Thursday, January 17, 2013

Gigi Rabbit Itu

As Salam,

Ini style 'sengih' baru Akeem.
Kalau suruh bergambar dan senyum gitu lah gayanya.
Tersengih nampakkan gigi rabbit dia tu..
Tapi gigi rabbit itu tetap comel di mata mami!



Tapi ada kisah di sebalik gigi rabbit itu
Kenapa gigi itu menjadi gigi rabbit??
Sebabnya... tadaaa....

Walau apa jua keadaan puting itu tetap menjadi pujaan!
Mujur sejak bulan December 2012 dia dah 'bercerai' dengan puting kesayangan dia.
Bersyukur sangat.
Mami ingatkan sampai bila bila tak nak 'bercerai' dengan puting tu!
Huh lega....

Wednesday, January 16, 2013

Dulu dan Sekarang

As Salam,

Dulu,
Mami tak bertudung
Zaman sekolah pakailah tudung
Tapi on and off
Pakai kat sekolah je
Lepas sekolah tudung pun terbang

Sekarang,
Alhamdulillah sejak bulan puasa tahun 2012 mami mula pakai tudung
Ada jugak students dan staffs yang tanya "miss are still fasting?"
Hahahaha  kelakar -- sebab kat tempat mami keje ni dah jadi 'budaya' muslim pakai tudung bulan puasa especially dari negara negara tertentu!

Dulu,
Masa mula mula pakai tudung
Mami sendiri pun meragui diri mami sendiri
"Mampu ke aku kekal pakai tudung ni?"
Alhamdulillah sampai sekarang mami masih mampu mengekalkan pakai tudung
Doakan mami selamanya begini ye!

Eh bila bertudung nampak muda 20 tahun plak kikikikik...

Memetik kata kata Ustaz Azhar Idrus

"Bertudunglah walaupun TERPAKSA,
Solatlah walaupun TERPAKSA,
Puasalah walaupun TERPAKSA"

Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA

Dari keterpaksaan itu
Perlahan-perlahan kita akan menemukan hikmah
Dan akhirnya hati kita menjadi IKHLAS keranaNya.

Tuesday, January 15, 2013

Kayuhan Pertama Akeem

As Salam,

Masih lagi kisah semalam 
(pssstttt ni lah akibatnya jika masa terlampau free, jadi terlampau rajin nak update kisah Akeem -- hope rajin selamanya :D)
Lepas ambil Akeem dari kindy terus dia ajak pergi 'buai'
Sebenarnya 'buai' yang Akeem maksudkan adalah taman (playground)
Penat mami bagitau dia "orang panggil taman bukan buai"...
Dia tetap tak nak panggil taman, tetap panggil buai!

Sebelum buat kayuhan pertama kat 'buai'
Akeem dah tergolek dok kat tepi longkang
Hahaha padan muka itulah tak nak dengar cakap mami
Mami suruh tunggu kejap dia buat tak kesah je
Merasa lah kau anak!
Tak sempat nak snap gambar dia masa jatuh tu mami kelam kabut -- tergezut
Nasib baik tiada kecederaan atau calar calar serius

Dia yang main beskal
Mami yang berpeluh satu badan
Mana tidaknya
Dia kayuh pun tak berapa nak pandai lagi
So, terpaksalah mami tolak dari rumah ke 'buai' -  Adesss sakit pinggang den!

Bakal pengganti AzizulHasniAwang! You go Akeem...




Percubaan Pertama

As Salam,

Semalam pertama kali mami biarkan Akeem kat kindy sampai petang.
Selalunya half day je.
Nak cuba bagi dia stay kat kindy fullday.

TAPI...
Hati sungguh tak keruan.
Buat semua benda tak kena.
Rasa nak balik awal je.

Oh..
Rasa tak sabar nak ambil dia.
Rasa sebak.
Terbayang dia tengah tunggu mami.
Terasa rasa dia cakap "kenapa mami tak ambil Akeem..?"
Huwaaaaa...


Rasa macam nak terbang je pergi kindy dia.
Dapat jenguk sekejap pun jadilah.
Buat pelepas rasa resah ni.
Over ke?

Akhirnya,
Mami tewas.
Niat hati tak nak balik awal.
Nak tunjukkan yang mami ni kuat -- berjiwa kental!
Kihkihkih tak mampu jua mami menahan diri.
So, maafkan saya Incik Bos,
Kerna terpaksa pulang awal juga semalam -- 5.40 je pun... 20 minit awal!

Memecut dengan kelajuan maksima
Sesampai kat kindy Akeem
Fuhhhh sangat lega sebab 
Nampak dia tersenyum senyum.
Maknanya dia dah OK la tuh kan???
Mami suka!

Ya Allah Syukur KepadaNya! Alhamdulillah...

Hope keceriaan ini kekal dan semakin ceria


Monday, January 14, 2013

Hadiah Untuk Akeem

As Salam,

Hari ni punyalah susah nak kejut Akeem bangun.
Dah pukul 7.40 pagi pun liat sangat nak bangun.
Terpaksalah mami dokong turun ke bawah dan umpan ngan otomen supaya bangun mandi.
Liat sungguh nak mandi -- perangai siapalah dia ikut nih...(maklumlah mak bapak dua dua zodiac Capricorn!)
Mami tahu 'keliatan' Akeem nak bangun dan mandi bukan sebab genetik tapi sebab Sabtu dan Ahad cuti dan bangun lambat, so Isnin kompem liat nak bangun!

Hari Jumaat minggu lepas dia dah makin improve kat sekolah.
Dah mula nak menyanyi dan makan kat kindy.
Mami sangat lega.
So, sebagai ganjaran mami ngan babah bawak dia pergi beli basikal baru!

Tadaa... mami tak sabar nak ajak dia buat kayuhan pertama kat taman :)
Untuk bagi dia lebih bersemangat nak pergi sekolah mami beli juga otomen untuk dia...
Otomen dan pedang... walaupun pedang tu RM10 je tapi itulah yang dia paling sayang (setakat semalam)

Dan benda alah ini juga... (babah yang nak main sebenarnya)
Harap lepas ni dia semakin bersemangat nak pergi sekolah. Amin.

Friday, January 11, 2013

Yoga @ Office

As Salam,

"Kesihatan adalah kekayaan" ~ Mekchu.

Sangat betul apa yg Mekchu cakap tu.
Bila dah sakit letaklah rib dari Tony Roma's pun tetap rasa tak sedap.
So, kawan kawan semua jom kita jaga kesihatan kita.

Yehaaaaa ini dia gaya yoga dari kami semua!
Love...

Dare to challenge us??? HAHAHAHA...
Setakat acara regang meregang je 10 minit pertama pun dah berpeluh bagai nak rak!


Baru nak Bernapas Lega

As Salam,

Penat rupanya bila jadi driver.
Ingatkan glamer hikhikhik..
Tahun 2013 ni harap menjadi titik mula untuk mami berubah.
Mami nak menjadi ibu yang lebih baik dan lebih rajin.
Tapi, bukan senangkan?

OK berbalik pada kisah driver tadi.
Sekarang setiap hari pagi2 babah akan hantar Akeem pergi sekolah.
Tengah hari, setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis mami akan ambil dia dari sekolah hantar ke rumah pengasuh kat tingkat 3 apartment yang TIDAK ada lif ye. Nak pitam rasanya bila time Akeem tak nak jalan sendiri terpaksa mami dokong!
Lepas hantar Akeem terus pecut semula balik ofis.
Memanglah ofis mami takde 'restriction' sangat nak keluar lunch berapa lama pun.. tapi bila ke hulu ke hilir dalam cuaca panas -- adoi basah ketiak dibuatnya!

Semalam dah 7 hari Akeem sekolah.
Alhamdulillah perkembangan Akeem sangat memberangsangkan.
Walaupun pagi2 masih nangis -- dan sangat susah nak pujuk untuk bangun, mandi dan masuk kereta.
Tapi sekurang kurangnya dia dah banyak sangat improve.
Hari ni teacher cakap dah mula nak nyanyi kat sekolah.
Leganya. Sukanya!

Tak tahu nak cerita macam mana gembiranya mami bila tengok dia happy je masa amik dari sekolah tadi. Thanks teachers for your endless effort!
TAPI, fuhhh baru nak bernapas lega... tetiba masalah lain pulak muncul!
Dia bersungguh sungguh nangis tak nak pergi rumah pengasuh.
Mami takde pilihan lain.
Kena tinggalkan juga dengan  pengasuh.
Kalau tinggalkan full day kat sekolah, masalah jugak sebab dia tak nak makan.
So macam mana ni???
Harap semua akan bertambah baik.