Friday, May 6, 2016

Tragedi April | Sek Keb Cyberjaya

As Salam

Alhamdulillah
Hampir setengah tahun dah sekolah
Nampaknya Akeem is coping very well
Tapi bila part homework dan kerja sekolah tu
Kadang kadang rasa nak menangis mami
Dia kurang focus
Sambil lewa
Tak ambil berat
Kadang kadang ada yang tak sempat salin kat whiteboard
Tatau la macam mana dia kat dalam kelas
Harap dia well behaved

Sejak El Nino melanda ni
Banyak betul kes budak budak kena patuk ular
Sampai meragut nyawa
Ralat mengenangkan insiden ni
Walaubagaimanapun Dia lebih sayangkan arwah
Arwah sedang berbahagia menanti di Syurga

Disebabkan hal ni - kes banyak budak kena patuk ular
So sekolah Akeem pun kerap berpesan kat murid murid diorang
Supaya extra careful
Kalau pergi toilet tengok betul betul tempat yang gelap or lembap
Hati hati takut ada menatang tu

Tak tahu lah macam mana
Pesanan cikgu suruh berhati hati tu jadi disalahtafsirkan
Akeem bagitahu
.
.
“Ada ular sawa dalam tandas sekolah”
.
.
“Ada kawan dia dengar bunyi macam ular tapi tak nampak”
.
.
“Akeem nampak ular sawa dalam tandas”.
.
.
Nampak..... dah jadi lain pulak!

Demi keselamatan mereka
Cikgu pesan kalau pergi tandas kena ramai ramai
Biar berteman

Nak jadi cerita
25 April, Isnin petang
Dapat whatsapp dari Teacher Anisah

Huhuhuhu kelakar budak budak ni... tsk tsk tsk
Dah la saspen takut ular dalam tandas
Ada pulak tukang sakat
Buat bunyi HANTU wakakakaka
Berterabur lah 3 sekawan lari
Akeem yang nak tershishi pun tershishi la dalam seluar
Aduh bertuah betoi anak anak!
Hehehehe kelakar budak budak ni

Mama Hadi Hakimi beriya mohon maaf
(Hadi Hakimi yang buat bunyik hantu tu)
Takde apalah mama
Mami langsung tak marah
Budak budak gitulah lumrah dan fitrahnya
Bergurau mengusik
Hehehehe

Esoknya teacher call lagi
Katanya Akeem nak shishi tapi tak nak pergi toilet
Suruh kawan teman pun tak nak
Last last Teacher Anisah yang tolong temankan
#tabahlahcikguAkeem

TERIMA KASIH TEACHER
Bertabahlah demi anak bangsa.






Wednesday, May 4, 2016

4D3N Short Vacation @ Columbia | Fully Sponsored by SHELL

As Salam

Puiii tajuk tahap gempak
Tahap boleh buat orang bernanah otak memikirkan
Huntunglah boleh cuti fully sponsored!
Mesti ada yang jeles kan????

Tak payah susah susah jeles
Mami lagi jeles tengok uols haplot gambar
Ada yang ke negeri di bawah bayu
Ada yang main air di Bukit Gambang
Ada yang sakan jalan jalan di Hong Kong
Ada yang mandi manda lepak lepak PD
Ada yang menikmati teh dan scone di Cameron Highland
Ada yang jalan jalan cari makan balik Ganu
Ada macam macam lah!
Mami bertabah je mengikuti percutian uols kat FB

Kali ni percutian 4 hari 3 malam yang paling tak best
Walaupun total cost RM4K plus fully sponsored
Tapi tetap percutian paling TAK BEST
Akceli mami bukan pergi bercuti
Mami 'melepek dan melepak' di Hospital Columbia Asia, Puchong
Bil kampeni bayar (lega)

27 April malam pergi jumpa Paed Haris
Sikecik ni lama sangat dah batuk tak baik baik
Sekali kena admit la pulak
Banyak kahak and Paed dia nak monitor closely
Baru siap amik darah dan masukkan tiub. Tiub tu utk masukkan antibiotics nanti. Sigh sedih betul tengok Haris kena cucuk jarum.
Hari pertama
28 April pagi pergi hospital - admit
Masalah kat spital ni satu je - bilik always full
Sementara tunggu bilik available
Kami melepak kat ER dulu
Buat procedures - amik darah, x-ray dan mucous swap (amik ingus)
Masa ni Haris still demam on off
Mujur dia tak berapa meragam
May be sebab demam so dia tidur je

Temporary melepak kat ER bilik ward full. Demam sikit masa ni tapi mood masih OK
Tertido. Masih kurang aktif sebab demam.
Tengah hari dapat masuk bilik
Phewww lega dapat single room
Tak suka sharing sebab nanti either mami or babah je yang boleh jaga
Oh TIDAK
Tak larat nak jaga sorang sorang
Saia taa kuad awaa!
Antibiotics. Alaaaa sedihnya muka.
Dah redha
Maghrib nenek dan atok Pahang sampai dengan Pakngah dan Makngah
Nenek Pahang biasala dengar cucu admit berdezup datang!
Terima kasih mak tanpa jemu mengerah kudrat untuk kami
Mak dan abah pun dah tak kuat
Tapi Paed Haris tak bagi dia pergi nursery
At least rest seminggu dua kat rumah
Time ni la meronta nak bibik
Or haruskah mami jadi suri rumah sepenuh masa?
Saia taa kuad awaa! Puiiiii
Malam amik neb. Babah bagi. Kul 4am mami bagi pulak.
Hari kedua
29 April Haris getting better
Agak kurang cooperate nak makan ubat
Tapi kalau kakak cantik dia OK sikit... hmmmmm
First day and second day ni amik neb 4 jam sekali
Adakala berperang nak bagi neb
Kecik kecik tapi tenaga kuat jugak kalau meronta
Buat physio. Tepuk tepuk belakang. Masa buat nangis. Dah berenti elok je sengih sengih. Drama.
Kakak nurse tolong bagi neb pulak. Kurang sikit rontaan.
Hari ketiga
30 April dia dah mula bosan duduk dalam bilik
Nasib kakak kakak nurse rajin nak melayan bawak dia jalan jalan
Rutin ubat - antibiotics, probiotics, buat fisio dan neb
Ada pesakit tambahan. Lepas sekolah abang Akeem datang spital. Kesian kepenatan abang. 
Merengkot kesejukan. Hehehe sejuk oiiii tido spital. Mami yang banyak lemak tepu pun gigil gigil. (ke dah kurus pfft)
Asyik lapar je. Makanan spital pun dia bedal even tak sedap. Hmmm menu kesihatan sangat - sayur rebus rebus je, ayam breast aje... erk tak selera!
Haris kena admitted due to lung infection
Ada sikit jangkitan kat paru paru dia
Lama sangat batuk
Sebab tu on off demam
Hari ketiga ni dah tak demam
Paed kata esok boleh balik
Yeayyyyy
Bila dia tido sekejap dapatlah mami meluruskan urat pinggang. Phewww
Hari keempat
1 May dah mula cranky
Boring la tuh
Badan dah sihat dan cargas tapi tak boleh aktif bergerak
Still on neb, antibiotics dan physio
Tapi neb 6 jam sekali dah sebelum ni 4 jam sekali
Demi tak nak bagi dia mengamuk (mami pun dah nak domam masa ni)
So terpaksa jugaklah bagi dia layan Didi and Friends
Sorry sua juga dia kat lappy dan tepon
Dannnnnnn dah mula pandai mintak nak tengok DD kat tepon
Haish! inikali je lepas ni tak boleh ye anak
Mood dah tak berapa nak baik. Moody. 
Lepas lunch dah boleh discharge

Balik rumah
Baru je jejak kaki ke rumah hospital call
Aiseh tertinggal laptop kat spital
Tulah punyalah ghairah nak balik
Lupa semua HAHAHAHAHA
Sorry babah kena pergi semula hospital
Nasib Puchong je

Berakhirlah pakej percutian yang tak best
Mohon padaNya biar anak anak mami sihat sejahtera semuanya
Tak mo sakit sakit
Nanti kita bercuti betul betul
Inikali babah pulak sponsor eh
Jom pergi tempat sejuk yang nyaman babah
Anak anak perlu berehat kat tempat nyaman
Kesian mereka asyik hirup udara jerebu je
Ni bukan cuti suka suka
Bercuti demi kesihatan mereka tau pffftttt

Kononnnnnn padahal mami yang meronta nak jalan jalan!
Dapat pergi makan kat Dengkil pun dah bahagia. Jadiklah dapat jugak jalan jalan. Mami boring oiiiii 4 hari duk spital!

Tuesday, May 3, 2016

Haiwan Jalanan | Si Pembawa Rezeki Tambahan

Salam 

Sejak kecil mami memang sayangkan kucing
Orang kata sapa yang suka kucing jiwanya halus
Eh betul lah tu pfffftt

Sejak berhijrah ke KL 2006 niat tak mo dah bela kucing
Susah, maklumlah  mula mula dulu mami duk rumah bujang je
Tapi jiran sebelah rumah tu aunty Cina dia ada anjing
Sally namanya
Mami rajin jugak la sponsor dia kepak ayam madu tu
Ekekekek akibatnya
Kalau dia tengah jenjalan petang petang ngan tuan dia
Dan ternampak kete mami or mami dalam kete
Rela dia tak mo jalan
Dia nak habuan dia – KEPAK AYAM MADU
Rela tunggu tepi kete tsk tsk tsk

Bila dah kawen pindah duk apartment
Memang tak berniat nak bela kucing
Tapi kita merancang Tuhan tentukan
Jalan jalan kat 7e jumpa la kucing kecik kurus warna putih
Kesian, so belikan wetfood bagi dia makan
Lapar, rakus makan
Hati dah kering so jalan tak pandang belakang
Haish lahhhh kenapa la pulak sekecik kurus putih ni ikut kakak?
Letak jauh jauh
Jalan laju laju
Bila toleh belakang ada bapak kucing nak belasah sekecik kurus putih
Hmmmmm rezeki ko la sekecik kurus putih nak duduk dengan kakak
So tak sampai hati mami pun angkut dia balik
Alhamdulillah dia behave
Berak pun tak merata rata
  
SiPuteh masa kecik
Mungkin sebab doa si sekecik kurus putih
Kami pun pindah duk rumah sewa landed corner lot
Sekecik kurus putih pun happy dan semakin besar

SiMamaPuteh
May 2009, sekecik kurus putih jadi mama Putih
Lahirlah si Didi
Nov 2009, kakak yang muda pun menjadi ibumuda
Lahirlah Daris Hakeem Khairudin
Sama sama kongsi rezeki hehehe

Didi anak SiMamaPuteh - hairan sebab dia hitam mama dia putih
Mak dan anak - bendera Pahang mentang mentanglah kakak dia orang Pahang 
2010 kami pindah rumah kami sekarang
Itulah berkat rezeki anak dan anak bulus
Siapa sangka dulu tengok rumah harga 200K rasa Ya Allah mahalnya
Sampai bila mampu nak beli rumah
Tapi doa si pembawa rezeki
Mampu jugak kami beli rumah sekarang
Alhamdulillah

Dan bermula lah rentetan kisah memberi makan kucing jalanan
Yeng
YENG menumpang kasih sejak kecik kurus sampai besar panjang. Pastu hilang tak balik balik. Alahaiiii comelnya Abam Akeem masa ni! He was 5 year old masa ni kalau tak silap.
Kisah Yeng kat sini, sini dan sini
Emmee dan anak anak Emmee – Tamtam, Bubu dan Kay
Pandai pulak pilih nak bawak anak anak dia kat rumah mami
Tamtam kesayangan kami. 
O’Oo menumpang kasih
Tapi telah pergi menyahut seruan Illahi
He is running happily in heaven now
Tunggu kakak di sana ye O’Oo 
Dari kiri - Kay, O'Oo (oren) Bubu, Emmee dan Tamtam. O'Oo dah mati. Maafkan kakak ye.
Terbaru tak sempat bagi nama dah hilang
Hanya sempat mendapat gigitan sikecik
Garang Yarabbi!

Tamtam tetiba jadi OKU
Tapi lepas abah (bukan babah ye) buat “fisio” 3 hari kat dia
Nampak perkembangan positif
Dah mula boleh mengengsot jauh sikit

CUKUP lah
Rasa nya tak nak lagi dah jadi taman permainan si bulus
Jiran marah
Diaorang tak suka
So far mereka tak berak kat laman kami
Tatau la kalau berak kat laman orang tsk tsk tsk

Doakan mami dapat lebih rezeki
Boleh kita buat rumah banglo jauh dari orang
Masa tu nak bela rimau pun tak kesah!
Pffftttt!!!


Tuesday, April 19, 2016

Danial Haris Khairudin | My Buah Hati Kecik

As Salam

Tak pernah lagi update cerita pasal Haris
Haris  ni anak kedua mami
Dah nak masuk setahun dah usianya
Kejap je masa berlalu
Beranak kan dia 16 June 2015
Sekarang dia dah 10 bulan

Ingat anak kedua ni tak manja
Hmmmmm anje jugak!
Muka comel macam ni memang tak sampai hati tak manja manjakan!
Layankan je la sementara kecik ni kan?

Abam buli letak spender kat kepala pun comel!
Ingatkan dah nak bersara
Malas dah nak kelek baby kecik lagi
Maklumlah dah seronok lepak lepak bertiga
Abang pun dah besar
Tapi bila fikirkan si abang ni dah terlebih manja
So berdoalah dan berusahalah supaya ada adik
Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan

Abang mami bersalin secara caesarean
Adik mami bersalin secara normal
Ohmaiiiiii rupanya dua dua sakit
Tapi semua orang cakap bersalin normal ni MEGIK
Dan memang betul betul MEGIK
Lepas je sakit berjam jam tu
Keluar je baby terus tak sakit
Memang MAHA HEBAT KUASA ILLAHI
Subhanallah!

Ada anak kecik ni mula lah runsing semula
Risau sapa lah nak jaga masa kita pergi kerja
Dilemma masa abang kecik kecik dulu muncul semula
Bibik ke? Taska ke? Babysitter ke?
Masing masing ada pro and con
So lepas puas berfikir decided hantar adik ke babysitter
Mujur babysitter masa abang kecik dulu ok je
Sudi nak jaga adik

Tapi itulah walaupun mami ni bukan ibu mithali
Bukan lemah lembut dan berjiwa halus macam ibu ibu lain
Tetap rasa jaga anak sendiri lagi baik dari orang lain
Babysitter tu OK nak kata tiptop tu takdelah
Kadang kadang ada masa buat buat bersabar je lah
Mujur nenek Pahang rajin datang jaga cucu
Terima kasih mak!

Ye lah nenek kesian tengok cucu
Setiap kali nenek jaga seminggu dua
Bambam dan sado jadinya
Hantar babysitter 3 hari je dah nampak susut
Maybe dia tak menang tangan nak jaga
Dia pun ada anak 1 year plus
Sebabkan kesian kat dia (atas sebab sebab peribadi)
Mami pun keep on hantar kat dia berharap
Supaya dia jaga Haris elok elok

Tuhan tu Maha Kaya
Tuptup dia kena pindah jauh sikit dari rumah asal dia
So mami gunakan alasan tu untuk tak hantar dah Haris
Puas juga cari bibik or taska
Last last hantar daycare kat area rumah tu

Pengsan masing masing harga boleh tercekik
Survey 3 taska kat area D Atmosphere Equine Park
Orange, Cherrie Hearts dan AmanKidsZone

Orange  RM800 monthly
Tak jadi hantar sebab bila survey tengok facilities tak worth dengan harga
Cherrie Hearts memang professional dan well equipped
Canggih dan selesa la
Tapi harga terlebih budget – RM1450 – sebulan gaji mami!

So akhirnya mami hantar AmanKidsZone RM650 sebulan
Setakat ni puas hati dengan jagaan yang diberikan
Semoga mereka ikhlas menjaga buah hati mami baik baik

Tapi bila duduk taska ni hmmmmmm bertabah je la
Selsema, demam dah jadi mainan
Ada tak sesapa nak jadi nanny jaga Haris?

Kalau ada bagitau ye J

Buah hati bucuk msham kesayangan mami!

Thursday, April 14, 2016

15.3.2016 - 15.4.2016 | Genap Sebulan Di Tempat Baru

As Salam

Sejak mulakan kerjaya pada tahun 2002
Ni kali pertama mami rasa sukarnya nak menerima perubahan
2002 Olympia College
2004 Shahputra College (masa tu) sekarang dah jadi kolej universiti. Tahniah
2006 Limkokwing University
2016 Tempat baru nama dirahsiakan atas sebab keselamatan puiiiii #poyo

Pejam celik pejam celik
Dah sebulan mami kat tempat baru
Tapi masih terindu rindu tempat lama
Betullah orang kata tempat jatuh lagikan dikenang
Inikan pula tempat jatuh terguling berguling
Dan pelbagai lagi aksi
Yang pastinya tempat lama selamanya di hati

10 tahun mami kat tempat lama
Rindu pasti terasa
Lagipun rasanya jiwa mami di sana
Kawan kawan mami di sana
Di sini pun kawan kawan tapi lain ragamnya
Masih belum boleh baca jiwa masing masing

I have decided to challenge myself - than take the challenge mami!
Tunaikan janji ditempat baru
Berkhidmat dengan setia
Sesetia mencurah bakti di tempat lama!

Terlalu banyak kenangan di tempat lama
10 tahun mengutip pengalaman
Dewasa di situ
Beranak pinak pun di situ
Moga di tempat baru membina semangat yang sama.
Move on.


Thursday, April 7, 2016

Enggang dan Pipit Masakan Terbang Seiring

As Salam

Tak mo sedih sedih
Tak mo
Hidup ni singkat je
Buat apalah nak sedih

Tapi manusia
Suka duka amarah terhina terluka
Semua asam garam di dunia

Selama ni sumpah mami sayang semua kawan kawan mami
Tak sangka gurauan senda yang biasa biasa
Yang dah jadi lumrah dan asam garam
Ada yang tetiba jadi terlalu sensitif
Berjauh hati
Merajuk duka
Sampai sanggup buang persahabatan yang terbina

Takpelah
Mami ikhlas berkawan dengan dia
Sayang seikhlasnya
Tapi sekarang saya pipit tiada kuasa
Tinggallah sendirian membawa hiba

Kalau dia membaca
Ketahuilah saya memang berjauh hati dan rasa hiba

Gurauan yang sama dulu ketawa
Gurauan yang sama sekarang berduka
Gurauan yang sama
Ayat yang sama
Tetapi kenapa sekarang tak suka?

Oh sedarlah diri awak pipit
Masakan dapat seiring bergelak dan senda bersama enggang lagi!

Mohon maaf seikhlas hati sekiranya
Gurauan yg semata mata tiada maksud tersembunyi
Di salah tafsir dan erti
Saya tak mampu mencari awak di Padang Mahsyar nanti
Kalau jumpa di Padang Mat Sirat no problemo!

OK IBUMUDA USAHLAH EMO
HIDUP KITA SEKEJAP JE
ENTAH ESOK ENTAH KAN LUSA
KITA PERGI BUAT SELAMANYA.


Monday, March 28, 2016

Dapat Jadi Top 10 Pun Dah Hebat Sangat

As Salam

8 hingga 10 March 2016
Sejarah baru buat ibumuda dan Akeem
Exam pertama Akeem
Mami tak mengharapkan apa apa
Cukuplah sekadar mengharapkan yang terbaik buat dia

Last week start result release
Ohmaiiiii tak sabar nak tahu markah Akeem
Babah janji dapat top 10 dia boleh rekues something
Apa apalah janji boleh bakar semangat untuk dia terus berusaha

Seronok betul dia bila tahu BM dapat 100%
Terus tak sabar nak exam lagi
Sebab nak dapat markah 100 lagi
Bagus #kipidap Akeem sayang!

Akeem dapat No 8 from 37. Not bad at all! #kipidap
Tak sangka langsung Akeem boleh tersenarai dalam top 10
Kalau dia dapat no 37 pun mami tak kisah
Dah cukup bagus dia masuk Sekolah Kebangsaan Cyberjaya tu
Cuma TERIMA KASIH ALLAH
Kurniakan Akeem kejayaan kecil ini

Sepanjang 3 hari dia exam tu
Tiap tiap malam pukul 2 or 3 pagi mami akan bangun bacakan Surah Yaasin untuk dia
Time dia nak masuk exam
Pukul 3pm dan 5pm mami akan "kirimkan"Al-Fatihah buat dia
Moga terang hati dan tenang untuk jawap exam

Anakku sayang
Mami tahu you can do much better, way much better
Nanti kita usaha untuk dapatkan semua A ye
Dia frust sikit sebab Agama B
Mami cakap ÏT'S OKAY
Dia pulak heran.. kenapa OK
Sayang ketahuilah mami tak pernah nak push Akeem belajar
Tak kuasa nak pergi hantar tuisyen sana sini lagi
You are too fragile and green at this age
JUST ENJOY YOUR CHILDHOOD

YOU DEFINITELY CAN DO MUCH BETTER, LATER!

Notakaki:
Hebatnya budak budak sekarang.. even tough Akeem dapat 90% markah purata still no 8/37.. no 83/279!
Kalau mami belajar semula mau dapat no last gamaknya...