Monday, March 28, 2016

Dapat Jadi Top 10 Pun Dah Hebat Sangat

As Salam

8 hingga 10 March 2016
Sejarah baru buat ibumuda dan Akeem
Exam pertama Akeem
Mami tak mengharapkan apa apa
Cukuplah sekadar mengharapkan yang terbaik buat dia

Last week start result release
Ohmaiiiii tak sabar nak tahu markah Akeem
Babah janji dapat top 10 dia boleh rekues something
Apa apalah janji boleh bakar semangat untuk dia terus berusaha

Seronok betul dia bila tahu BM dapat 100%
Terus tak sabar nak exam lagi
Sebab nak dapat markah 100 lagi
Bagus #kipidap Akeem sayang!

Akeem dapat No 8 from 37. Not bad at all! #kipidap
Tak sangka langsung Akeem boleh tersenarai dalam top 10
Kalau dia dapat no 37 pun mami tak kisah
Dah cukup bagus dia masuk Sekolah Kebangsaan Cyberjaya tu
Cuma TERIMA KASIH ALLAH
Kurniakan Akeem kejayaan kecil ini

Sepanjang 3 hari dia exam tu
Tiap tiap malam pukul 2 or 3 pagi mami akan bangun bacakan Surah Yaasin untuk dia
Time dia nak masuk exam
Pukul 3pm dan 5pm mami akan "kirimkan"Al-Fatihah buat dia
Moga terang hati dan tenang untuk jawap exam

Anakku sayang
Mami tahu you can do much better, way much better
Nanti kita usaha untuk dapatkan semua A ye
Dia frust sikit sebab Agama B
Mami cakap ÏT'S OKAY
Dia pulak heran.. kenapa OK
Sayang ketahuilah mami tak pernah nak push Akeem belajar
Tak kuasa nak pergi hantar tuisyen sana sini lagi
You are too fragile and green at this age
JUST ENJOY YOUR CHILDHOOD

YOU DEFINITELY CAN DO MUCH BETTER, LATER!

Notakaki:
Hebatnya budak budak sekarang.. even tough Akeem dapat 90% markah purata still no 8/37.. no 83/279!
Kalau mami belajar semula mau dapat no last gamaknya... 

Friday, March 18, 2016

Gigi Susu Pertama Akeem Yang Tekorban

As Salam

Gigi Akeem semuanya gigi susu lagi
Semua masih tiptop
Last week mami ternampak something yang lain
Sekali suruh dia nganga
HAAA HAMEK GIGI KEKAL DAH KELUAR
PADAHAL GIGI SUSU STILL INTACT!
Berlapis lah nak gigi kamu
Macam kuih lapis!


Punya lah ready nak masuk.. TAK SABAR, BERKOBAR KOBAR!
So tanya sana sini
Kawan kawan suggest silalah cabut gigi susu itu
Sementara gigi kekal masih malu malu lagi nak keluar tu

So last week Sabtu pergi cabut gigi susu Akeem
Kami pergi dental yang dekat rumah ni je
Klinik Gigi Qistina, Equine Park
Fully recommended cabut gigi kat situ
Dentist dia lemah lembut, peramah, mesra
Paling penting comel sangat!
Lembut je dia gelak gelak....


Mujur Akeem dengan bersemangatnya nak cabut gigi
Lepas cabut gigi terus rekues nak lego batman
Baiklah anak
Ahad terus mami belikan lego batman kat Jusko (bukan cap LEGO ye)
Jadiklah lego rege RM50 ni pun dah buat dia bahagia
Mami lagi bahagia bila dia bahagia

Tak mahal cabut gigi kat situ
Sebatang gigi tu RM70 je
Alhamdulillah masih boleh claim kat kampeni
Sebab tu kata tak mahal
Kuikuikuikui...
#syukurselalu

Monday, February 29, 2016

Sessi Persekolahan Bermula #SKCJ

As Salam

Patut up cerita ni bulan lepas
Tapi maklumlah
Ibumuda beranak dua ni mudah lupa
Mudah pulak diserang penyakit M
Hmmmmm

Sessi persekolahan anak bujang mami bermula 4 Januari 2016
Mami dan babah cuti seminggu - hover nau!!
Maklumlah anak pertama
Debaran tu lebih sikit
Risau sebab 3 tahun dia selesa di Brainy Bunch
Dimanjakan oleh aunties sekelian
Naik tocang toncet anak mami tu!

Akeem sekolah sessi petang
Tahun 2016 tahun pertama darjah satu sessi petang
Sebelum ni sessi pagi
Mami suka sebenarnya sessi petang
Bukan apa lega sikit sebab takdelah berjerih sangat mami nak kejut dia pagi pagi
Mami pun bukannya ibu mithali sangat
Tak rajin nak bangun pepagi buta
Dahlah subuh gajah manjangggg! Hehehe

Plan asal nak hantar Akeem transit kat Little Munchkin, Cyberjaya
The transit is very good - menepati ciri ciri yang mami nak for a good transit
Owner nya peramah, bersih, facilities tip top cuma sikit minus point - tinggi sangat - budak budak transit duk tingkat paling atas
Tingkat tiga
Mengah makcik!

Asalnya planned pagi duk situ
Then siap siap kat situ, makan, naik van terus ke sekolah
Tak hantar dia sekolah agama - kununnya takut dia penat
Tapi last minute plan tukar plak

Bayangkan first day sessi persekolahan bermula baru hegeh pulak nak carik tempat baru
Terfikir ruginya tak hantar dia sekolah agama
Why have to refrain him from trying
We didn't know his capability terus cakap dia tak mampu buat *bad parenting!
We didn't know how deep is the river until the river is tested *takde peribahasa tu mami belasah je*

Hari pertama tu juga lepas hantar Akeem perhimpunan (sedikit drama berlaku)
Kami berdua terus ke area Atmosphere - area depan Giant
Survey sekolah agama
Kat situ ada dua sekolah -- Bahrul Ulum dan Sek Ren KAFA Al-Firdaus
Kami berminat dan enrolled Akeem kat Al-Firdaus
Semoga Syurga Firdaus buat anak mami ni
Amin.

P/S: Doakan mami rajin update plak cerita minggu pertama persekolahan ye (mohon la rajin menulis lagi)

Muka abang selesai hari pertama - sukses!

Tuesday, February 23, 2016

2 Januari Yang Manis *_^

As Salam

2 Januari 1979
Birthday mami
So congak congak congak
Mami dah 27 tahun this year **betul kan 27? Mami ni lemah sikit matematik
Bagilah peluang fefeling muda

*******************
Pagi 2 Januari 2016
Seawal jam 9 pagi dah pergi sekolah Akeem
Amik buku teks kat Sekolah Kebangsaan Cyberjaya
Tulis tulis kira kira apa yang patut
Setel
Adik Haris tak bawa
Sebab lepas ni terus nak rushing pergi tempat lain

Dua orang kesayangan tengah tekun check buku

Mami dan kesayangan berposing lepas amik buku - nak jugak!

Petang 2 Januari 2016
Setel urusan amik buku teks Akeem
Rush pergi Kelana Jaya
Amik kereta baru
Punya semangat nak hantar anak pergi sekolah
Tukar kereta kecik
Senang nak parking kat sekolah
Demimu anak

Amik plate no. sempena besday mami - 7901.. alhamdulilah takde kereta mewah cam orang lain tapi kami bahagia dengan cara kami sendiri #syukurselalu




Friday, February 19, 2016

Sekolah Kebangsaan Cyberjaya: Ujian Kelayakan dan Orientasi Akeem

As Salam

Tahun 2016 ni Akeem dah darjah satu
Mula mula ibumuda emosi jugak
Terasa cepatnya masa berlalu
Yang paling terharu bila tengok dia pandai bawa diri
Dah besar rupanya baby mami ni

Sebelum masuk sekolah ada sesi ujian kelayakan
30 May 2015 Akeem menduduki ujian kelayakan
Mami taklah berdebar sangat TAPI risau jugak sebab Akeem tak lancar lagi membaca
Pejabat sekolah pun bagitau very short notice
Sempatlah 3 hari sebelum ujian kelayakan buat latihan tergempar untuk Akeem

Yang mami risaukan bukanlah samada Akeem boleh jawap ke tak
Risau.... nak ke dia masuk hall
Monyok je muka masa berkumpul
Adoi itu betul betul menimbulkan kerisauan
Buat nya dia taknak masuk
HARUUUUU

Hensem betul anak bujang mami (pengsan).. mood 50-50... mami berdoa dia nak masuk hall

Dua jam ya ujian tu
Basic Bahasa Melayu, Matematik dan English yang di tanya
Tapi sapa yang bakal menduduki test ni nanti jangan risau
Anak anak kita hebat
In shaa allah mereka boleh buat

Dengan penuh debaran menunggu
Bulan 9, 2015 dapat keputusan
YEAY AKEEM DITERIMA MASUK SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA!
ALHAMDULILLAH!

21 November
Akeem pergi orientasi sekolah
Mula mula eksaited
Tapi bila kena gather mula monyok semula
Masalah dia ni tak suka orang ramai ramai
Adoi anakkkkkk

Untuk pengetahuan sekelian
Sejak bulan 6 lagi mami dah tanamkan semangat
Supaya dia eksaited nak pergi sekolah baru
Explain kat dia
This is his last year with Brainy Bunch
Bagi dia ready mentally
Phewwwww berbulan train kata hengko!
Inilah hasilnya
Ok lah walaupun ada masam ada manis
Sampai waktu kejadian dia boleh sinyum
Lega hati mami nak!

Selesai sessi orientasi
Pergi kantin - makan
Ada cikgu tegur.. eh dia la tadi nangis dalam kelas
Huwaaaaaaa
Mami tanya kenapa nangis
Rupanya semut gigi
heheheheheh
Bertabahlah mami
Bertabahlah Akeem

Mami doakan yang terbaik untuk anak hensem mami ni
Amin.
Muka ada sinyum


Monday, January 11, 2016

Salam 2016

As Salam

Bertahun mami tak menulis
M A L A S
M A A F K AN L A H T U A N H A M BA I N I
Semoga dengan tahun baru ni
Mood baru
Semangat baru
Dan mami bercita cita untuk menulis semula -- azam tahun baru

Sepanjang tahun 2015 banyak yang berlaku
Yang paling bermakna -- AKEEM DAH JADI ABANG!
Tapi manjanya lahaiiiiii makin bertambah tambah
Ingat dah jadi abang tak manja dah
Hmmmm silap jangkaan
Anyway terima kasih Allah
Syukur


Abang Akeem bersama adiknya Danial Haris.. masa ni adik baru 3 hari

Hari ni first day kerja setelah bercuti mulai 22 Dec 2015
Puas duduk rumah
Akeem masuk sekolah darjah satu tahun ni
Adoi kelam kabut jiwa tak tenteram ibumuda ni
Berdebar memikirkan macam macam

Minggu pertama mood berubah ubah
Sekejap Ok
Sekejap KO
Tapi alhamdulillah minggu kedua ni nampaknya macam dah Ok
Cuma susah nak bangun pagi je

Mami doakan anak hensem mami ni akan terus bersemangat untuk ke sekolah. Doakan yang baik baik aje untuk dia... semoga terang hati untuk menimba ilmu. Amin

Wednesday, July 23, 2014

Ikhlas Dari Hati #kosongkosong

As salam

Nak buat luahan perasan sikit
Kasik lega
3.30am terjaga
Mata tak mau lelap plak
Terngiang2 kata kata
"A bunch of loser"
That statement bukan je kills my motivation
It kills my spirit as well!
 
Too general
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga
A good leader shouldn't knock hard on our head
Big mistake. It was wrong style of managing people - employees - your assets


Tapi
Kadang kadang aku sendiri pun buat menda yang sama to my colleagues
Baru aku perasan
It was terrible
Dahsyat
 
Bila tgk monster tu beraksi begitu
Aku realize
Most of us dah "terbiasa" dengan style buruk to manage people
Betul - lead by examples
Buruk leader buruklah followers

Sesiapa yg pernah terguris
Termarah
Terjerit
Dan terkena perkara2 buruk yg aku lakukan terhadap kalian
Ku pohon maaf ye
 
My apologies
#kosongkosong

Salam Eid Fitri