buruk si Didi tu
Kalau litter box dia kotor
Tak nak bebe kat situ
Mesti dia jadikan bilik air bawah tu tempat bebe dia
Heeee ini lagi geram
Busuk tau tak???

Tapi kadang2 even litter box dia bersih pun
Dia tetap akan bebe kat bilik air bawah
Itu tanda protes kalau tuan dia ni jarang lekat kat rumah
Huhuhuhu

Nak buat acane Didi
Kakak ko ni suka berjalan2
Terimalah hakikat tu hokey..
Korang kalau ada adik angkat yang peel buruk macam ni
Apa korang buat?
Dah lah itam legam kan
Perangai pulak tak senonoh

Tapi kan
Kalau dah sayang tu
Itam ke
Peel buruk ke
Tetap jadi pojaan
Takat mengada taik kuda tu
Apalah sangat...
Geram geram manja je!
Walaupun banyak yang 'busuk' tentang perangai dia ni tapi rajin jugak teman kakak dia time demam... ini dia d=sedang menemani mami masa demam ari Rabu baru baru ni..

Tuesday, April 23, 2013

Kita Sudah Tiada Masa


As Salam

Berdebar pulak nak tunggu 5 Mei 2013 ni
Sama sama lah kita renungkan semula
Sama sama lah kita fikirkan semula
Pastikan kita buat keputusan yang tidak merugikan bangsa, agama dan negara!

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Kita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang

Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

Monday, April 22, 2013

Amukan Pocong Di Pagi Hari

As Salam

Humang aiiiiiii
Pagi pagi berpeluh ketiak mami
Maklumlah dah seminggu tak pergi sekolah
Ahad, 14 April >> Sukan
Isnin, 15 April >> sekolah tutup - cuti peristiwa
Kebetulan nenek dan atuk ada kat rumah
Jadi amik kesempatan jalan jalan

Selasa DEMAM
Rabu DEMAM
Khamis separa DEMAM - kejap demam kejap baik
Jumaat dah tak demam tapi sebab nenek ada so tak nak pergi sekolah

Makanya hari Isnin nan indah ini telah menyebabkan
Amukan pocong di pagi hari
Nangis teruk tak nak pergi sekolah
Haishhhhhh
Tak patut tak patut
Tapi mami dah belajar dari pengalaman
Mami tabahkan hati
Tinggalkan jugak dia kat sekolah

Inilah budak yang selalu mencabar kesabaran mami dia... dalam usia 3 tahun 5 bulan macam macam perangai dibuatnya... banyaklah bersabar mami... ini tengah beraksi sebagai Boboiboy Angin.. siap pakai sarung tangan Naruto tuh..

Friday, April 19, 2013

Hati Tengah Sedih Tetiba Boleh Jadi Girang

As Salam,

Phewwwwww
Punyalah tak bersemangat nak habiskan minggu ni
Rasa nak je cepatkan masa
Biarlah cepat sikit weekend
Nak lari
Lari jauh jauh
Lari kemana sahaja
Asalkan mampu buat mami lupakan kejap
Kekecewaan hati ini
Dah lama menanggung beban perasaan
Kali ini mami betul betul kecewa
Mungkin
Ini kalilah
Mami betul betul mengundur diri!

Tengah melayan perasaan syahdu
Tetiba
Ternampak tawaran menariks
Ada Blogger Cun Offer Sogo Voucher >> klik sini
Terus ceria
Terus terjah blog dia
Terus cuba sedaya upaya menjadi pengomen pertama dan kedua
Nak rebut RM100 sorang sorang - boleh ke Mekchu?

Puh kiri puh kanan
Harap mami langkah kanan
So boleh pergi Sogo minggu depan
Belikan Akeem menan

Hohohoihoiiiiiiiii
Hati tengah sedih tetiba boleh jadi girang!

Terus berangan menang RM100.. apa nak beli apa nak beli... oh hoi sukanya hati!!

Thursday, April 18, 2013

Sukan Pertama Akeem

As Salam,

Mami dah comot bomot dah.. kenapa mami yang comot silalah baca sampai habis uols.. (at the age of 3 year 4 months dia masih berdokong phewww) Gambar ni diambil masa acara dah abis, siap siap nak balik rumah dah ni..

Cepatnya masa berlalu
Rasanya baru je lagi Akeem lahir
Dulu kecik je
Sekarang dah pergi sekolah (tapi tetap berdokong ye!)
Sabtu, 14 April adalah sukan pertama Akeem

Phewwwww
Rasa berdebar jugak nak kejutkan Akeem diawal pagi
Maklumlah anak bujang mami ni
Kalau hari sekolah pukul 7.45 pagi pun masih liat nak bangun
Lega sangat
Dia tak banyak kerenah nak bangun awal pagi tu
Cuma sempat jugaklah dia melarikan diri dari bilik air tu (bogel ye uols)
Steady lah Akeem on the way ke hari sukan pertamanya

Masih kool maklumlah baru sampai... siap register kat booth register terus proceed ke khemah center Akeem - Equine Park. Sport day skool Akeem ni di buat secara regional semua center terlibat ada... boleh tahan jugaklah ramai mak bapak dan kereta pada hari tersebut T__T

Minum dulu. Terlampau awal so Akeem tak nak breakfast. Mujur jugak ada roti... tapi hope for next year sport day Brainy Bunch boleh improve sikit ohkeh bagi lah air kotak instead of mineral water... budak budak 2, 3, 4 year old manalah pandai nak minum air mineral pagi pagi kan? Koman koman air Ribena :)

Comel tak Akeem?? Ni bergambar sebelum parade (perbarisan). Center Equine Park bertemakan "Civet Cat". Muka dah start masam dahhh...

HARU. Dia tak nak join kengkawan dia... mula mula mami dan babah senyap senyap lari tinggalkan dia (selepas puas peluk cium dan dokong).. TAPI tak dan dua langkah cikgu panggil sebab Akeem nangis guling guling atas trek.. Cikgu cakap "it is OK if parent join the parade to accompany your child".... HAHAHAAHA tak mampu hengko nak layan anak bujang mami tu
Selepas 2 jam menangis (8.30am - 10.30am) baru dia bertenang sikit. Sepanjang 2 jam tu mami dan babah terpaksa jadi student dewasa di kalangan student yang comel comel itu...HUHUHUHU si civet sedang menangis

Acara membaca ikrar... dan mami pun turut sama terlibat. kenapa?? Sebab Akeem masih lagi tak mau join kengkawan dia grrrrrr
Dengan sungguh berhati hati menjayakan acara tarik bola dalam gelung

Menunggu acara seterusnya

Acara memberi hadiah (semua orang dapat ye)

YEY I am the champion!!!
Dah tau dah kenapa mami comot bomot?
Sebabnya mami terlibat dalam hampir semua acara sukan Akeem
Marching - mami ada
Menyanyi - mami ada
Menari -mami ada
Baca ikrar - mami ada
Pompom girl - mami ada
Pendek kata semualah mami ada
Mau tak comot bomot mami yang ayu nih (muntah)

Takpelah Akeem
Tahun ni Akeem masih muda lagi
Masih baru
Tak biasa dengan semua ni kan?
Tahun depan mesti Akeem dah power
You go Akeem!

Walau apapun mami bangga Akeem berjaya sudahkan semua acara
Good job Akeem.