Tuesday, January 29, 2013

Adegan SG di Waktu Malam..

As Salam,

Lama tak menulis
Bercuti di kampung sebab ada kenduri kawen
Anak kepada sepupu yang kawen
Tapi rumah mak pun turut 'berkenduri' dengan anak anak dan cucu cucu
Jadi mami bizi tak sempat nak update blog..
Talipon pun manjangggg missed calls -- rumah mak dari dapur nak ke depan je dah boleh buat main bola sepak !!

Nak cerita sikit tentang adegan SG di waktu malam ni
Mami balik rumah mak tengah ari Khamis
Malam tu tido la berimpit impit tiga beranak kat atas katil queen -- biasanya kat rumah katil king + babycot Akeem so puas tido!
Tengah tengah tido Akeem kejut mami...
"Mami tengok babah ni.."
"Nape?"
"Dia dengkur"... HAHAHAHAHA
Itulah adegan SG itu -- adegan SUNGGUH GERAM!
Mami dah agak imune dengan adegan itu
Tapi ada masa cam nak buat amukan jugak

Kadang kadang bila dah tak dapat sangat nak tido di sebabkan adegan SG itu
Mami akan membuat SERANGAN GANAS di waktu malam
Ada orang bagi tips supaya tendang kaki orang yang berdengkur
Jadi tips itulah yang mami amalkan..
Selama hampir 7 tahun kawen ni rasanya dah beratus kali mami buat SERANGAN GANAS itu...
HAHAHAHA ~ maaflah ye babah!

"Menyintai seseorang bukan hanya mencintai kelebihan dia
Tapi kita perlu menrimanya seaadanya -- kelebihan dan kekurangan dia" ~ mami

Bagi mami dengkuran itu adalah kelebihan dia
Iyee la kan bukan semua orang boleh buat dengkuran hebat cam tu
So itu adalah kelebihan cos bukan semua orang boleh buat.. hikhihik...

ihsan from google

Wednesday, January 23, 2013

Angin

As Salam,

Mami ni agak mudah beragin
Bukan bermaksud mudah naik angin -- tapi kekadang mudah jugak naik angin hehe
Angin yang mami maksudkan kalau perut kosong mudah je masuk angin
Lepas tu mudahlah di serang migrain..

Ramai jugak yang diluar sana mengalami nasib yang sama kan?
Kalau kita yang dah tua tua ni kena angin ni kira oklah
Tapi kesian Akeem pun kena cam mami
Kalau perut kosong mudah je masuk angin
Bila masuk angin perut kembung lepas tu mesti muntah..

Bulan lepas dia dah kena muntah muntah dan cirit birit
Sebab angin lah tu
Mula mula demam tak nak makan
Lepas tu berjangkit jadi muntah
Mami pulak bulan lepas masa dia sakit tu terpaksa import nenek dan atok jaga
Hati tak keruan nak outstation
Tapi apakan daya
Mami hanya "yang menurut perintah"...

December Akeem kena serangan angin, muntah dan cibi tu
January (baru minggu lepas) dah kena balik
Adoiiii mana lah yang silap
Maybe sebab Akeem payah nak makan ubat
Bila paksa makan ubat habis dia muntahkan balik
Bukan takat ubat, tapi semua yang dia makan!

Minggu lepas, Rabu dia demam
Mami tak de pilihan terpaksa hantar skul juga -- demam dia dah kebah (tau ke kebah tu apa?)
Tapi malam Khamis tu dia muntah muntah 
Agaknya dia tak makan kat sekolah -- teacher ada ckp dia makan sikiiiiiitttt je
Jumaat babah standby kot kot teacher dia call dia akan terus amik Akeem..
Then memang teacher call sebab dia mula berak berak huhu 

Akeem... sayang jangan lah tak makan kat skul
Nanti perut masuk angin
Mami dan babah susah hati tau!
Mami dan babah dah takde pilihan..
Hantar babysitter Akeem tak nak
Hantar skul Akeem tak makan
Pastu Akeem sakit huhuhu
Apa pilihan kami?
Mami  buat buat jadi hati kering je
Walaupun hati kering tapi dalam hati ada taman!

*** gambar akan di uplot kendian -- ada masalah teknikal la pulakkk!


Sunday, January 20, 2013

Monyet Monyet di Bukit Melawati

As Salam,
Weekend memang jarang kami lepak lepak kat rumah
Boring
So kali ni bawa Akeem tgk monkey
Kan main excited nak tgk monkey
Sekali dah sampai
Dia asyik bergayut ngan babah je
Hahaha takut pulak!
Dia yang rekues nak tengok monkey, tapi dia juga yang berkepit tak sudah ngan babah dia! takut plak kat monkeys tu...
Meriah betul 'mereka mereka' itu... tapi comelll

Friday, January 18, 2013

Saya Ibu Terlampau??

As Salam,

Saya bukan ibu terlampau
Tapi saya risau
Apa yang mami risaukan?

Kerisaun pertama:
Boleh ke dia makan kat kindy? Akeem makan pun masih bersuap.. (ini kategori kerisauan yang mild..)

Kerisaun kedua:
Diorang betul2 ke follow arahan buat susu Akeem -- perut dia sensitive. Susu dia pun kena minum within satu jam je lebih dari satu jam kena terus buang... iye ke kindy ada masa nak melayan sampai cam tu.. (Akeem minum susu hanya 4oz at once. So, tak perlulah diorang buat lebih sebab mami dah siap2 letak sukatan susu tu untuk 4 oz sahaja!))

Kerisauan ketiga:
Apalah yang anak aku makan -- aritu aku mintak menu plan pun principal dia cakap "that not for parent" ah sentap!

Dan kerisauan mami tu bersebab
Kerna sering kali bila mami ambil Akeem dari kindy
Teacher dia cakap "susu ni baru buat"
SENTAP -- baru buat? Sejuk beno ni ko kata baru buat dan yang paling sentap bacuhan susu tu adalah 8 oz bukan 4 oz!! 
Apakah maksudnya??
Maksudnya ..

Andaian pertama:
Diorg bancuh siap2 untuk dua kali minum

Andaian kedua:
Diorang tak ikut arahan -- suruh buat 4oz je tapi tetaaaappppp juga buat 8oz (padahal sukatan susu tu untuk 4oz) So susu yang Akeem minum tu CAIR lah!

So untuk mengelakkan Akeem sakit perut minum susu yang 'lama'
So, mami pun tulis surat kat teachers


Helicopter Parenting vs Attachment Parenting

As Salam,

Baru minggu ni mami dengar pasal helicopter parenting
Itu pun kawan mami yang bagitau
Dia kata "Zam you ni helicopter parent lah -- over protective!"

Statement tu buat mami berfikir
Betul ke mami ni over protected 
Saya ibu yang terlampau?
Hmmm... rasanya tak kot...

Apa itu helicoter parenting?
Dari Mr Google
"Helicopter parents hover over their children constantly. Their unnerving supervision comes from the belief that by always watching and directing their children’s behavior, they will be able to keep their children from harm. Their children have no breathing room. Over-protected, they are suffocated by their parents’ fears and micro-managing."

Oh ini bukan mami! Pasti!
Mami bagi je Akeem buat apa2 yang dia nak
Janji benda tu tak merbahaya sangat.

Dan apa pulak attachment parenting?
Dari Mr Google juga
"Attachment parenting comes from a belief that if you fulfill your child’s needs when she/he is young, she/he will develop into an independent individual who can handle herself/himself with grace and confidence when she/he is ready. You, as a parent, are her/his pillar of strength when she/he is a baby. It is your job to teach her/him what she/he needs to know so that, one day, she/he is able to depend on herself/himself.
Attachment parenting demands a lot of close physical contact with your children but this togetherness is not hovering. The physical closeness with your child when she/he is young is to build her/his self-confidence so, as she/he grows, she/he will be able to go out into the world – independently"\

Mami yakin dan sangat pasti apa yang mami buat
More less adalah attachment parenting..
Tak percaya?
PERCAYALAH!! 

Psttt sekarang jiwa tak tenang
Nanti ada masa mami ulas panjang lebar lagi
In Shaa Allah.




Thursday, January 17, 2013

Gigi Rabbit Itu

As Salam,

Ini style 'sengih' baru Akeem.
Kalau suruh bergambar dan senyum gitu lah gayanya.
Tersengih nampakkan gigi rabbit dia tu..
Tapi gigi rabbit itu tetap comel di mata mami!



Tapi ada kisah di sebalik gigi rabbit itu
Kenapa gigi itu menjadi gigi rabbit??
Sebabnya... tadaaa....

Walau apa jua keadaan puting itu tetap menjadi pujaan!
Mujur sejak bulan December 2012 dia dah 'bercerai' dengan puting kesayangan dia.
Bersyukur sangat.
Mami ingatkan sampai bila bila tak nak 'bercerai' dengan puting tu!
Huh lega....

Wednesday, January 16, 2013

Dulu dan Sekarang

As Salam,

Dulu,
Mami tak bertudung
Zaman sekolah pakailah tudung
Tapi on and off
Pakai kat sekolah je
Lepas sekolah tudung pun terbang

Sekarang,
Alhamdulillah sejak bulan puasa tahun 2012 mami mula pakai tudung
Ada jugak students dan staffs yang tanya "miss are still fasting?"
Hahahaha  kelakar -- sebab kat tempat mami keje ni dah jadi 'budaya' muslim pakai tudung bulan puasa especially dari negara negara tertentu!

Dulu,
Masa mula mula pakai tudung
Mami sendiri pun meragui diri mami sendiri
"Mampu ke aku kekal pakai tudung ni?"
Alhamdulillah sampai sekarang mami masih mampu mengekalkan pakai tudung
Doakan mami selamanya begini ye!

Eh bila bertudung nampak muda 20 tahun plak kikikikik...

Memetik kata kata Ustaz Azhar Idrus

"Bertudunglah walaupun TERPAKSA,
Solatlah walaupun TERPAKSA,
Puasalah walaupun TERPAKSA"

Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA

Dari keterpaksaan itu
Perlahan-perlahan kita akan menemukan hikmah
Dan akhirnya hati kita menjadi IKHLAS keranaNya.