Thursday, May 9, 2013

Balik Kampung Pilihanraya Macam Nak Balik Raya, Meriah!

As Salam,

Ini kali lama pulak mami menyepi
Lain kali mami akan cuba berubah
Nak ubah sikit sikap malas tu, ini kali lah!

Ohkeh mami tak kuasa nak cerita pasal isu politik
Lain kali lah
Tapi mami nak cerita kemeriahan balik beraya
Eh balik pilihanraya

Besar sungguh tanggungjawab kali ni
#PRU13 bermula from KL - Pahang - Johor - KL
Phewwwww lemau dok dalam kereta
Perjalanan nak balik Pahang selalu buat mami lemau
Maklumlah kena lalu jalan kampung berliku liku
Baru lah sampai rumah bonda tercinta
Kalau balik Pahang mami selalu lalu ikut LEKAS then exit senawang
Time time ramai orang nak balik kampung ni
Memang selalu jem kat area Bukit Putus menghala ke Kuala Pilah
Tak suka tak suka!

Muka dah pucat pucat balik keje kocoh kocoh nak balik kampung... jem pulakssss
Jalan yang jauh je tak mami suka
Tapi balik kampung mami suka
Lebih lebih lagi ini kali semua orang balik
Meriah, macam nak raya
Siap buat bakar bakar lagi
BBQ sempena #PRU13
Suka suka
Ini baru sikit... malas nak tunjuk udang harimau, sotong, otak otak, sotong ball, sosel dll.... nanti korang jeles

Hari mengundi
Awal awal pagi dah mandi
Terasa semangat macam nak raya pulak
Kami bertiga beradik mengundi tempat yang sama
Sek Keb (LKTP) Chini Timur 01
Banyak kenangan kat sini
Kat sinilah mami diajar mengenal ABC
Kat situ lah juga mami berjumpa dengan cikgu cikgu yang ikhlas mengajar kami semua


Humang haiiiiiii ingatkan kami antara orang terawal
Tapi ramai lagi yang lebih awal dari kami
Ini kali ramai sungguh yang mengundi
Baguslah dah wujud kesedaran to be responsible Malaysian
Tapi yang tak bagusnya panjang lah pulak mami nak kena beratur
Lain kali mami akan datang lebih awal!

Kul 9 pagi mula beratur untuk semak nama dan saluran mengundi
Kul 11 baru setel urusan mengundi
Masa ni rasa nak gunakan kelebihan ibu mengandung je
Maklumlah ibu ibu mengandung tak payah nak beratur panjang panjang
Tapi takpe bertabahlah mami!

Ni tengah beratur nak semak nama -  masih di awal pagi... (mencik!! muka ku sekepuk sebesar talam huhuhu... ini bukan actual size salah teknik pakai tudung nih T__T)
Setel bab mami mengundi
Pukul 1 kami terus memecut ke Johor pulak
Babah pulak nak menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malayasia untuk KALI PERTAMA
Ini kali adalah first time babah nak mengundi!
Tak patut tak patut
Jariku, jari adikku dan jari kakakku

Mami siap sediakan tempat tidur yang paling selesa untuk Akeem
Iye mami tahu bahaya Akeem tak duduk dalam car seat
Tapi mami rasa kesian pulak tengok dia kalau tido dalam car seat
Makanya mami sediakan seat belakang macam atas katil gitu
Walaupun Selangor dah umumkan Isnin public holiday
Tapi babah kena stanby Isnin - so kena balik jugak malam Ahad tu
Itulah sebabnya mami kesian kat Akeem takut dia penat sangat
Jauh jugak Chini - Yong Peng - KL


Punyalah babah memecut
Maklumlah nak mengundi kali pertama
Ini kali lah last ngundi kat kampung masing masing
Lain kali nak ngundi kat KL plak
Suara kami diperlukan di sana!

Pada yang dah menang tu tunaikanlah tanggungjawab, manifesto dan aku janji segala tu
Pada yang belum menang terima lah qada' dan qadar
Dia Maha Mengetahui apa yang Dia rancang
Ok baiiiiii....

#PRU14 nanti mami nak undi budak tecit ni lah pulak... boleh ke??

Jantung hati mami.. kalau bertanding kat planet Pluto pun mami tetap sokong dia!


Thursday, May 2, 2013

Brainy Bunch: Report Card Akeem 1st term

As Salam

Hari ini dalam sejarah
Kali pertama mami nak terima report card Akeem
Huhuhuhuhu mami tak menaruh harapan tinggi
Maklumlah ini adalah kali pertama dia pergi sekolah
Banyak juga yang dinilai
Ada 7 categories semuanya
[Practical Life, Language, Maths, Cultural, Islamic Studies, Musics and Social Skills]


Di antara komen komen yang diberikan oleh aunties - depa panggil teachers, aunties ohkeh


Practical Life - Develop strong kindergarten readiness skills, follow instructions quite well but need encouragement to work independently - oklah tu kan??

 Language - He is developing his writing skills, need more pre-writing exercise - bab ni mami tak tekan kan sangat lagi... biarlah dia main main dulu. Mami malas nak paksa or suruh suruh dia menulis atau buat latihan banyak banyak, kalau dia rasa rajin nak buat mami layankan, kalau dia takde mood, it's OK... banyak masa lagi. 

Maths -  your child need more practice, please assist your child in recognizing numbers and associate with quantities - OK yang ni nanti mami work it on... kena lah jugak pastikan Akeem competitive sikit kan? Kan??

Cultural - he enjoys using apparatus, and show much interest by exploring surrounding. he can recall and retell the term perfectly - Good job Akeem. Itu yang mami harapkan semoga Akeem ENJOY at school. Takpe belajar tak pandai janji Akeem gembira ye.

Islamic Studies - able to recite simple daily doa, but need more motivation and guidance when come to wudhu' and solat errrrrr *lap peluh. Mami janji akan buat yang lebih baik demi Akeem!

Musics - enjoy arts and craft to explore color and, shapes and form. He also enjoy singing - nak jadi JB (justin Bieber) kah??

Social Skills - learning to play alongside others and participated in group activities - mami tau Akeem is very good at this! Pantang jumpa orang semua dia nak tegur 'hai'...
Mami doakan budak cute pujaan hati mami dan babah ni terus membesar dengan gembira, bahagia dan menjadi anak yang baik dan berjaya dalam apa jua yang Akeem buat. Ketahuilah mami dan babah akan menyayangi Akeem hingga hujung nyawa! We love you so much!!!!!

JOM Balik Mengundi

As Salam,

Semangat lain macam sikit PRU13 ni
Bukan sebab mana mana fahaman politik
Bukan sebab dacing
Bukan sebab bulan
Bukan sebab roket
Bukan sebab adil
Tapi semangat ni muncul sebab...
Nak balik kampung!!!!
HAHAHAHAHA cesss sungguh tak ada sebarang kaitan dengan politik

Mami tak suka politik politik ni
Bagi mami semua politik adalah sama je - kotor
Memetik kata kata kawan mami

@JajaOthman quotes from her FB

"Reality check - there will never be perfect government n politic will always be dirty.. 
Some party may promise u the moon and earth n even heaven. calculate your risk and choose the best among the worst"


Maka tunaikanlah tanggungjawab kita
Buatlah pilihan bijak
Pilihan yang menentukan masa depan yg lebih gemilang
Masa depan yang kita semua impi kan!!

Korang mengundi di mana?
Mami mnengundi kat Chini
Pernah dengar tasik Chini?
Hah kat situlah mami dibesarkan
Tak sabar nak balik kampung yeyey...

JOM BALIK KAMPUNG uols
Drive safely!




Wednesday, May 1, 2013

Lebih Murah Daripada Biasa


As Salam,

Apa aktiviti cuti ni?
Ada yang dah start balik kampung ke?
Mami masih di KL ni
Jumaat baru gerak balik Pahang

Babah kata nak belikan henpon baru atuk
Beli yang biasa biasa je lah
Budget limited (^_^)
Dia ajak kitorg pergi satu kedai talipon kat USJ
Mak datukkkkkkkkk
Ramai sungguh orang - melimpah sampai luar kedai!
Mami tunggu kat luar ngan Akeem
Mujur cuaca suam suam kuku je

Berposing sementara tunggu babah... tak boleh nak masuk dalam kedai..FULL
Hah tak caya orang sangat ramai?
Cer tengok tu ramai gilesss orang
Penuh, sendat, padat

Encik babah sedang terjebak hahahaha.... statement dari my IG Pernah kah anda lihat manusia sebegini ramai disebuah kedai talipon? @mrkudink pun terjebak...
Hasil bersesak sesak itu
Babah terbeli S3 utk atuk dan Note II utk dirinya sendiri
Katanya iphone dia dah cracked screen - terpaksa beli tepon baru yg tak fragile (^_^)
Kenapa ramai benar orang?
Sebabnya harga agak lebih murah dari biasa....
Note II RM1, 499
S3 RM1, 199
Murah ke?
Psttttt... bila mami beli henbeg harga mahal sikit kata mahal, dia beli henpon 1K kata murah - tak aci!!

Tuesday, April 30, 2013

Hadoi Nasib Tak Lupa

As Salam,

Alamak dah 30 April??
Hoh baru teringat mami tak declare tax lagi
Eh korang dah ke???

Biasa ni last minute baru nak buat
Orang lain dah menikmati hasil pulangan dah kan??
Mami baru hegeh nak declare
Hadoi Nasib tak lupa tahun ni

Takpe biar lambat janji buat! (^_^)

Huhuhuhuhuhuhu sikit je... takpelah dapat jugak kan?

Monday, April 29, 2013

Demam Kali Ni Hover Pulak!

As Salam

Mami demam secara tiba tiba sejak Rabu 24 April
Selalunya mami ni kuat
Demam kejap je
Lepas terus baik

Tapi kali ni kan main payah pulak nak kebah
Rabu >>> lepas makan ubat baik kejap
Khamis >>> demam balik gigil2 sampai cramp muscle - siap ter keluar ayer mata hengko!
Jumaat >>> ingat dah baik....
Rupanya TIDAK
Selepas termuntah secara tiba tiba juga
Mami pun laju laju pegi jumpa doctor kat ofis mami ni
Dia suruh buat blood test
TAKUTNYA.....
Siap tanya doctor tu lagi
"Kalau saya pengsan macam mana?"
Doctor pun buat muka @__@ mata terbuntang!

Huhuhuhu ingat nak kena amik darah macam masa preggy rupanya sikit je... tapi mengucap panjang jugaklah tadi takut tetiba 'padam'
Sedang memasukkan sample darah mami untuke di analisa

Mesin ni tatau apa nama dnya tapi sedang membuat analisa darah utuk check kandungan darah mami - doc nak test nak tau takut takut ada jangkitan denggi etc

 



Apa yang korang nampak kat atas tu Adalah reading dari analisa tadi
Fuhhhh lega
Bukan denggi
Doc cakap cuma haemoglobin rendah
Pastu WBC (white blood count) tinggi sikit sebab ada infection
Sekarang mami kejap demam kejap baik
Siang OK sikit bila malam je mula sakit sakit sendi T__T
Cuma paling tak tahan tekak ni sakit sangat
Banyak ulcer dalam mulut dan tekak
Maybe sebab badan panas sangat aritu
Huhuhuhu dah terpaksa kurang bercakap
Terpaksa kurang makan
Owhhh sungguh laparrrrrr (^_^) 

Doakan mami cepat sembuh ye
Semoga mami boleh makan banyak banyak semula macam selalu
Semoga mami boleh bercakap dan bercakap banyak banyak macam selalu
Sekarang mami dah tak dapat nak memetir kat Akeem macam selalu T__T

Sunday, April 28, 2013

Naik Tow Truck

As salam
Sepatutnya semalam
Selepas Maghrib enak enak sedang mengunyah kambing BBQ
Tapi
Tak sangka sungguh
Betullah kata orang malang tak berbau

Begini ceritanya
Semalam adik ipar mami ya g duduk kat Semenyih buat makan makan
Bakar bakar ayam kampung, kambing, rusa ahhhh
Macam macam lagilah
Pendek kata rugi lah kalau tak datang
Lepas Maghrib baru kitorang gerak Babah ada keje sikit
Potong time ni lah pulak kena on call
Kami lalu SILK >>> LEKAS
Nak lekas lekas sampai makan BBQ
Ngam ngam depan simpang nak exit ke LEKAS highway ke Semenyih
Kereta tetiba mati
Mujur tak banyak kereta so cepat cepat pull ke tepi
First time rasa pengalaman macam ni
Malam pulak tu
Tempat agak sunyi
Macam macam mami pikir
Maklumlah keadaan sekarang ni macam macam
Buat buat kool tapi dalam hati tak putus doa
Ya Allah selamatkan lah kami dari anasir anasir yang tak baik
Sekarang ni hantu orang dah tak takut 
Orang lebih takutkan manusia daripada hantu sekarang ni
Sebab manusia lebih hantu daripada hantu sekarang! - maksud mami peel manusia lah (^_^)

Mami call kawan mami yang duk kat Kajang
Tanyakan dia ada tak nombor tow truck
Asben dia kata baik call insuran punya tow truck selalunya diorang ada service towing dah cover cost charge below RM300
Oh ye lah
Thanks Lina Arde!
Babah pun call tow truck insuran Gen2
Dekat kul 10 lebih jugaklah baru sampai
Takpelah janji semua setel

Terima kasih Abg Iswandi dan Jusman (biras mami)
Sudi jugak amik kitorg kat tempat kete tersangkut tu
Dapat jugak kami makan semua hasil BBQ itu
Cuma yg terlepas adalah kemeriahan bakar membakar lah
Takpe raya nanti kita repeat
Babah ikut tow truck
Pastu balik rumah amik SiPutih dan muncul kat tempat BBQ demi kambing tepat pukul 12 malam!

Akhir hari ini dalam sejarah Gen2 naik tow truck. Sudah sudah lah merajuk ye lepas ni sayang.. nanti...