Wednesday, July 31, 2013

Bazaar Ramadhan Batu Pahat

As Salam

Mami pernah janji nak kurangkan pergi bazaar Ramadhan 
Memang kurang sangat membeli belah kat bazaar Ramadhan tahun ni
Tapi ada satu bazaar Ramadhan yang memang mami tergoyah iman kat situ
Bazaar Ramadhan kat Batu Pahat ni memang irresistibly!
Bak kata orang memang tak mampu nak menahan godaan..
Juadah yang dijual kat Batu Pahat ni memang kelllas jah!
Apa yang spesel kat sini?

BANYAK!

Tapi yang paling paling utama adalah KAMBING MASAK MERAH (iye ke kambing masak merah... tatau lah dia masak apa tapi memang best gilerrrr!!!)

Perghhhh tgk je pun dah boleh menitik air liur *slurpppp
Selain kegilaan kami pada kambing masak merah tu
Kami jugak memang peminat tegar SUP GEARBOX KAMBING kat Batu Pahat ni
Best sangat!
TERBAEK
Kalau korang penggemar air khatira, kat Johor ni lah korang patut cari
Khatira hanya ori di Johor - JDT

Air Khatira ni berasal dari Johor (itu orang Johor yang kata)
Tapi ada jugak yang cakap air Khatira tu berasal dari Singapore
Tak kesahlah sapa yang buat dulukan??
Ada mami kesahh??

Orang kata air Kathira ni boleh sejukkan badan
Maklumlah banyak herba yang digunakan
Antara herba2 yang selalu ada dalam Khatira kembang semangkuk, getah anggur (Khatira), biji selasih, halwa, gula batu dan lain lain
 
TERBAEK!!!!
Ni asam pedas spesel
Memang khas menjual asam pedas sahaja
Close up asam pedas kepala ikan merah - 25 hengget seketul ye!
Ni ayam guling best
Masa beli tu rasa macam nak beli 2 ekor... dugaan bulan puasa T__T
Ni karipap gergasi
SR tu singkatan untuk "Spesel Rusa"
Ha hambek karipap inti rusa ye uols
Karipap ni memang besar, harga pun reasonable tapi rasa takdelah spesel sangat... biasa biasa je
Tak cukup tangan membeli belah juadah berbuka uols... teruk betul!

Akeem muka dah tak boleh blah.. berpeluh lencun habis rambut panjang k-pop dia hahaha
At last babah kena dokong jugak ini budak sebab dah penat sangat nak jalan.. huhuhu
Memang sungguh kepuasan membeli belah juadah berbuka kat sini
Banyakkkkkkk sangat pilihan
Itu baru buat satu pusingan tapi dah tak cukup tangan dah tu
Bersabar lah mami
Bertabahlah babah ^__^
Berniat dan menaruh harapan untuk buat repeat terjahan ke sini
Kambing tunggu mami ye!
 



Tuesday, July 30, 2013

Balik Beraya Di Mana?

As Salam

Cepatnya masa berlalu
Sedar tak sedar kita dah di penghujung Ramadhan kan?
Dah rancang perjalanan balik kampung?
Tahun ni korang balik beraya di mana?

Mami macam biasa
Macam tahun tahun yang sudah
Tetap akan balik beraya di kedua dua belah pihak
Cuma akan buat sistem giliran untuk raya pertama akan beraya di kampung siapa
Tahun ni turn babah beraya raya pertama di kampung dia - Yong Peng, Johor
Raya ke tiga pagi pagi akan gerak pulang ke kampung mami - Chini, Pahang

Huhuhuhuhuhu
Agak sedih sedikit sebab raya ketiga baru dapat jumpa mak
Owh drama sangat kan?
Takpe lah mak kandung ke
Mak mertua ke
Sama je
Dua dua adalah mak jugak!

Tak kira lah macam mana pun
Dalam bab balik kampung ni mudah menimbulkan amarah kalau tidak berlaku keadilan di situ
Jadi mami ni seorang yang baik hati
Mami putuskan keputusan balik kampung ni dengan seadil adilnya

Malam 5hb balik Pahang kejap
Nak jugak rasa berpuasa dan berbuka dengan mak kat kampung
7hb gerak ke Johor untuk sambutan raya
10hb kembali ke Pahang untuk beraya dengan mak dan rumah barunya ^__^
13hb kembali ke home sweet home di Seri Kembangan

ADILKAN MAMI???


Kali ni rasanya kali pertama mami bercuti paling lama dalam sejarah
Bukan suka sangat nak cuti lama
Tapi sekolah Akeem tu tutup DUA MINGGU uols!
Adoiiiiii sesak napas memikirkan nak kena cuti 2 minggu
Bukanlah suka sangat nak pergi kerja punnnnn
Tapi mami sayangkan cuti mami yang hanya berbaki 16 hari tu
Huhuhuhu
Ingat nak simpan cuti untuk cuti cuti Malaysia hujung tahun ni ^__^
Jarang dapat peluang ronda ronda hujung tahun
Coz most of the time babah on stenby
Cuma kali ni nasib baik babah tak kena stenby

OK uols pulak macam mana?
Balik beraya di mana tahun ni???

Walau di mana pun kita menyambut syawal
Paling penting jaga keselamatan diri
Pandu dengan berhemah
Ingatlah orang orang tersayang ye semua!

Selamat Membuat Persiapan Raya dan Berhati hati Memandu ye Kawan Kawan! **gambar tiada kena mengena dengan suasana persiapan raya.

Monday, July 29, 2013

Dah Diaper Free Walaupun Belum 100% Lagi

As Salam

Tajuk entry bukan main panjang
Langsung tak tricky
Baca tajuk terus tahu kesimpulan seluruh entry
Bagus jugak kan
Iyelah bulan bulan puasa ni ramai yang mengantuk
Mesti tak kuasa nak baca entry panjang merapu tah hapa hapa
Entry ni bagus baca tajuk je dah tahu apa mami nak cerita

Betul tak korangsss???

OK Akeem dah 3 tahum 8 bulan plus plus
Dah besar panjang anak bujang mami sorang tu

Bila pakai baju bola mesti dia rasa hensem sangat... bila rasa hensem sangat mesti dia posing cenggitu... alahaiiii comelnya anak mami hehe... soon this November genap 4 tahun anak bujang mami ni!
 Apa??? Dah nak masuk pat tahun pun masih belum diaper free 100%???!!!
Ye ye ye.. *sambil menundukkan muka
Ye ye ye... anak korang umur setahun pun dah diaper free 

Mami akui mami ni malas sikit (plus takde masa nak train diaper free --> alasan!)
Pernah train dia sekali dua kali gitu
Pastu mami macam malas nak teruskan usaha
Sebab mami tahu sangat Akeem tak payah train train bagai
Kalau dia nak mesti dia terus je buat (alasan mami yang sangat kukuh utk malas berusaha)

Baru baru ni mami ada belikan dia underwear
Akeem panggil "pender"
Comel je bunyik nya
WAH!!!!
Sangat bangga denagn anak mami yang sorang ni
Sejak ada pender baru terus berjaya diaper free tanpa terkucil lagi

Pender baru Akeem (opsss jangan kategorikan pender seksi Akeem ni sebagai gambar 18SX ye)

Mula mula mami agak berdebar jugak
Maklumlah 1st day trial day diaper-free terus ke Jusko
Tanpa pempes hanya pakai pender je
Akeem berajaya dengan cemerlang
Tapi 3 kali jugaklah babah ulang alik ke toilet sebab dia kepit kepit bebird sambil cakap nak shishi lah
Huh mami pulak yang cemas dan nebes masa tu!
Terus offer dia pakai pempes
Tapi dia tak nak
"Nak pakai pender lah mami!"

OK baik, mami kena berjiwa lebih kental lagi lepas ni

2nd day tak pakai pempes kami ke Giant pulak
Jenuh jugak babah ulang alik ke toilet
Sebab aksi dia macam nak shishi je
Haishhhhhh buat mami cemas lagi sekali
Tapi anak mami yang hebat tu berjaya lagi sekali dengan cemerlang!
Congrats Akeem ^_^

Buat masa ni ke sekolah masih pakai pempes
Tapi lepas ni mami nak pesan biar aunty dia train dia to diaper free pulak
Nak kena shopping pender untuk Akeem banyak banyak lah lepas ni
Sukanyaaaaa anak mami dah jadi orang bujang


Akeem dah diaper free walaupun belum 100% lagi
Iyalah malam malam masa tidur mami pakai kan pempes jugak
Tu yang belum 100% diaper free tu
TAPI

Mami sangat gembira
Bangga pun ada
Tak payah train
Tetiba dia nak diaper free dengan sukarela

Tahu tak sayang
Mami sangat bangga dengan Akeem


Wednesday, July 24, 2013

Mee Pedas Mami Tiup

As Salam

Akeem ni kan suka makan mee
Sama macam mami
Eh macam pantun pulak ek hehehe

Sejak bulan puasa ni kami jarang makan kat luar
Eh jap jap
Rasa nya..................
Hmmmmm tak pernah kot makan kat luar sejak bulan puasa ni
Oh kagumnya la haiii...
Disebabkan rutin dah bertukar tak makan kat luar
Akeem jadi kacau bilau
Tiap tiap hari ajak mami dan babah makan mee pedas kat Giant

Akeem: mami nak mee pedas mami tiup
Mami: mee pedas mami tiup yang mana?
Akeem: kat Giant mami
Mami: mami masak mee tak pedas untuk Akeem ek
Akeem: huwaaaaaaa (melalak!) nak mee pedas mami tiup!!!!!!!!!!!

HAISH PENING KEPALA NAK PAHAM APALAH MEE PEDAS MAMI TIUP tu

Dan baru baru ni baru mami dapat tangkap apakah maksud Akeem itu
Mee PEDAS mami tiup tu
RUPANYA
Mee PANAS mami tiup
HOTPLATE MEE yang selalu kami makan kat Giant tu
Disebabkan mee tu PANAS (Akeem kata PEDAS) tu yang mami tiup
Jadilah kefahaman Akeem
MEE PEDAS MAMI TIUP!

Owh anakku vocabulary hancus!

Pencerahan: kan kita kata HOT tu pedas so dia direct translate HOT jadi PEDAS
So Jadilah mee yang HOT (panas) tu mee yang PEDAS (hot jugak in Eglish kan?)

Mami meniup mee yang pedas itu supaya menjadi kurang pedas

Akeem memang betul betul suka mee yang pedas itu - habis satu hotplate tu dia makan sorang!

Monday, July 22, 2013

Rindu Ini Budak!

As Salam

Sejak dua menjak ni abang Akeem (heheh dia dah suka org panggil dia abang) seringkali lah bangun lambat
Selalu mami tak dapat nak peluk cium Akeem sebelum mami pergi kerja
Mami rindu nak peluk cium Akeem seperti dulu dulu
Mami kena pergi awal sikit sekarang ni sebab dengan peningkatan jumlah kereta yang ketara maka berlaku peningkatan kesesakan jalanraya yang melampau
**Pssstttt mami boring tahap gaban ni ayat pun dah jadi weng weng!

Abang Akeem
Mami rindu kamu tau!

Semakin hari semakin hensem lah Abang ni..heheh


Friday, July 19, 2013

Kasut Raya Yang Dah Tak Jadi Kasut Raya

As Salam

Babah beli kasut baru untuk Akeem
Kononnya kasut raya lah
Hmmmmm tak sempat nak pakai raya
Dah sebuk nangis nangis pergi school nak pakai kasut baru!
Dasar!

Demi nak pujuk dia pergi school mami bagi je lah dia pakai
Terpaksalah beli kasut baru lagi utk raya ni
Mujur mami ni tak suka beli yang mahal mahal mcm uols
Lepas ni terus sorok kasut dia jangan bagi dia nampak ^_^

Kasut baru akeem yang dah standby depan pintu

Tuesday, July 16, 2013

Khas Untuk Babah!

As Salam,

Awak...awak tahu tak arini ari apa...
Selasa..ye..ari selasa...
Itu maknanya dah 7 hari kita berpuasa...


Awak, saya janji
Tengok tapak tangan saya ni (sambil angkat ikrar)
Saya janji..
Saya janji akan masak yang sedap sedap untuk awak
Saya janji akan sentiasa kejut awak bangun sahur tanpa jemu
Saya janji akan cuba kurangkan PARAM tahun ni
Saya janji akan jadikan Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya

Awak, saya janji tau!

PANGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!

Tak payah bajet comel sangatlah
Janji, janji, janji
Janji kena tepati ohkeh
Bukan janji di capati 
Macam babah selalu tak tepati janji.... buwekkkkkkk :p

SAYA JANJI TAU AWAK..... (HAHAHAHA tapak tangan lebih besar dari muka!)