Sunday, June 9, 2013

Shopping Lampu Untuk Rumah Baru Mak (part 2)

As Salam

Rumah mak tengah renovate
Alhamdulillah dah nak siap
Maka kami adik beradik nak menyumbang sikit untuk mak dan abah

Muka yang dah selebet.  Penuh sesak orang nak beli lampu... Akeem pulak menambahkan tekanan darah tinggi mami sebab tak nak duduk diam
Peace uols...
Semalam kitorang pergi belikan lampu dan kipas untuk mak
2 kipas untuk ruang tamu RM226 each
4 kipas untuk bilik dan ruang menonton RM116 each
Semua kipas ni Panasonic dan beli kat House of Lighting kat Puchong
Kalau ada sapa sapa nak beli kipas atau lampu memang recommend pergi situ
Lebih murah dari biasa!

Lampu yang letak kat tiang rumah tu tengok tengok juga kat situ semalam 
Cuma masih tak decide beli yang mana lagi antara yang tiga lampu tu dan tunggu pengesahan tuan rumah dulu baru mami beli
Chandelier pun mami masih keliru nak beli yang acane

Ni OK ke? Macam makcik makcik sikit tak? Errrr kalau mak beeminat dengan yang ni phewwww lari budget lah hehehe...
Ni pun OK kot tapi kecik sikit macam tak sesuai sangat sebab rumah mak mami tu agak besar jugak
Mami berkenan jugak yang ni... apa pendapat uols? Ni RM39 each
Lepas settle beli kipas kami ke Balakong plak
Nak settle kan beli light bulb dan down lights cover
Yang ni kalau korang nak beli better beli kat CIMA Lighting memang murah
Mami beli 32 light bulbs cap Philips, berharga RM6.90 each kalau kat tempat lain harga boleh cecah 2 kali ganda uols!

Tu special offer, tapi untuk mak kami beli yang special sikit satu harga RM6.50
Kami pilih yang crome ni tapi takde pulak stock... cessss so tukar dengan yang silver
Dah penat ke hulu ke hilir (takut jugak dia ter pecahkan lampu) mami masukkan dia dlm trolley... kat CIMA Lighting ni siap ada lift ye uols!
Akibat dah kebuhsanan Akeem pun jadi assistant photograper mami - dia snap gambar Ajam, anak angah
OK itu je mami nak share buat masa ni proses pembelian lampu dan kipas rumah mak
Tak sabar nak tunggu rumah mak siap dan cantik berseri (^__^)

Friday, June 7, 2013

Shopping Lampu Untuk Rumah Baru Mak

As Salam

Alhamdulillah cepat jugak progress renovation rumah mak
Syabaslah encik tukang renovate
Mula mula mak risau gak sempat ke rumah dia siap untuk raya hehehe
Mujur pakcik yg renovate tu cekap
Syabas sekali lagi pakcik tukang renovate!

Rumak mak kat kampung, jadi boleh buat design ntah apa apa ntah
Tanpa permit dan kelulusan pelan rumah pun ok kot
Rumah mak mami ni panjangnya dah macam keretapi
Setiap kali balik mesti kaki lenguh sebab letih berjalan dari ruang tamu ke dapur
Berapa bukaan luas x panjang?
Entahlahhh mami kurang pasti - 120" x 90" kot haha

Hari ni kami takde apa apa agenda khas
Cuma misi nak survey lampu dan kipas utk rumah baru mak
Babah kata nak sponsor, ahemmmmm terima kasih babah yang hensem dan taf!
Ramai yang kata kalau nak beli lampu dan kipas cari kat Puchong or Seri Kembangan - murah daripada biasa

Dulu masa mami mula masuk rumah baru pun kami beli kat Puchong
Semalam semak balik harga lampu lampu dan kipas kipas yang kami beli
Hohoiiiii terkejut sungguh
Baru sedar dulu kami terbeli sebijik lampu harga 220 untuk wall spotlight, 120 sebijik lampu untuk lampu pagar dan yang paling mami terkejut chandelier tu sebenarnya beharga 660! Huh mati mati selama 4 tahun ni mami ingat chandelier tu 150 je!
Apakah??? Kenapa lah masa beli lampu 4 tahun lampau kami tak beli yang murah murah je.. (maybe uols kata mana ada mahal, tapi mami rasa mahal tu!!)

Takpe itu cerita 4 tahun lepas
Sekarang dah insaf maka buat budget betul betul
Kira kira punya kira semalam anggaran kos untuk 26 bijik down lights, 5 kipas, 6 lampu pagar, 1 chandelier, 3 lampu wall light adalah 1600
Harap mampu beli within the budget (^__^)

Mami tengah menunggu giliran utk nembayar... huh punya lah ramai manusia kat kedai ni sampai beratur ye!

Cuti Sekolah Sudah Berakhir

As Salam


Cuti Sekolah
Hmmmm terimbau kenangan zaman kanak kanak dulu
Mami dulu
Masa cuti sekolah suka sakan
Mana tak nya masa ni lah nak berkubang mandi paya
Main beskal sampai tak hengat dunia - tengah hari buta terik mengcengkam pun masih mengayuh beskal pusing satu kampung
Masa ni lah nak main polis sentri sampai ke senja
Main aci ligan
Main baling selipar **eh korang pernah main game tu?
Allaa yang buat selipar jepun bentuk piramid pastu baling, dah baling tu satu team akan cuba susun balik selipar tu bentuk piramid, satu team lagi akan cuba baling selipar kat pasukan lawan kalau kena selipar kira mati, kalau berjaya susun bentuk piramid semula team tu kira menang... heee tah apa apa kan?
Apa ada hal
Main selipar pun seronok masa tu! Hewhewhewhew (^__^)


Time tu masa mami kecik kecik zaman sekolah rendah
Zaman paling happy
Takde Ipad
Takde Ipon
Takde Tab
Takde Note 2
Takde Blekberi
Hidup seadanya saja
Tapi zaman tu kami, mami dan kawan kawan tetap gembira
Berjalan satu kampung pun mak mak ayah ayah tak berasa runsing takut anak hilang atau jadi mangsa rogol

Tapi zaman sekarang dah berubah
Cuti seolah je mesti anak anak zaman sekarang fikir tentang jalan jalan - family vacation
Kalau tak bawak karang kesian pulak takde modal nak cerita kat kawan kawan apa aktiviti cuti sekolah
Maklumlah masa cuti sekolah ni ramai yang bawak anak anak berjalan satu Malaysia
Ada yang sampai ke Hong Kong, Jepun Ostrolia bagai
Kalau terperap je sepanjang cuti sekolah mesti anak anak sedih kan?
Tapi kalau setiap kali cuti sekolah nak berjalan sampai ke Hong Kong bagai
Mak bapak pulak lah yang sedih - sedih memikirkan budget T__T
Tapi takpe apalah guna wang ringgit kalau kita tak mampu membahagiakan anak anak kan?
**Tapi nak berjalan tu pun ikutlah kemampuan sendirik ohkeh - biar berpada pada

Buat masa ni cuti sekolah tiadak lah bermakna sangat buat mami
Mami, Babah dan Akeem tak ambil kisah sangat pasal cuti sekolah
Akeem kan baby kecik lagi - tak masuk darjah satu pun lagi kan
Lagipun kalau nak bercuti memanglah mami akan cuba avoid time cuti sekolah
Huhhhhhh tak sanggup nak berpusu pusu ngan orang ramai meremut tuh
paling paling pun cuti sekolah ni mami selalu excited nak tunggu anak buah datang ke rumah mami
Boleh lah kitorang buat acara jalan jalan dan makan makan sikit
Tapi kali ni kesian anak buah mami diorang datang KL tapi tak pergi mana sangat
Takpelah janji 'berjalan' jugak diorang dari Pahang ke KL!

Mak dan family along (kakak mami yang sulung) datang ke rumah mami hari Jumaat lepas
Along dari Pahang
Malam tu angah (kakak mami yang kedua) dan family sampai
Angah dari Kuala Selangor
Patutnya Ateh (adik mami yang bongsu) datang juga
Tapi dia busy dengan kapal kat port JB so tak dapat datang
Kami plan nak bakar bakar
Tapi memandangkan main chef (angah) tak sihat acara bakar bakar di batalkan

Esoknya Sabtu mami, mak dan along + dua anak dara along pergi Nilai
Katanya nak beli kain pasang untuk raya + berniaga sikit
Kononlah tu nak niaga silap silap habis dia yang sapu semunya!
Mula nak pergi jalan TAR tapi ubah fikiran sebab malas nak bersesak sesak dalam cuaca panas ni

Sementara kami kat Nilai
Babah dan abang long Fizow menjaga adik adik
Mereka beriadah main games kat Giant
Takpe janji diorang suka

Esoknya Ahad dah nak balik Pahang
Akeem tak puas bergomol lagi dengan cousin dia
So kebetulan diorang plan nak singgah Ulu Bendul mandi manda
Jadi mami pun ikutlah sama

Tak cukup ahli ni

Sekejapan saja masa berlalu
Itu cerita minggu lepas
Hari ni dah Jumaat semula
Esok lusa dah back to school
Adik adik dan anak anak semua
Harapnya dah puas bercuti
Cuti sekolah pun dah berakhir
Isnin bermula semula espisod kembali ke jalan yang benar sekolah!


Thursday, June 6, 2013

Kenapa Mami Bertudung?

As Salam

Mami dah tahu lama
Lama dulu lagi yang wanita / gadis beragama Islam perlu menutup aurat yakni bertudung
Eh bukan perlu tapi WAJIB menutup aurat
Mami bukan nak bagi ceramah
Maaf ilmu tak sampai tahap tu lagi
Cuma ada sorang dua kawan bertanya
"Apa yg mendorong ko pakai tudung?"

Dulu, dulu dulu
Abah selalu tanya
"Bila kamu nak pakai tudung ni?"
Pandai pulak menjawab "dah sampai seru nanti pakai laaa.."
Haippppp jgn ikut perangai mami ni sukaaaaa menjawab
Tambahan tak baik cakap macam tu
Bila sampai seru nak menyahut seruan Illahi (sampai ajal kita) dan masih tak sempat pakai tudung dan bertaubat, hah acane?

Ramadhan ni genap setahun mami bertudung semula
Eh bertudung semula?
Iye... dulu zaman sekolah bertudung tapi bertudung sebab itu peraturan sekolah - bukan ikhlas Lillahi Taala
Lepas tu Ramadhan tahun 2008 pernah cuba bertudung (niat nak bertudung terus)
Tapi tak mampu bertahan
Sebelum habis tahun 2008 tudung entah hilang ke mana!
Terasa diri sangat goyah masa tu
Ramai yang persoalkan kenapa mami bertudung time tu
Takde moral support - jadi pendirian tak tetap
Heh nak moral support bagai, padahal bertudung itu wajib. Tak perlu moral support lah sangat mami oiiii...

Tapi Alhamdulillah
Lepas bersalin kan Akeem niat nak pakai tudung tu ada
Tapi rasa macam tak yakin pada diri sendiri
"Mampukah aku?"
Soalan tu selalu menghantui mami
Perkara yang betul betul membuatkan pintu hati mami terbuka nak bertudung bila abah dan mak pergi Mekah menunaikan haji tahun 2011
Mungkin juga itu doa mereka di sana
Supaya anak mereka yang degil ni berlembut hati untuk bertudung
Mami rasa sangat bersalah pada abah
Pada babah (dia suamiku)
Mungkin perjalan mereka ke Jannah terhenti sebab dosa dosa mami
Abah tidak mendapat jalan yg mudah ke Jannah sebab anak dia tidak menutup aurat
Babah (dia suamiku) tersangkut di pintu Jannah menunggu isterinya tak kunjung tiba

from mr gugel
Maka mami nekad
Kuatkan semangat teguhkan pendirian
Ramadhan 2012 mami menyarung kembali tudung
Harapnya mami mampu pertingkatkan diri dari masa ke semasa
Mami mahu jadi mami yang terbaik buat Akeem
Isteri yang solehah buat babah
Tapi mami masih jauh dlm mencari redhaNya
Cuma harap mami supaya sesiapa yg lebih arif mampu dan sudi membimbing mami!


Dulu mami pernah cakap "aku akan pakai tudung bila betul betul bersedia" "aku tak nak pakai sebab ikut trend, nak pakai biar ikhlas dari hati"
Betul buat semua perkara perlu ikhlas
Tapi kalau nak tunggu ikhlas sampai bila kita tak kan buat apa apa
Tanya diri kita, apa yang kita buat benar benar ikhlas???
Puasa? Errrrr ganti puasa pun tak habis lagi, baju raya dah siap beli
Solat? 5 waktu tu pun kadang kadang terlingkup
Pergi kerja? Rasanya mami tak pernah ikhlas pagi pagi bersemangat nak pergi kerja! Neva!
Jaga anak? Kadang kadang ada juga perasaan adoiiiii letihnya lah jaga budak nan sorang tu! (^__^)
Layan suami??? Erkkk nak basuh baju dia pun kadang kadang malas...
Jadi jangan kata nak buat sesuatu yang baik nak tunggu hati ikhlas
Sebab kita ni manusia jarang sangat nak buat sesuatu tu dengan ikhlas (mami lah tu)


Motip??? Nak tunjuk tudung baru (see tak ikhlas kat situ) tudung seploh hengget je pun!

Tuesday, June 4, 2013

Picture Tells A Thousand Words

As Salam

Scene ni di rakamkan masa weekend baru baru ni
Masing masing bergaya dengan baju bola masing masing
 
Belah kanan Akeem adalah anak kakak mami yang kedua (Muazzam Muhaimin @ Ajam) dan belah kiri Akeem anak kakak mami yang sulung (Hadif Izzul Sufi @ Ijoi)
Apa la Akeem tengah pesan kat Ajam tu... mesti dia cakap "nanti buat gaya peace tau!"
 
Peace yo!

Potong! Ajam bergaya ala ala 'jambu' plak... heheh sekali pandang macam style Boboiboy pun ada - sorang boboi angin, sorang boboiboy halilintar, sorang boboiboy tanah tinggi!
 
Ini gaya muka marah
Ini gaya muka gembira
hehehehe perut itu - booolat! Gaya merajuk nih
Ini gaya muka hensem - oh muncung mu sungguh menawan hati mami Akeem!
Ini muka serius
Ini gaya muka comelllll
Dah tak boleh tahan sebuk nak mengusik cousin dia
Sungguh nakal tapi comel!!!
HAHAHAHA bila tengok Akeem terasa macam tengok diri sendiri
Sungguh notty dan "kaypochee"  

Duhai anak
Ketahuilah
Walau macam mana mami marah pada kamu
Kasih sayang dan cinta mami tak pernah surut
Kaulah permata kaulah nyawa mami
Mami doakan kamu membesar menjadi anak soleh dan berbahagia dunia akhirat
Amin!

Mari Hijaukan Bumi Kita

As Salam

Cuaca terlampau panas sekarang ni kan?
Tak tahu lah mami sama ada kat rumah mami je ke yang panas terlampau atau kat tempat korang pun panas terlampau jugak
Jadi demi untuk mengurangkan sedikit kepanasan ni babah pun bersemangat untuk menghijaukan bumi

Balik dari kerja terus memulakan projek bumi hijau
Nama je gempak projek bumi hijau tapi pokok adalah bersaiz super mini dan beberapa batang je
OK lah janji ada jugak menyumbang kepada kempen menghijaukan bumi kita
Mesti korang kesian kat Akeem kan
Rumah kami ni takde laman yang besar macam rumah uols
Kami hanya ada taman / laman seluas sekangkang kera
Maybe kalau kera gemuk yang kangkang lebih besar dari saiz taman / laman rumah kami
Tapi hanya itu yang kami mampu - kami redha dan bersyukur!

Nikmati aksi aksi Akeem berkebun dengan babah dia
Peace... bagus anak mami ni balik dari sekolah terus je berkebun (masih sangat terang walaupun masa ni dah kul 7.15pm)       


Apalah Akeem ni mula mula ragu ragu jugak nak pegang tanah - geli kot tu yang termenung memikirkan acane lah nak tanam pokok nih..

Baru bersemangat lepas babah tunjukkan cara macam mana nak tanam pokok


Bila dah comfy gitu lah Akeem... bukan takat tanam pokok siap bersila terus atas tanah sambil main batu...

Huhuhuhu terpaksa tanam di luar kawasan rumah
Kan tadi mami dah cakap laman yang ada hanyalah sekangkang kera!






Monday, June 3, 2013

Mami Cuti Akeem Hepi

As Salam
Harini mami cuti
Takde apa sebab pun cuti saja nak lepak lepak kat rumah
Seronok lah Akeem tu bila mami cuti sebab dia tak payah pergi sekolah
Sekarang pun cuti sekolah tak ramai kawan kawan Akeem yg pergi sekolah
Untunglah kawan kawan sebab mama diorang tak kerja kot
 
Ok Brainy Bunch sepanjang cuti sekolah tidak akan amik students dia yang half day
Cuma budak budak yang full day je dia amik - budak budak yang mak pak kerja dan takde bibik cam kami ni lah!
Akeem ni tau tau je mami cuti
Lambat betul bangun tido pagi tadi
Kul 9.30 pagi baru nak bangun
Bangun je tido terus mami ajak dia lepak kat mamak
Hahaha kami berdua saja babah kerja
 
Syiok sungguh tido tanpa gangguan 
 
Siap sarapan pergi Giant plak jenjalan sambil kononnya nak beli ayam
12.30 baru balik dan mandi manda
Mami biarkan je dia nak berendam puas puas bukan selalu dpt mandi lambat cam gini
Sambil dia mandi sorang sorang sambil mami masak
Masak simple je pun - nasi ayam + sup bebola ayam untuk Akeem
 
Seorang diri mandi buih... nak berendam lama lama kot kot boleh putih melepak hehe
 Best jugak duduk rumah jadi full time house wife ni rupanya
Tapi terbantut niat nak kemas rumah
Tak sempat lah pulak mami nak lipat baju yg berbakul tu sebab kul 3 Akeem tido
MAMI PUN TERTIDO SAMA!!!!
Tidakkkk
Dekat kul 6 petang baru bangun hengko!
Hah hambek
 
Nikmat sungguh bercuti di hari Isnin
No more Monday's blues utk minggu ni
Mami cuti Akeem hepi
Mami laaaaaagi hepi!!